JASMINE tersandar lemah di dinding sambil memerhatikan kakinya yang sudah dirantai oleh Datuk Zali. Bibirnya diketap menahan esak. Kegelapan menyelebungi wanita itu. Bunyi unggas pada malam hari bersama dengan angin kencang membibitkan keresahan di jiwa Jasmine.
Panggilan video daripada Ezhar masih terbayang-bayang di ruang memori.
Sekali lagi, kerana dia nyawa Jebat diancam bahaya."Semua ni salah aku. Kalau Jebat mati... semuanya salah aku. Sama macam masa abang Zafri meninggal semuanya salah aku. Kalaulah aku tak hidup dalam dunia ni mesti diorang takkan mati."
Tangisan Jasmine pecah jua tatkala ketakutan menyelubunyi dirinya.
"Aku cintakan kau, Jasmine Qasrina. Aku dah jatuh cinta dengan kau dan aku tak tahu... macam mana aku boleh jatuh cinta dengan majikan aku sendiri."
Luahan cinta Jebat yang tiba-tiba berlalu di ruang memori menambahkan lagi sesak di jiwa Jasmine. Seluruh wajahnya membahang melepaskan tangis. Rasa penyesalan, rasa serba salah yang tiada penghujungnya menikam dinding hati wanita itu.
"Saya minta maaf... tak mampu balas cinta awak, Jebat. Saya tak mampu gantikan suami saya dengan orang lain. Saya minta maaf... buat awak jatuh cinta dengan orang yang tak mampu berikan kasihnya untuk awak."
Jasmine tersentak tatkala pintu stor dibuka dari luar. Tangisannya seolah-olah terhenti buat seketika. Angin kencang menerobos masuk ke dalam stor yang sempit itu. Di kesamaran lampu yang malap, terpapar wajah seorang wanita bengis yang sedang memegang dulang berisi makanan.
"Makan. Bukan masa nak menangis."
Datin Bahriah menghentak sedulang makanan di atas lantai. Dia mencangkung di hadapan Jasmine. Luluhnya hati Datin Bahriah melihat Jasmine diperlakukan seperti bintang oleh suaminya. Hanya demi memastikan wanita itu tak melarikan diri, kedua-dua belah kakinya dipasung dengan rantai.
Tergamak benar Datuk Zali memperlakukan Jasmine dengan kasar.
"Macam mana dengan Jebat? Aku dah balik... papa... masih hukum dia lagi ke?"
Datin Bahriah mengeluh berat. Wajahnya diraup kasar. "Tak payah fikir pasal dia."
"Senanglah kau cakap! Diorang seksa dia sebab aku!"
"Qas lari dari rumah dah kenapa? Qas tahu kan papa tak suka kalau orang langgar peraturan dan arahan dia! Qas yang cari pasal dengan papa!"
"Tapi Jebat tak ada kaitan..."
"Tak ada kaitan ke namanya kalau Jebat sanggup buat apa je untuk Qas? Fikirlah guna otak!" Datin Bahriah membentuk sambil menunjal dahi Jasmine. Nada suaranya bergetar menahan sebak tatkala teringatkan keadaan Jebat yang cedera hanya demi melindungi Jasmine.
"Jebat dah buat silap besar dalam hidup dia! Jatuh cinta dengan orang yang tak layak untuk dapatkan cinta daripada dia! Puaslah hati Qas tengok Jebat menderita, kan?"
Jasmine kelu. Tangisannya kembali pecah tatkala dipersalahkan walhal dia juga tak minta Jebat mencintainya. Jasmine buntu.
"Tak payah nak menangis! Makan! Tak payah fikir pasal Jebat lagi. Qas dah nak nikah dengan Ezhar dah pun."
Tanpa pamit, Datin Bahriah bangun berura-ura keluar dari stor. Membiarkan saja Jasmine merintih nama Jebat tanpa henti. Keluhan berat dilepaskan. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat.
"Qas jangan risau pasal Jebat. Dia tengah dapatkan rawatan sekarang. Dia dah selamat."
Mendengar hal itu, Jasmine ingin bangun namun kedua-dua belah kakinya yang dipasung mematikan pergerakannya. Senyuman pahit terkulum di bibir pucat wanita itu.

YOU ARE READING
KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️
Любовные романы𝙹𝙴𝙱𝙰𝚃 𝙺𝙷𝚄𝚆𝙰𝙸𝙻𝙸𝙳 𝙹𝙰𝚂𝙼𝙸𝙽𝙴 𝚀𝙰𝚂𝚁𝙸𝙽𝙰 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒖𝒅𝒂...