EPISOD 52

1K 187 52
                                    

Saya dah aura2 malas2 penat hahaha jadi sumbangkanlah satu vote, satu atau lebih2 komen untuk saya supaya saya rajin ❤️‍🔥

"YOU tak rasa keterlaluan ke jodohkan Qasrina dengan Ezhar? You tahu kan Ezhar tu kaki perempuan. Kaki mabuk. You sanggup tengok Qasrina menderita hidup dengan lelaki tak bertanggungjawab?"

Datin Bahriah menyendokkan nasi ke atas pinggan Datuk Razali yang ligat menaip mesej buat si penerima. Wajah suaminya kelihatan tegang seakan-akan berselirat dengan masalah.

"I tahu dia dah berubah sejak dia accident dulu. You tak payah fikir yang bukan-bukanlah. Lagipun, I nak Qasrina tu hidup dalam keadaan selamat. Tak nak lagi ada kejadian buruk macam haritu. Elman pun mesti suka bila dia dapat ayah baru."

"You yakin ke Ezhar dah berubah? Elman suka bila dapat ayah baru? Tak pernah pun I tengok Qasrina tak membantah kalau you ungkit pasal Ezhar."

Buat seketika, Datin Bahriah bertaut pandangan dengan Datuk Razali. Dia masih sangsi dengan keputusan si suami yang mendadak ingin menikahkan Jasmine dan Ezhar. Gerak hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Datuk Razali.

"Tak payah masuk campur urusan I boleh? You sendiri pun tak dapat nak tackle Qasrina lagi. Lebih baik you uruskan anak bertuah you berbanding sibuk dengan keputusan I."

Keluhan berat terlepas di bibir Datin Bahriah. Dia menjelingkan matanya ke atas tatkala Datuk Zali memulangkan paku buah keras terhadapnya tatkala Jazimin sering saja membuatkan onar.

"Perangai Jaz yang pemalas tu buat I tak dapat nak letakkan nama dia sebagai pewaris CEO MARLI Empire. Lebih baik I letak nama Qasrina. Hah nanti kalau dia dengan Ezhar dah kahwin dapat besarkan lagi syer syarikat I."

Tak semena-mena, Datin Bahriah hampir tersedak makanan yang sedang dikunyah dengan bicara suaminya. Dinding hatinya seakan-akan terbakar tatkala Jazimin direndah-rendahkan walhal Jazimin jugalah yang membantu Datuk Razali menguruskan syarikat.

"I tak setuju! Qasrina dengan Jaz... Jaz lebih banyak uruskan syarikat..."

"I tak kisahlah, Riah! Syarikat tu pun keluarga Mariana yang punya dan dia letak nama I sebagai pewaris utama memandangkan dia anak tunggal. Jazimin tu anak you dan bukan anak kandung I. Fikir logiklah sampai bila-bila pun Jazimin takkan dapat jadi CEO MARLI Empire."

Suasana tegang buat seketika tatkala kedua-dua pasangan itu saling berbalas hujah mengenai pewaris seterusnya dalam menerajui MARLI Empire. Datin Bahriah kehilangan selera makan tengah hari melihat suaminya seolah-olah tak menghargai Jazimin.

"Tapi jangan risau. Walaupun Jaz takkan jadi CEO tapi jawatan yang dia ada sekarangni takkan digantikan oleh sesiapa. Apa yang penting sekarang, kita kena betul-betul pastikan perjodohan Qasrina dengan Ezhar menjadi. I tak nak kejadian lama berulang lagi! Ni kesempatan untuk kita pulihkan syarikat yang sedikit bermasalah."

"Kita?"

"Yelah kita! Kenapa..."

Datin Bahriah tertawa sinis seraya bangun dari duduknya. "Tu urusan you dengan tan sri. I tak nak masuk campur urusan perjodohan Ezhar dengan Qasrina. Dia bukan anak I pun. You urus anak you dan I uruskan anak I. Deal kan?"

"You dah kenapa ni Bahriah? Nak menentang I pula?" Datuk Zali mencengkam lengan Datin Bahriah yang ingin melangkah naik ke kamar. Tak puas hati tatkala si isteri tiba-tiba naik hantu.

"I nak keluar. I stress dengan masalah you dengan anak you. I stress bila you tak pernah nak hargai anak I! Dahlah anak you tu kurang ajar sangat dengan I! Lebih bagus kalau dia tak balik sini tau! Semak!"

Tak semena-mena, pergaduhan Datin Bahriah dan Datuk Razali semakin tegang tika masing-masing tak mahu beralah. Tiada lagi kemanisan tika Jazimin dan Jasmine menjadi punca pergaduhan mereka.

KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️ Where stories live. Discover now