BAB 42

10.5K 657 87
                                    

Recommended song: Sesungguhnya 2019 by Alif Satar, Raihan


Alunan ayat suci Al-Quran mampu didengar di setiap pelusuk. Pada waktu-waktu sebergini, kebanyakan banduan penjara akan menghadiri kelas tazkirah bersama ustaz-uztaz yang dijemput. Bukan sahaja sihat dari segi fizikal, dari segi rohani juga harus.

Tetapi tidak pada Zafran Anaqi.
Sedari tadi dia duduk di hujung koridor. Kosong tiada yang menemani. Mata yang sembap kemerahan itu meliar ke kiri dan kanan melihat penghuni di situ. Di sebalik tirai besi yang memisahkan dunia mereka dan dunia luar. Adakalanya hujung kuku digigit hingga luka berdarah.

Selama tiga bulan dia di sini, terasa hanya jasad yang tinggal bukanya roh. Ditendang, dipukul malah dipalau oleh banduan yang lain. Ini...mungkin karma buat dirinya. Seorang suami yang dayus, suami yang lukakan isteri sendiri.

Jadi mengapa dia harus terus- terusan bertanya kenapa dan kenapa walhal dia tahu dia layak menerima hukuman ini.

“ Adwa...” Terlafaz nama itu di bibirnya. Bukan sekali bahkan berkali-kali dia meratib sebaris nama itu, seolah perbuatan dirinya sekarang ini mampu membuatkan si dia memberikan kemaafan.

Benarlah...hidup dalam penyesalan dan rasa bersalah itu adalah hukuman yang paling berat.

Adakalanya dia tertanya, mengapa tuhan menghukum kedua ibu bapanya juga dan bukanya dia seorang? Kepala dihentakkan perlahan pada dinding konkrit, ingin sahaja dia biarkan isi kepala bersepai di sana sini. Namun...ada sesuatu yang menahan diri.

Saya nak awak hidup lama Zaf, biar awak rasa rasa betapa seksanya hidup dalam penyesalan

“ Aku hidup Adwa...Aku hidup” Sayu dia berkata-kata, ada air mata mengalir dari tubir mata. Kalaulah...kalaulah dia tidak ikutkan nafsu songsang nya, kalaulah dia tidak memperlakukan Adwa sebergitu, kalaulah dia hargai walaupun sekelumit rasa cinta Adwa.
Semua ini takkan pernah terjadi. Dia takkan hidup di sebalik tirai besi ini.

Engku Aiman dirawat  di hospital, malah seluruh tubuhnya dipasang dengan wayar perubatan. Berselirat di sana sini, kondisi jantung nya pula semakin lemah hari demi hari. Itu...mungkin karma ataupun hukuman.

Entah dia sendiri tidak pasti. Berserabut otaknya sekarang ini. Wajah disembam di lutut. Dia anak derhaka, dia pendosa. Pendosa yang telah melakukan dosa yang terlalu besar. Neraka jahanam tempatnya. Itu adalah destinasi yang pasti.

Dia...Imam Jahanam

“ Zafran buat apa dekat sini?” Tiba-tiba ada suara lembut menegur dirinya. Kepala perlahan-lahan ditoleh ke kiri. Ahhh Ustaz Thalhah rupanya. Salah seorang ustaz yang dijemput oleh pihak penjara. Ustaz Thalhah mengambil tempat di sebelahnya.

“ Allah...Cantik kan?”

“ Apa yang cantik ustaz?”

“ Tempat ni” Zafran mengerutkan dahi, apa yang cantik? Ini penjara, dipenuhi orang-orang yang jahat, buruk akhlak seperti dirinya. Sah Ustaz ini merepek. Ustaz Thalhah ketawa kecil, mampu menangkap reaksi keliru Zafran.

“ Saya cakap tempat ini cantik...tapi ayat saya bermaksud dua. Tempat ni cantik sebab dipenuhi dengan orang-orang yang masih Allah kasih dan berikan mereka kesempatan kedua. Kesempatan untuk mereka berpaling dari jalan yang salah dan kembali ke jalan yang benar. Awak lihat...mungkin orang di luar sana pandang banduan di sini sebagai pendosa yang hanya layak neraka sahaja tempatnya...Tetapi saya tidak...tidak sama sekali. Bertahun saya ada di sini dan Allah tunjukkan kepada saya betapa penyayang Nya dia."

Nasihat yang lembut tapi tepat ke hati. Zafran tundukkan wajah, bibir digiggit sekuat hati hingga terluka. Allah...adakah dia...dia layak diberikan kesempatan itu? Dia pendosa yang besar. Dia suami dayus!

ZAR | OGWhere stories live. Discover now