RAUT wajah wanita yang masih tertidur di atas kasur dipandang sayu. Jebat resah melihat kondisi Jasmine yang kelihatan pucat. Kata doktor, Jasmine kekurangan air dalam badan akibat terlalu tertekan. Bayi dalam kandungannya juga begitu lemah sehingga boleh menjejaskan nyawa.
Jasmine... mengandung anak kepada Ezhar. Pada awalnya, Jebat sedikit terkilan dengan kebenaran itu tapi siapa dia untuk menidakkan rezeki Tuhan kepada Jasmine dan Ezhar? Hakikatnya, Jasmine sudah menjadi hak milik Ezhar.
Tapi, melihat kondisi Jasmine yang hilang seri di wajahnya membuatkan Jebat tertanya-tanya. Ya Tuhan, apa sebenarnya yang Ezhar buat kepada Jasmine sehingga Jebat merasakan ada derita yang tak berpenghujung di wajah wanita itu?
"Isteri orang tu. Jangan renung lama sangat."
Jebat tersentak tatkala Jazimin menepuk bahunya. Dia berdeham tatkala adiknya menangkap mencuri pandang wajah Jasmine tanpa henti.
"Aku risaukan Jasmine. Kandungan dia lemah. Nampak sangat dia tertekan sampai tak jaga baby dalam kandungan."
Jazimin mengulum senyum. "Risau sebagai seorang abang atau sebagai bekas kekasih?"
Mendengar frasa bekas kekasih, Jebat tertawa kecil. Menyedapkan hatinya. Pelipis yang tak gatal digaru. Rindunya Jebat mahu menyakat Jasmine hingga wajah wanita itu kemerahan. Jebat rindu senyuman manis Jasmine yang sering membuatkan dia jatuh cinta.
"Ada-ada jelah kau ni. Jasmine tu kan adik aku juga. Sama macam kau. Mestilah aku risaukan dia sebagai seorang abang walaupun status dia cuma adik tiri aku."
Jazimin menyandarkan tubuhnya di dinding sambil berpeluk tubuh. Wajah Jasmine dan Jebat dipandang silih berganti.
"Tapi tadi, nampak sangat abang masih cintakan Qasrina. Muka abang tadi tu macam muka ayam berak kapur, tahu! Cara abang pandang adik kita tu pun macam ada rindu yang abang cuba sampaikan tapi tak mampu nak diluahkan."
Jebat mengeluh berat melepaskan beban di pundaknya. Tak mahu lagi Jazimin membaca isi hati yang terpendam buat Jasmine Qasrina. Dia bangun berura-ura untuk mencari Elman. Biarlah isi hatinya ini disimpan rapi. Jebat masih belum mampu melepaskan rasa cintanya buat Jasmine. Jasmine sudah banyak mengajar Jebat erti hidup.
"Uncle abah!"
Baru saja Jebat melangkah keluar dari wad, pandangannya tertancap ke arah Elman yang meluru ke arahnya. Jebat mendukung tubuh kecil Elman. Dia tersenyum lebar tatkala tubuhnya dipeluk erat oleh budak lelaki itu.
"Rindu sangat dia dekat kau, Jebat. Tak nak duduk diam-diam dekat rumah."
"Aku pun rindu sangat dekat anak aku yang seorangni. Jom Elman. Uncle abah banyak benda nak buat dengan Elman."
Melihat tingkah mesra Jebat dan Elman membuatkan Elisa sebak. Bibirnya diketap menahan sesak. Semenjak Jasmine dan Elman pindah ke Itali, Elisa tak lagi melihat kemesraan dua figura itu. Apatah lagi, perkhidmatannya sebagai pengawal peribadi tak lagi di perlukan atas arahan Ezhar.
🌹🌹🌹
"KENAPA uncle abah tak jaga kitorang lagi? Kesian ibu selalu sakit. Kalau uncle abah jaga ibu dengan Elman kan best. Mesti ibu tak sedih sebab uncle joker tu lagi."
Tawa kecil terletus di bibir Jebat mendengar gelaran nama buat Ezhar. Sesekali, dia mengesat sisa coklat di birai bibir budak lelaki yang sedang berselera menikmati aiskrim coklatnya sambil bermain di taman hospital. Rindu benar Jebat dengan celoteh Elman.
"Ibu kan dah kahwin dengan ayah baru Elman. Mana boleh uncle abah jaga korang lagi."
"Tapi dia jahat!"

YOU ARE READING
KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️
Romance𝙹𝙴𝙱𝙰𝚃 𝙺𝙷𝚄𝚆𝙰𝙸𝙻𝙸𝙳 𝙹𝙰𝚂𝙼𝙸𝙽𝙴 𝚀𝙰𝚂𝚁𝙸𝙽𝙰 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂...