"TENGOK tu siapa datang..."
Sebaik saja figura seorang pemuda berwajah beku melangkah masuk ke dalam rumah agam kelihatan, si gadis bergaun hitam mengulum senyum. Dia mencapai segelas wain seraya menghampiri si pemuda berjas hitam. Sungguh, karisma pemuda bertubuh kekar itu cukup membuatkan dia tertarik.
"Hi, handsome!"
Baru saja Jebat mahu menaiki ke tingkat atas mencari keberadaan Reno, dia diterpa oleh Felisha. Si gadis pelayan yang menghadiri pesta di rumah milik Reno. Dia berundur setapak tatkala gadis berketurunan cina itu menghulurkan segelas wain kepadanya.
"Minumlah dulu. Lama tau I tunggu you datang."
"Buat apa tunggu aku?"
"Reno suruh I layan you..." Jari jemari Felisha sudah menari-nari di dada bidang Jebat. Pandangannya tunak memerhatikan raut wajah si pemuda yang berjaya menarik perhatiannya.
"Aku tak perlukan layanan kau."
Tanpa berlengah, Jebat meluru menemui Reno. Tak mahu Puan Nijah mencurigai kegiatannya yang sering pulang pada waktu dinihari hanya kerana urusannya bersama Reno.
Namun, Felisha menghalang langkah Jebat di anak tangga. Tatkala gadis itu ingin mengelus wajahnya, tangkas Jebat menepis kasar tangan gadis miang itu. Nafas panjang dihela. Jebat tak selesa dengan tindakan gadis itu.
"I suka you Jebat. You single. I single. I boleh layan you... temankan you kalau you sunyi. You cakap je apa yang you nak semuanya I boleh buat termasuk..."
Felisha jeda. Dia mendekatkan bibir merahnya ke cuping telinga Jebat. Wangian di tubuh pemuda itu membuatkan naluri Felisha semakin membuak-buak menginginkan pemuda ini menjadi miliknya.
"Bagi seluruh tubuh I dekat you tanpa bayaran..."
Jebat mendengus kasar dengan tingkah merenyam Felisha. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat. Di saat maruah kakaknya hancur angkara konco-konco Reno, saat ini Felisha pula yang sanggup memperjudikan maruah diri demi nafsu. Sungguh, jiwa Jebat mula berkobar-kobar dengan amarah berhadapan dengan gadis yang tak tahu menjaga maruah diri.
"Macam mana? You nak tak..."
"Kau dengar sini apa aku nak cakap, aku ni tak hamak sangatlah dengan badan kau. Kalau kau perlukan pemuas nafsu kau... pergi cari mana-mana lelaki yang perlukan layanan jahanam kau tu. Cubalah jadi perempuan tu bermaruah sikit!"
Sungguh, penolakan Jebat membuatkan Felisha berang. Dia mengeluh sambil berpeluk tubuh. Hanya memerhatikan langkah gagah Jebat menuju ke kamar Reno. Aneh benar pemuda berkulit sawo matang itu. Di saat dia memberikan layanan khidmat percuma kepada Jebat, pemuda itu tak mahukan dirinya.
"Kau janganlah kacau dia, Fel! Banyak lagi yang lebih bagus daripada dia. Lupakan jelah. Membosankan layan lelaki tak ada emosi macamtu." Alexia menggelengkan kepalanya tatkala Felisha sering saja mencuba memikat hati Jebat.
"Betullah tu. Membosankan! Tapi handsome juga eh Jebat tu walaupun muka dia bengis 24 jam macam nak makan manusia. Macam manalah aku tak crush kat dia!"
Felisha memuji. Senyuman sinis terkulum di bibirnya. Dia tak nafikan walaupun Jebat bengis namun kemanisannya masih ada. Siapalah ya wanita yang sudah membuatkan Jebat hancur sehingga wajah Jebat hanya dihias dengan ketegangan?
🌹🌹🌹
"BOLEH tak jangan kacau plan I? Elok dah budak tu ikut telunjuk I kenapa you nak menyibuk pula?"
"I tak nak dia terus hanyut dengan dunia gelapni, Reno! Please... I merayu lepaskan Jebat. Biar dia hidup dengan cara dia. Selama 32 tahun ni pun you yang buang dia dengan Zafri! Bukannya I yang minta. Bila you tahu Jebat ada masalah dengan Zali, barulah you terhegeh-hegeh nakkan anak kita balik!"

YOU ARE READING
KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️
Romance𝙹𝙴𝙱𝙰𝚃 𝙺𝙷𝚄𝚆𝙰𝙸𝙻𝙸𝙳 𝙹𝙰𝚂𝙼𝙸𝙽𝙴 𝚀𝙰𝚂𝚁𝙸𝙽𝙰 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂...