EPISOD 54

1.4K 160 75
                                    

"ASAL call aku je mesti tanya pasal Puan Jasmine. Cubalah sekali sekala tanya pasal aku. Kita ni dah nak dekat setahun kerja dengan Puan Jasmine tapi tak ada kesempatan pun nak berkenalan. Aku ni cantik kut. Rugi tau kau tak berkenalan dengan aku."

Jebat menghela nafas panjang tatkala  Elisa masih sempat bergurau dalam keadaan Jebat rungsing akan keadaan Jasmine. Langkah diatur keluar ke balkoni rumah. Sudah lama Jebat tak menghirup udara luar selepas keluar dari hospital.

"Kenapa aku perlu berkenalan dengan kau pula?"

"Sebab kita sama-sama single. Padanlah kan... eh tapi..."

Elisa menggantungkan bicaranya. Pandangannya tunak memerhatikan Jasmine yang hanya termenung di hadapan samudera. Sesekali, kedengaran ombak menghempas tepian pantai. Ada rasa sangsi di lubuk hati Elisa tentang hubungan Jasmine dan Jebat.

"Kau dengan Puan Jasmine ada apa-apa hubungan ke selain hubungan majikan dengan pekerja?"

Tak semena-mena, seluruh wajah Jebat membahang panas dengan tuduhan melulu rakan sekerjanya. Dia berdeham. Palang besi balkoni digenggam erat menahan debaran yang kembali memalu jantungnya.

Ya Tuhan, apa magis Jasmine Qasrina hingga Jebat boleh alpa dengan dendamnya sendiri?

"Hah! Diam aje betullah..."

"Kau tak payah nak merepek."

Elisa terkekeh-kekeh sambil menguis pasir. Tercuit hatinya mendengar nada suara Jebat terketar-ketar menjawab soalannya.

"Tak adalah. Elman panggil kau uncle abah. Kenapa dia tak panggil kawan-kawan kita yang lain dengan panggilan tu? Lagi satu, kau dengan Puan Jasmine bukan main lagi eh kau suka sakat dia. Cuba dengan aku, dengan kawan-kawan yang lain muka ketat 24 jam aje. Obvious betul kau suka Puan Jasmine. Atau mungkin... kau dah jatuh cinta dengan majikan kau sendiri."

Tika itu, Jebat cuba mengalihkan topik perbualan mereka. Tak mahu isi hatinya ini dibaca oleh orang lain. Cukuplah hanya dia yang tahu. Jebat sendiri sedar hakikat bahawa dia dan Jasmine bagai langit dan bumi. Mereka takkan pernah bersatu.

"Puan Jasmine selamat dengan aku. Kau jangan risaulah. Tapi, apa sebenarnya  masalah kau dengan Puan Jasmine? Aku ni sampai jadi bisu tahu nak jawab soalan anak kau. Kau buat apa dengan Puan Jasmine sampai dia sedih?"

Jebat menjarakkan telefon pintar dari telinganya tatkala suara Elisa tiba-tiba meninggi. Seakan-akan memecahkan gegendang telinga Jebat saja. Angin petang yang menerobos masuk melalui balkoni rumah tak lagi terasa nyaman.

"Hoi Hang Jebat! Kau dengar tak? Kau buat apa dekat Puan Jasmine?"

"Bukan urusan kau."

"Kepala hotak kau bukan urusan aku! Aish! Memang orang nama Jebat ni suka derhaka dengan tuan sendiri ke?
Zaman kesultanan Melayu Melaka dulu Hang Jebat derhaka dengan raja, sekarang zaman moden nama Jebat juga yang derhaka dengan majikan sendiri!"

Elisa menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak puas hati melihat Jasmine bermuram durja.

"Puan Jasmine tu baik tau. Sepanjang kitorang duduk Ireland, tak pernah sekali pun dia menangis macam orang putus cinta!"

'Putus cinta'.

Frasa itu membuatkan Jebat kaku. Sorotan matanya memandang deretan kereta di kawasan perumahan flat lima tingkat. Ada debaran mengetuk sang hati tika Elisa tiba-tiba menyebut hal perasaan.

"Teruk ke?"

Elisa mencebik dengan soalan cepumas Jebat. Kalau Jebat ada di depan matanya saat ini, mahu saja dia belasah Jebat sampai koma buat kali kedua. Entah apa yang Jebat perlakukan ke atas Jasmine hingga wanita itu murung pun Elisa tak tahu. Apa yang pasti, Jasmine nampak kecewa.

KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️ Where stories live. Discover now