EPISOD 58

959 157 57
                                    

RESAH hati Jasmine melihat wajah pucat Nek Timah yang sedang memasukkan bekalan makanan ke dalam bakul. Entah mengapa intuisinya Jasmine merasakan kesihatan neneknya tak begitu memberangsangkan. Apatah lagi wajah Nek Timah sembap. Seolah-olah baru saja selepas menangis.

"Nenek, Jasmine tak jadi baiklah harini. Nenek tak sihat kan."

"Apa pula tak jadinya. Dah lama sangat kau kat rumah nenek. Galeri tu siapa nak uruskan? Kau pun mesti banyak tempahan lukisan kan?"

Jasmine memeluk erat lengan Nek Timah seraya melentokkan kepalanya di bahu neneknya. Dia akan rindukan kasih sayang daripada Nek Timah. Berat benar hati Jasmine meninggalkan neneknya keseorangan di rumah.

"Jasmine takut kalau Jasmine balik, nenek ikut abang Zafri."

"Ya Allah, Jasmine... apa pula fikir macamtu. Nenek okeylah. Kuat lagi ni hah! Boleh tak jangan fikir yang bukan-bukan?"

Nek Timah mengusap lembut kepala Jasmine yang berbalut dengan selendang. Hati tuanya kecewa tak mampu menasihati Datuk Zali untuk melupakan hasrat menjodohkan Jasmine dan Ezhar. Bukannya dia tak tahu sikap Ezhar yang kasanova. Jasmine pernah bercerita sebelum menikah dengan Zafri.

"Tapi nenek macam tak sihat..."

"Ala orang tua. Memanglah cepat sakit. Jangan risau nenek ada ubat kalau nenek sakit. Kalau nak ke hospital pun ada jiran yang boleh hantarkan. Dahlah! Baik korang balik cepat."

Jasmine hanya mengangguk lemah seraya mengucup kura tangan Nek Timah. Mereka beriringan melangkah keluar dari rumah sambil menjinjing bekalan berisi nasi lemak. Kelihatan Jebat dan Elman masih ralit bermain layang-layang di halaman rumah.

"Rapat betul Elman dengan Jebat tu. Berkenan pula nenek dekat si Jebat. Dia single lagi ke? Atau dah kahwin?"

"Kenapa nenek tanya macam tu?"

"Sebab nak doakan semoga korang berdua berjodohan. Sejuk hati nenek tengok dia layan Jasmine dengan Elman. Nampak dia betul-betul sayangkan Elman macam anak sendiri."

Tak semena-mena, wajah Jasmine membahang tatkala dia dikenenkan dengan Jebat. Senyuman terkulum di bibir wanita itu. Dia dengan Jebat? Tak serasi. Kedua-duanya api dan api. Boleh berantakan rumah kalau mereka bersatu.

"Kau suka Jebat?"

"Apa nenekni tanya soalan random." Jasmine mengalihkan pandangannya. Memerhatikan Jebat dan Elman yang seronok bermain walhal mereka harus pulang Saat ini.

"Sukalah tu kan kalau dah muka tahan malu. Jasmine tak payah sorok apa-apa daripada neneklah. Nenek dah terlebih makan garam." Nek Timah tersenyum pahit seraya menuruni anak-anak tangga rumahnya.

Tika itu, degupan jantung Jasmine sudah kencang tatkala emosinya ditebak oleh Nek Timah. Memang, dia sukakan Jebat tapi tak lebih daripada hubungan majikan dan pekerja. Jasmine suka dengan cara kerja pengawal peribadinya.

"Nenek dah siap bungkus makanan?"

"Dah. Terima kasih ya tolong jagakan cucu dengan cicit nenek. Kau jangan sakitkan Jasmine lagi. Nenek tak nak dia menangis sebab kau, tahu? Bahagiakan dia dengan cara kau sendiri."

Nasihat daripada Nek Timah menimbulkan rasa bersalah di lubuk hati Jebat tatkala menyakiti Jasmine. Dia mengangguk. Takkan ada lagi kesakitan yang akan Jebat bagi kepada Jasmine.

"Saya akan jaga cucu dengan cicit nenek baik-baik. Nenek jangan risau. Terima kasih masakkan makanan sedap-sedap sepanjang saya kat sini. Saya minta maaf atas kesalahan saya dekat cucu nenek juga."

Senyuman pahit terukir di bibir Nek Timah dengan kesantunan Jebat. Meskipun wajahnya bengis namun hati tuanya kuat mengatakan Jebat memiliki hati yang nurani. Kenapalah lelaki seperti Ezhar yang hanya akan memberikan derita saja menjadi pilihan Datuk Zali?

KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️ Where stories live. Discover now