BAB 41

10.4K 702 119
                                    

Sepenuh hati - Rony Parulian, Andi Rianto.

" Aku ceraikan engkau Adwa Naila Binti Muhammad Ammer dengan talak tiga..."

Sah, tiada yang tersisa lagi. Itu tiga bulan yang lalu Zafran lafazkan talak terhadap Aku. Selesai pembicaraan kes pertuduhan cubaan membunuh dan memperkosa dengan niat, permohonan lafaz cerai secara fasakh juga diluluskan oleh mahkamah.

Ayat terakhir yang Zaf katakan adalah...

" Zaf minta maaf"

Dan selepas itu dia dibawa pergi oleh polis yang bertanggungjawab. Betapa mudahnya dia ungkapkan kata maaf. Seolah permohonan maaf itu sekadar satu perkataan.

Hanya seperti satu perkataan yang kosong maknanya. Takkan, biarlah kalau mereka katakan hati wanita ini umpama kerak nasi yang lambat laun bakal lembut tetapi untuk Zaf? Takkan sesekali!

Biar dia meringkuk dalam penjara sampai mati! Aku tarik nafas lalu hembus, malas mahu memikirkan jantan keparat tu. Lagipun ianya sudah berlalu. Jadi apa yang akan berlaku esok?

Lagipun hari-hari Aku selepas ini lebih berwarna. Selepas tempoh iddah ini berakhir, dan hingga Aku betul-betul bersedia, dia...Zar Uzair akan datang membawa keluarganya. Gila...tidak pernah terlintas di akal fikiran yang takdir akan berkata seperti ini. Walhal awal-awal dulu betapa kerasnya Aku berkata...

Zafran adalah suamiku...dan Zar Uzair adalah rakan. Selamanya rakan namun kini? Semuanya berubah 360 darjah, Kita sangkakan jalan yang kita rancang sudah cukup sempurna, namun jalan yang ditentukan tuhan lebih dari segalanya.

" Aku nak suap gula dekat hang"

Pada mulanya Aku tidak fahami maksud dia namun selepas bertanya...di sana loghat suap gula bererti bertunang ataupun ingin menghalalkan hubungan. Sungguh berapa sudu gula yang Zar Uzair telan sewaktu bayi? Hingga boleh terjadi lebih manis?

Dia manis namun menjengkelkan hati pada masa yang sama.

" Ishhh ni kalau fikir tentang dia, sampai kesudah tak siap kerja" Gerutuku perlahan. Tangan kembali menyusun baju yang sudah siap dilipat. Namun wajah pula semakin berona merah.

Ahh sudah....Aku sudah terkena demam. Demam yang bernama Zar Uzair.

" Hachummm"

" Aihh, yang hang bersin tala dekat muka Aku dah pasaipa?" Qaid lantas mengambil tisu, bukanya hendak disua kepada Zar, namun dia pantas mengelap muka dan tangan miliknya. Siap disanitizer kan lagi.

Zar gosok hidung perlahan, semenjak tadi hidung miliknya gatal-gatal. Seolah ada seseorang ketika ini yang sedang memetik namanya. Ishh khurafat itu. Malas mahu melayan perasaan yang bukan-bukan, laju matanya kembali menilik pada kertas kerja.

Misi menangkap Rieyu Kim.

Berdasarkan pemerhatian mereka, soal siasat yang dilakukan malah kawasan laut maritim yang semakin ketat pengawasan, mereka berjaya menangkap konco-konco Rieyu. Malah kebanyakan dari mereka adalah dari bangsa sendiri. Sanggup menjadi tali barut dan duri dalam daging merosakkan anak bangsa sendiri semata-mata demi wang. Menyedihkan.

" Hang apa cerita dengan Adwa" Soalan daripada Qaid berjaya memancing perhatian Zar. Automatik senyuman ditarik hingga ke telinga, tangan ditampar-tampar di awangan, wajah mula kemerah-merahan seperti harimau terlebih dos pelali.

Sah, Zar Uzair sekarang ini sedang angau!

" Haishhh hang ni tiba-tiba tanya pasai dia pasaipa?" Dengan nada yang malu-malu, bahu Qaid ditampar perlahan, mulut ketawa kecil. Qaid cebikkan bibir, kecil besar kecil besar sahaja mamat bernama Zar ini. Orang tanya elok-elok, boleh pula dia bertepuk tampar senyum seperti orang kurang waras.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now