BAB 52

8.5K 577 106
                                    

Recommendation song: Kisah Cinta Kita by Hafiz Suip

Sembilan Tahun Kemudian...

Aku tersengih hingga ke telinga, hati berbunga riang. Hmm agak-agak bila dia balik nanti dia terkejut tak? Kalau dia berikan reaksi hambar memang sudip kuali terbang tepat mengenai kepalanya. Tangan milikku kembali menyusun apa yang patut. Harus cantik sebelum Zar selesaikan tugasnya di kem.

Hari ini...14 Jun 2033. Genap sembilan tahun kami berkahwin. Tipu jikalau Aku cakap sepanjang mahligai yang dibina ini tiada badai yang melanda. Terlalu banyak hingga menyebabkan adanya waktu Aku dan dia terduduk lemah. Paling terkesan adalah sembilan tahun yang lalu.

Sembilan tahun yang lalu ketika mana Aku menyangka dia telah pergi, ketika mana hatiku kuat mengatakan Zar dan Aku telah terpisah dunia dan ketika mana mata ini sendiri melihat dia terbaring kaku tidak bernyawa namun...

" Aku hidup"

Tuhan berikan peluang kedua buatku, peluang dimana dia kembali bernafas dan tetap di sisi Aku. Aku ingat lagi waktu itu, hampir rebah ke lantai apabila mata kepala ini melihat dia tersenyum lemah memandang ke arahku. Senyuman lembut yang Aku sangkakan mustahil untuk Aku lihat lagi.

Sembilan tahun yang lalu dia mengalami satu kondisi di mana ketiadaan degupan jantung dan nafas terlalu lama akibat pemberian dos ubat penenang yang berlebihan lalu menyebabkan pengurangan tindak balas organ badanya. Malah kecuain doktor itu sendiri yang tersalah diagnosis juga merupakan asbab dia mengalami kematian palsu. Mujur sahaja ada doktor lain yang lebih pakar menyedari kesilapan itu.

Dan siap!

Sentuhan terakhir untuk makan malam kami. Malam ini Aku sediakan makanan yang paling dia sukai, Ayam masak bawang versi mamak serta ulam-ulaman. Tahu sangat lidah Zar itu bukanya lidah Mat Salleh, lebih kepada masakan kampung. Aku kerling jam di dinding, hampir pukul sembilan setengah malam dan kelibat dia masih lagi tidak kelihatan.

Bangku meja Aku tarik lalu Aku labuhkan punggung di situ, jari-jemari laju mengetik butang suka di aplikasi Tiktok. Sedang ralit Aku melihat video-video yang lalu di fyp Aku, seketika Aku terhenti. Ya Allah comelnya bayi ini! Dengan mata yang bundar berwarna coklat keperangan, senyuman yang aduh...sangat mencairkan hati. Tangan automatik menyentuh bahagian bawah perutku.

Rahim yang langsung tidak pernah dihuni. Sudah sembilan tahun...namun kami masih belum dikuniarkan rezeki anak. Hati terpalit rasa terkilan. Memang Zar tidak pernah merungut, langsung tidak mengeluh apatah lagi memarahi diriku tetapi jauh di sudut hati Aku tahu yang dia...

Sangat ingin bergelar Ayah.

Bukan sekali bahkan berkali-kali Aku mengizinkan dia berkahwin lain demi zuriat dan setiap kali itulah dia membantah keras. Alasan yang dia selalu pakai adalah...

" Ni Aku ada bini sorang pun dah pening kepala, satgi tambah dua jadi arwah terus Aku ni"

Tapi betul, kalau Zar memang inginkan anak, Aku ikhlaskan hati untuk dia menikahi wanita lain.

" Assalamualaikum"

Dari muka pintu terdengar bunyi seseorang memberi salam, pantas Aku bangun dari dudukku lalu pintu rumah hadapan Aku buka, tersembul wajah nya di hadapan Aku. Tubuhnya Aku peluk erat, bau peluhnya juga Aku hiraukan. Jari jemari miliknya kemas memeluk pinggang dan juga rambutku. Kepalanya disembamkan pada leherku.

" Waalaikummusalam!" Aku jauhkan sedikit wajahku, pipinya Aku cium sekilas. Tersengeh kerang Zar, hidungku dia cuit lembut.

" Aihh hang ni, awat malam ni ceria semacam? Hang makan asam lagi ka?" Aku geleng laju menafikan tuduhan nya. Lengan nya Aku peluk manja lalu melangkah bersama denganya ke ruang tamu.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now