EPISOD 9

1.2K 166 12
                                    

"Buang cinta kau dan pergi dari hidup aku, Jebat Khuwailid! Aku tak nak bekas banduan jadi suami aku. Aku tak nak maruah keluarga aku tercalar disebabkan aib dalam keluarga kau!"

"Siallah! Aku struggle untuk kita tapi senang je kau minta putus dengan aku. Jahanamlah semua ni!" Puntung rokok dipijak. Amarah benar-benar membakar dinding hati Jebat tika ini. Apatah lagi semuanya berlaku hanya dalam satu malam saja.

Hina sangatkah dirinya ini sehingga cintanya dipermainkan oleh gadis itu? Mana janji-janji Adibah yang sanggup menantinya dan akan menerima apa saja kekurangan dalam dirinya ini?

Kenapa semua janji-janji itu bisa sirna sekelip mata? Sungguh, Jebat kecewa!

"Susah payah aku cari duit yang halal untuk kita tapi suka hati kau je buang aku macam sampah! Bingai punya perempuan!"

"Motor ni pun satu! Time aku broken nak mampuslah baru nak meragam! Apa kejadah sial betul hidup aku hari ni?" bentak Jebat lagi sambil menyepak tayar motosikalnya yang pancit. Terpaksa dia menuntun motosikalnya pulang ke rumah memandangkan bengkel sudah ditutup.

Semuanya benar-benar serba tak kena hari ini. Jebat serabut! Belum pun dia boleh terima kenyataan bahawa cintanya dikhianati oleh si kekasih, kini motor kapcainya pula yang buat hal malam-malam buta!

"Apalah malang sangat hidup kau ni Jebat! Jahat sangatkah aku ni sampai Tuhan nak uji aku bertubi-tubi!" Jebat mengusap kasar wajahnya yang meliar dengan jambang. Rambut panjangnya disebak ke belakang.

Rimas!

Bunyi kaca serentak dengan jeritan yang kedengaran berhampiran rumahnya membuatkan Jebat tersentak. Matanya membuntang. Degupan jantung mula kencang serentak dengan langkahnya yang sudah meluru ke rumahnya yang terletak berhampiran ladang kelapa sawit itu.

"Lepaskan aku! Tolonglah jangan buat aku macam ni! Kau orang nak apa hah!"

Suara itu semakin jelas di pendengaran Jebat. Dari luar saja dia melihat ruang tamu rumahnya sudah berantakan. Tatkala kaki melangkah masuk, hampir saja Jebat terpelongo melihat tubuh kaku Puan Nijah yang sudah terlingkup di atas lantai.

"Mak! Kenapa ni mak?"

Perlahan-lahan, Jebat meletakkan kepala ibunya di atas pangkuan. Alangkah kagetnya Jebat melihat darah mengalir di dahi ibunya. Tepi bibir si ibu juga sudah luka dengan darah kering. Tatkala dia periksa nadi si ibu, Jebat menghela nafas lega. Masih berdenyut.

"Akak... Kak Shana!"

Buru-buru, Jebat meluru ke arah kamar kakaknya. Dia yakin suara yang didengarnya itu milik Shana. Namun, langkah Jebat terhenti tatkala melihat empat orang lelaki serba hitam menggeledah kamarnya.

Tanpa berlengah, Jebat menyerang dari belakang. Tendangan ditujahkan ke tubuh kedua-dua lelaki itu silih berganti seraya mencengkam baju si lelaki yang sedang menyelongkar pakaiannya. Tangkas, Jebat menghentak kepala si lelaki ke dinding.

"Kau orang siapa? Apa yang kau orang nak?"

Ketiga-tiga lelaki itu sudah merengis kesakitan dengan penangan Jebat. Belum pun sempat salah seorang daripada mereka bangun, kedua-dua kolar bajunya sudah dicekak seraya dihempas ke dinding. Jebat tangkas menarik topeng lelaki asing itu.

"Kita orang nak tuntut hutang...."

"Tolong! Jangan apa-apakan aku! Aku merayu dekat kau orang! Ambillah apa je yang kau orang nak tapi aku mohon jangan apa-apakan aku!"

Tak semena-mena, rayuan Shana yang kedengaran di kamar sebelah semakin membuatkan Jebat tak keruan. Buru-buru, dia meluru ke bilik Shana yang terletak berhampiran dapur.

KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️ Where stories live. Discover now