BLURB

4.2K 248 11
                                    

JASMINE QASRINA, hidupnya kelam tatkala dia dan Zafri dipisahkan dengan kematian. Betapa hancurnya Jasmine tatkala tanda cinta yang ditunggu-tunggu selama dua tahun tak dapat merasai kasih seorang ayah.

"Untuk apa Jasmine hidup kalau Allah dah rampas separuh daripada jiwa Jasmine? Lebih baik Jasmine mati sebab hanya kematian yang boleh satukan Jasmine dengan suami Jasmine!" -JASMINE-

"Bawa anak kau berubat. Semarah mana sekali pun kau dekat budak tu, dia tetap anak kandung kau! Anak dia tu cucu kandung kau!" -NEK TIMAH-

Di satu sisi...

"Kerja tu kerja yang sesuai untuk kau masuk dalam hidup keluarga si jahanam yang dah bunuh ayah kau dan hancurkan keluarga kau!" -TORI-

JEBAT KHUWAILID. Matlamat hidupnya hanya satu. Tuntut bela di atas kematian ayahnya. Empat tahun Jebat meringkuk di tirai besi hanya demi sebuah jawapan dan dendam yang menjadi bayangnya.

"Kerja kau senang je. Jaga anak dengan cucu aku lebih penting daripada kau jaga nyawa kau sendiri!" -DATUK ZALI-

Kepulangan Jasmine dari bumi eropah demi merawat penyakit kemurungan menjadi titik utama Jebat menjadi racun dalam keluarga Datuk Zali. Meskipun nyawanya sering kali berada di hujung tanduk demi melindungi Jasmine dan Elman.

Namun, sikap dingin dan degil Jasmine buat Jebat tercabar. Apatah lagi tatkala wanita itu seakan-akan tak kisah tentang nyawanya sendiri sehingga berkali-kali Jasmine hampir dijadikan ancaman oleh musuh Datuk Zali.

"Kalau puan nak mati cepat tu, jangan bawa anak tu sekali. Nak mati, mati seorang-seorang!" -JEBAT-

"Kalau fed up, ikut cakap saya resign terus! Tak payah susah payah nak belasah musuh papa. Saya pun tak hamak sangatlah awak jadi bodyguard saya. Rimas! Dahlah muka macam penjenayah!" -JASMINE-

Setiap kali melihat wajah Jebat, Jasmine jadi nanar. Ada biasan Zafri di figura Jebat sehingga Jasmine mahu Jebat pergi dari hidupnya. Apatah lagi, hari demi hari, hubungan Jebat dan Elman bagaikan sosok seorang ayah dan anak.

"Siapa izinkan awak suruh anak saya panggil awak abah? Kerja awak tu cuma jaga saya dengan Elman je!" -JASMINE-

"Memanglah kerja saya cuma jaga puan dengan Elman. Tapi manalah tahu satu hari nanti kita sama-sama jaga rumah tangga kita. Elman tu perlukan ayah, saya boleh jadi ayah yang baik untuk Elman kalau puan nak." -JEBAT-

Tika kepercayaan dihulurkan, akankah Jebat terus dengan niatnya menjadi racun kerana sebuah dendam? Bisakah Jasmine mencari pengganti Zafri demi anaknya yang memerlukan kasih seorang ayah?

KAU YANG TAK TERGANTI (ON GOING) Where stories live. Discover now