EPISOD 86

1.5K 267 179
                                    

'ALHAMDULILLAH...'

Senyuman tak lekang meniti di bibir pucat Jasmine tatkala dia masih diberikan kesempatan untuk menatap wajah orang-orang yang disayangi. Melihat kemesraan Jazimin dan isterinya yang sarat mengandung membibitkan rasa bahagia di sudut hati Jasmine.

"Kau jangan risaulah pasal company arwah mama. Sejak company tu rebrand... Alhamdulillah semuanya dah dipermudah. Allah permudahkan perjalanan kita." Jazimin menghela nafas panjang. Gusar tatkala kesihatan Jasmine kembali merundum.

"Jasmine sakit bagi tahulah mummy... Bukan diam-diam aje. Semua orang risau tahu bila Jasmine collapse lagi. Kita kan keluarga... kenapa nak hadap semuanya seorang-seorang?"

Datin Bahriah melabuhkan duduk di birai katil sambil mengusap lembut kepala Jasmine yang berbalut dengan selendang. Begitulah Jasmine, tak mahu menyusahkan orang sekelilingnya sehingga akhirnya anak tirinya itu jatuh sakit.

"Elman dah pesan benda sama tapi ibu selalu degil."

"Tu maksudnya... kita kena cari penjaga yang boleh hadap kedegilan Jasmine. Kan, sayang?"

Elisa mengulum senyum tatkala Fawwaz mula mengusiknya. Dia mengangguk. Bersetuju dengan cadangan tunangannya. Dia akan berkahwin dengan Fawwaz dua bulan lagi. Sudah tentunya dia perlu meninggalkan rumah Jasmine demi kehidupan baharu bersama Fawwaz.

"Kak Elisa dah nak kahwin. Elman pun kena duduk asrama. Elman tak nak ibu seorang-seorang duduk rumah. Jadi, Elman dah cari bodyguard baru untuk jaga ibu."

"Pandai betul cucu nenek ni kan."

Elman tersengih. Dia menjungkit-jungkitkan keningnya tatkala pandangannya bertaut dengan Jasmine yang hanya terbaring lesu di atas kasur.

"Mestilah pandai. Elman dah buat perjanjian dengan bodyguard ibu yang dia akan jaga ibu, bahagiakan ibu hingga akhir hayat."

Mendengar hal itu, Jasmine tertawa kecil. Dia mengusap lembut pipi Elman yang duduk di kerusi pelawat. Tercuit hati dengan jenaka si anak yang cuba menggembirakan hatinya.

"Sejak bila pandai cakap benda mengarut ni? Ibu tak ajar..."

"Elman tak mengarutlah ibu. Elman dah carikan untuk ibu tau. Elman nak tengok ibu bahagia dengan dia bila dia jadi bodyguard yang halal untuk ibu."

Tak semena-mena, senyuman Jasmine memudar. Dia dapat merasakan Elman tak bergurau. Tatkala pintu dikuak dari luar, semua mata-mata tertancap ke arah figura yang baru melangkah masuk ke dalam wad privasi.

"Dah sampai pun bodyguard ibu."

Tika pandangan Jasmine bertaut dengan Jebat, degupan jantungnya jadi kencang. Apatah lagi senyuman yang memaniskan wajah pemuda itu. Tiada lagi tatapan kebencian. Inikah bodyguard halal yang diucapkan oleh Elman?

"Ehem... aku dengan Elisa kena balik dulu."

"Mummy... kita makan dulu jom. Cucu mummy dalam perut isteri Jaz dah lapar ni."

Jasmine terpinga-pinga tatkala mereka mula berura-ura keluar meninggalkannya bersama Elman dan Jebat. Jasmine jadi kekok dengan tatapan tulus Jebat. Sudah sembilan tahun dia berpisah dengan Jebat dan inilah pandangan kasih yang meresap ke relung hatinya.

"Jasmine..."

"Err... saya minta maaf sebab rosakkan hubungan awak..."

"Tak. Abang yang salah... abang yang bodoh tak guna sebab sakitkan cinta..."

Tak semena-mena, seluruh wajah Jasmine mula membahang kepanasan tatkala Jebat mula mengubah kata ganti nama. Dia rasa sesak. Emosinya berkecamuk dengan suara Jebat yang kedengaran begitu romantis di pendengaran. Tiada lagi kekasarannya.

KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️ Where stories live. Discover now