BAB 53

9.2K 718 149
                                    

Recomended song: Berakhirlah Pencarianku by Hafiz Suip & Ernie Zakri

" Aduhhh aduhh Opahhh sakitlahhhh"

" Haaa, mulut tu memang takdak insurance ka? Sampai biadap depan orang tua lagutu?"

" Siapa suruh Makcik tu cakap lagutu, padan la muka! Aduhhh Opahhh!"

Aku diam tidak berkutik, hendak tolong namun dari ekor mata Zar dia seolah-olah sedang mengisyaratkan Aku supaya tidak masuk campur. Dia tidak salah, yang dia lakukan petang tadi hanyalah ingin mempertahankan maruah Aku.

Sebagai isterinya. Itu sahaja, lagipun Zar bukanya laki-laki yang biadap kepada orang yang lebih tua.

Sebut fasal Mak Cik Kalsom, sebaik sahaja Zar bermulut lancang membidas soalan nya, terus wanita tua itu melangkah pergi, malah bahu Nek Khadijah juga sengaja dilanggar kasar. Nasib sahaja tidak terlentang ke bawah!

" Adwa"

Aku toleh ke sisi, Puan Halimah sedang tersenyum lembut ke arahku. Terus sahaja Aku paut manja lengan nya. Si Danisya pula sedang khusyuk selesaikan kerja sekolah di ruang tengah rumah kayu ini. Jam di dinding sudah melangkah ke angka sepuluh. Kelibat bapa mertua langsung tidak kelihatan, mungkin lepak di warung selepas solat isyak agaknya.

" Mami, tak boleh ka suruh Opah stop piat telinga Zar? Lama-lama biru telinga dia satgi" Puan Halimah menggeleng, ketawa lucu terdengar di halwa telinga.

" Biaq dekat dia. Amboiii mulut tu sekali cakap pedas sungguh. Bukan hang tak tau, satu patah mami cakap, dia balas sepuluh patah. Padan la muka dia. Lagi satu tau la geram dengan acik kalsom tu tapi jangan la buat malu dia depan orang ramai. Biaq orang buat kita, kita jangan buat orang" Sempat lagi Puan Halimah titipkan pesanan, pegangan Aku padanya dilonggarkan apabila Zar menapak ke arah Aku. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia tidak berpuas hati. Merah telinga kiri dan kanan nya.

" Eii Opah ni, awat dia ingat jari dia tu tak bisa ka? Sakit cuping telinga Aku. Nii kalau luruh lagumana nak ganti?" Bebelnya, sempat lagi nada suara ditahan supaya Nek Khadijah tidak mendengar bait ayat.

" Hang kata apa Zar?" Terhincut bahu Zar. Dia tarik senyuman bak kerang.

" Mana ada Zar kata apa! Zar cepat-cepat berdalih. Laju tangan miliknya mengheret Aku ke dalam bilik yang terletak di hujung sekali. Belum sempat Nek Khadijah kembali membebel...

" Bye! Selamat malam. Semoga mimpi buruk!"

" Bummm!" Pintu bilik dihempas kuat. Terhincut bahu Aku dibuatnya. Aku lihat Zar bersandar di muka pintu, matanya dipejam beberapa ketika sebelum dia buka kembali. Perlahan dia berjalan ke arahku lalu wajahnya disembam di leherku. Dia hirup udara sedalam-dalamnya sebelum Aku rasa nafas yang terasa berat dilepaskan.

" Awak ok?" Tanyaku prihatin.

" Hmm, Aku ok" Hanya itu balasanya. Automatik tangan milikku membelai lembut rambutnya. Terasa tangan nya melingkar di pinggang Aku. Angin malam menerpa masuk disebalik tingkap sependiri yang terukir indah. Dan perlahan-lahan tangan itu turun tepat pada bahagian rahimku.

" Awak tak ok..." Gumamku perlahan. Aku tahan rasa, ini mesti perihal anak lagi. Dapat Aku rasa ada setitis dua air di permukaan leherku. Dia senyap tidak berkutik namun melihat bahunya yang sudah jatuh. Aku tahu. Lebih dari sekadar tahu.

" Tadi Aku bukanya sengaja nak kurang ajar..."

" Saya tahu Zar, saya tak salahkan awak..." Aku usap belakang badanya, cuba untuk tenangkan dirinya.

Lama kami berkeadaan seperti itu, sebelum dia tegakkan badan semula. Merah matanya namun senyuman lembut tetap dia ukir. Ditekup kedua pipiku lalu dia berbisik...

ZAR | OGWhere stories live. Discover now