BAB 45

12.4K 680 46
                                    

Pencinta Setiamu by Usop.

" Adwa Aku minta maaf"

Aku pekakkan telinga, malas mendengar ucapan maaf daripada mulut Zar. Merajuk!. Iyalah, malam semalam dia tidak sengaja tertendang Aku hingga jatuh katil. Sakit di punggung usah dikata, bagaikan jatuh terhempap ke tanah sahaja. Tangan masih laju mengemas barangan yang perlu dibawa. Tidak dilipat, Aku sumbat sahaja, hati masih lagi sebal dengan dirinya.

Aku terpisat-pisat, dari tadi terasa kaki Zar menendang-nendang lembut pada badanku. Namun Aku hiraukan, jam masih lagi di angka tiga pagi, lambat lagi waktu subuh jadi Aku baringkan semula badanku. Aku kerling sekilas ke arah Zar, nyenyak dia lena. Padanlah tadi petang dia sanggup panjat pokok durian, siap package terjatuh lagi. Mesti badanya penat.

Tidak sampai beberapa minit terasa tendangan yang maha kuat menghinggap ke arah Aku.

" Dushhh"

Tergolek Aku jatuh ke bawah katil, punggung terasa sengal.

" Aduhhh Zar!" Kuat Aku mengaduh kesakitan. Boleh patah riuk pinggang Aku. Zar terjaga dari lena, siap dengan air liur basi di tepi bibir. Euwwww.

" Zar! Kenapa awak tendang saya? Awak ingat badan saya ni made from Iron ke?" Aku lempiaskan rasa tidak puas hati, namun dia masih lagi mamai dan ayat seterusnya menambahkan lagi bara api di dalam hati.

" Hang buat apa atas katil Aku? Turun lekaih!" Wah! Ini memang menguji kesabaran Aku, sudah la maaf dia tidak berikan, alih-alih Aku ambil bantal lalu tidur di bawah. Merajuk seminggu kalau bergini!

" Adwa, Aku kan tak sedaq time tu, bukanya Aku sengaja, hang kan tau Aku ni spesis sayang bini" Dia masih lagi cuba memujuk, pelukan pada diriku masih tidak dilepaskan. Haihh naik rimas dibuatnya.

" Lepas lah Zar, saya nak lipat baju awak pulak, nanti petang kita dah nak balik" Rungutku perlahan, dan dia menggeleng laju. Mulutnya muncung sedepa. Ya Rabbi...dia ini.

" Takmau, Aku takmau lepas selagi hang tak maafkan Aku. Mana nak tau Aku turun tangga, jatuh tergolek lepastu malaikat maut datang jemput Aku, satgi Aku tak tenang kat sana sebab ada dosa dengan hang" Haaa sudah, Zar sudah melalut jauh.

" Tahu pun banyak dosa, dah tu suka sakitkan hati orang lain dah kenapa?" Padan muka, Aku pulangkan paku buah keras, terasa pelukan di pinggang semakin erat. Mahu sesak rasanya, satu kerja tak akan berjalan kalau dia terus seperti ini.

" Hang ni Adwa...Hang tau Aku ni jenis melawak lagumana" Jauh nada suaranya, haih tak sampai hati pula. Aku jeling dia sekilas. Raut wajahnya jelas seperti orang yang baru sahaja melakukan kesalahan terbesar. Kesian lah pula...

" Iyalah, saya maafkan awak. Dah tepi saya nak lipat baju, awak pergi angkat beg yang saya dah siap kemas tu" Automatik wajah miliknya ceria kembali. Sempat dia berikan ciuman di pipi.

" Pohon selasih di dalam kolam,

Anak haruan berenang-renang,

Terima kasih Zar ucapkan,

Budi sayang menjadi kenangan.

Sempat dia berpantun, seusai dia mencium pipiku, pantas dia berlari keluar bersama beg di tangan. Haih...hendak kata miang bukan...namun ada sahaja idea di benak fikiranya.

Barang milikku sudah siap dikemas, sekarang milik Zar pula. Baju...kain pelikat kegemaran nya satu persatu Aku susun, hingga almari kecil yang terletak di hujung bilik. Emm sepanjang Aku berada di rumah Nek Khadijah, tidak pernah walaupun sekali Aku lihat Zar membuka almari itu.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now