BAB 43

13.4K 755 189
                                    

Penjaga hati by Nadhir Basalamah.

Debaran di dada semakin terasa. Peluh di tangan usah dikata, hampir sebaldi kalau ditadah. Lagi sejam Aku bakal bergelar isteri. Gelaran isteri untuk kali kedua. Tetapi kali ini dengan lelaki yang cintanya melebihi segalanya. Cinta yang tumbur mekar di dalam hati Zar Uzair. Dan besarnya cinta si dia...tidak dapat Aku balas walaupun berikan sepenuh jiwa.

" Hang ok ka? Nampak nervous sangat ni" Teguran Dahlia mematikan lamunan Aku. Aku toleh melihat dia, sedang tersenyum simpul penuh makna.

" Sapa sangka kan, hang jadi kak ipaq Aku. Laa ni nak panggil hang Kak Adwa kaa?" Usik Dahlia. Aku tampar manja bahunya.

" Eiii takyah laa kak kak dengan I Dahlia, naik bulu roma tahu tak, panggil Adwa macam selalu dah la" Dahlia tergelak halus, Aku jeling sekilas. Suka sangat menyakat orang. Mana nak tumpah perangai si Zar tu kalau tak ke dia?

" Sakat orang sangat, nanti kalau dia tertangkap cintan dengan si Dika tu baru tahu langit tinggi ke rendah, silap hari bulan setiap hari bersemut muka you" Aku menyakat kembali. Bukan kami semua tidak mengetahui, Endika Ukasyah bukan sekali bahkan berkali-kali cuba menawan hati si Dahlia, dihantar surat, DM di Instagram namun alih-alih diblocknya si dia.

Dahlia tayang wajah loya, laju sahaja dia menggeleng.

" Eii takdak makna nya Aku nak dekat dia, perangai serupa orang utan" Cemuh Dahlia. Aku menggeleng perlahan. Orang tua-tua pernah berpesan, antara benci dan cinta itu hanya terpisah dengan satu garisan halus, dan buktinya? Adalah Aku.

Aku lihat tetamu sudah mula mengerumuni kawasan rumah, tidak ramai panggilan. Hanya saudara dan kenalan rapat. Apabila Aku melihat keadaan ketika ini, berpusing memori mengingatkan pada si dia yang sudah kembali kepada pencipta.

Al-Fatihah...

Zafran Anaqi...minggu lalu dia disahkan meninggal dunia di dalam sel penjara. Perginya dia...ada menjentik satu rasa di hati. Aku ampunkan dia...namun luka masih berbekas. Engku Aiman pula...ditidurkan lantaran kondisi jantung semakin parah. Biarlah...antara Aku dan mereka sudah selesai. Tiada ikatan lagi.

" Semoga Allah permudahkan urusan hari ini" Doaku di dalam hati.

" Ishhh pasaipa tok kadi tak mai lagi?" Zar merungut, jam di pergelangan tangan sudah berpuluh kali ditilik. Dari tadi dia mundar mandir ke kiri dan kanan. Bagai panas bontot gamaknya. Jantung? Sudah lama meletup akibat rasa gemuruh yang menggila.

" Nii Dika, pi ambik ayaq, Aku dahaga ni"

" Nii cheq oii, tu lima botol dah hang minum, satgi nak pi tandas time akad nikah lagumana?" Endika juihkan bibir ke arah botol minuman yang sudah kosong isinya. Zar duduk, tidak sampai tiga saat dia bangun kembali.

" Dak la ni sapa-sapa pi call tok kadi lekaih, satgi lambat tak jadi Aku nak nikah!" Rungut dia kembali, songkok Arthar diambil lalu dikipas pada muka. Baju melayu putih yang tersarung elok di badan sudah basah dek peluh walhal pendingin hawa sudah dipasang.

" Hang ni cuba bawak bertenang, Aku pulak yang geram tengok hang! Sebut nama dia jaa, sekali dengan mas kahwin, semalam kita dah practice sampai pukul tiga pagi" Arthar yang sedari tadi melihat kelakuan rakanya itu mula merasa rimas, langsung tidak reti duduk diam. Lagipun Tok Kadi itu bukanya ada satu sahaja majlis hari ini, ramai!

" Aku tau, Aku tauuu nama dia berpuluh kali Aku duk hafal, hang ingat Aku ni koman sangat ka sampai nama bakal bini tak ingat?" Zar menjawab angkuh. 

" Kau cuba sebut nama penuh dia, Aku nak dengar" Qaid saja memancing, alang-alang Zar seperti cacing kepanasan hilang ekor, lagi bertambah suka rasa di hati ingin menyakat.

ZAR | OGWhere stories live. Discover now