BAB 47

10.4K 626 64
                                    

Cinta takkan berakhir by Anuar Zain

"Adwa hang buat apa ni?"

Aku hanya tunduk menekur memandang tanah, tidak berani memandang tepat pada wajah Zar. Jari jemari bermain antara satu sama lain, salah Aku, seratus peratus memang salah Aku. Jadi memang tiada alasan untuk Aku katakan selain memohon maaf.

" Zar saya...."

" Dah tau diri tu tak cerdik mana nak bawak kereta, lain kali habaq la" Terus terasa sentap ke lubuk hati paling dalam. Niat hanya ingin mengambil angin sekitar kampung Nek Khadijah, manalah Aku tahu boleh sampai termasuk ke dalam tali air.

Yaa, kereta milik Zar Uzair sudah selamat masuk ke dalam tali air, gara-gara Aku yang terlalu yakin dengan jalan kampung. Hari ini hari minggu, jadinya kami pulang sebentar ke rumah Nek Khadijah, datang melawat dan belikan barang basah untuknya sekali.

Betul-betul malang hari ini.

" Habis lumpoq kena kat bontot kereta Aku, sabaik tak calaq apa, kalau calaq hang nak ganti?" Katanya lagi, mata automatik berair. Dia tidak pernah sekasar ini. Seminit dua minit akhirnya tumpah jua air mata Aku.

" Bukan saya sengaja pun!"

" Salah kereta awak sebab panjang sangat, salah jalan kampung ni sebab sempit sangat!"

" Pergilah kahwin dengan kereta tu, kenapa kahwin dengan saya?" Hemburku padanya.

Alaa kereta boleh beli lain, isteri sampai ke sudah tidak terganti. Akhirnya Aku hentakkan kaki sebagai tanda protes, lalu berjalan laju ke dalam rumah Nek Khadijah. Hendak mengadu! Kereta aje pun, tak payah lah nak sakitkan hati Aku!

" Haa hentak kaki, hentak kaki. Serupa orang nak pi kawad jaaa. Tu dia nak mengadu la tu"

" Diam lahhh" Makin berasap telinga Aku, merajuk seminggu kalau bergini!

Zar tahan ketawa, geli hati melihat Adwa seperti itu. Dia bukan apa, lagi tiga hari lagi adalah hari kelahiran Adwa, jadinya niat hendak sambut awal sedikit. Lagipun esok dia sudah berangkat pergi ke Sabah. Setakat kereta masuk ke dalam ban, sedikit pun Zar tidak kisah kerana kereta boleh diganti, tetapi Cik Adwa kesayangan dirinya? Bukan main susah lagi dia hendak dapatkan wanita itu.

Kereta yang dipenuhi lumpur dijadikan asbab untuk dia jalankan rencana miliknya. Bukan selalu melihat mulut Adwa muncung seperti itik. Sebut fasal itik, Zar tarik nafas lega, kawasan rumah milik Nek Khadijah sekarang aman damai, itik-itik semua sudah selamat dijadikan itik salai.

" Hang buat apa dengan dia tu?" Zar senyum segaris, dia labuhkan punggung di pangkir, dilihat Nek Khadijah datang menghampiri dirinya, siap dengan kain batik di tangan. Hendak libas dia lah tu.

" Ala Opah, Zar saja ja, lagi dua tiga hari birthday dia, ingat nak buat surprise sikit, sebab tu Zar prank dia lagutu. Opah jangan risau laa, ingat gamak sangat ka hati Zar nak buat dia lebih-lebih?" Biar dia berikan penjelasan dahulu, kalau tidak naya dia kena bisa kain keramat itu.

" Haihh hang ni, jangan duk buat benda bukan-bukan lama sangat"

" Yaa Opah Zar tau, malam nanti Zar explain semua dekat dia" Sayang sangat dengan cucu menantu yang satu itu. Nek Khadijah ambil tempat di sebelah Zar. Lama tidak berborak hati ke hati dengan cucu sulung nya ini.

" Adwa ok?" Itu soalan pertama yang bermain di benak fikiran Nek Khadijah. Zar hembus nafas, sejujurnya dia ingin tutupi kain yang tercela, tapi dengan nenek nya ini sangatlah mustahil.

"Opah nampak Adwa tu lagumana?"

" Dia nampak happy laa ni" Zar geleng perlahan, senyuman tawar terukir di bibir.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now