EPISOD 85

1K 154 60
                                    

"PUAS hati kau?"

Jebat kaku tatkala Elisa berdiri setentang dengannya bersama wajah yang berselirat dengan amarah. Kakinya terpasak di atas bumi. Emosi Jebat bercampur baur menanti doktor keluar dari wad kecemasan.

"Aku tanya ni puas hati kau?" Elisa mencengkam kedua-dua kolar baju Jebat tatkala pemuda itu hanya membatu. Air matanya tak lekang mengalir ke pipi. Nada suaranya naik seoktaf menahan sesak di dada.

"Jas... Jasmine sakit apa?"

Mendengar soalan itu, Elisa menumbuk kuat wajah Jebat melepaskan amarahnya. Dadanya berombak kencang tatkala kata-kata Jebat menghancurkan hati Jasmine sehingga kesihatan wanita itu merundum jatuh.

"Buat apa kau nak tahu? Kau nak dia mati kan? Kalau Jasmine mati baru kau puas hati. Baru kau rasa tenang lepaskan kemarahan kau!"

Jebat hanya membiarkan Elisa melepaskan amarah dengan memukul dadanya tanpa henti. Dia lelah berperang dengan emosi yang tak berkesudahan. Dek dendam dan amarah, dia menyakiti Jasmine walhal cintanya tak pernah padam buat wanita itu.

"Elisa... sabar sayang..."

Fawwaz menarik lengan tunangannya daripada melepaskan amarah buat Jebat. Tak mahu suasana semakin tegang jika Elisa terus-menerus melepaskan amarah tanpa berfikir rasional. Bukan masa untuk salah menyalahi.

"Kau melampau, Jebat! Kau tahu tak Jasmine tu sakit! Dia menderita! Sebab penyakit dia, trauma dia sebab si jantan dayus tu! Sekarang, kau tambah racun dalam hidup dia lagi! Kau tu yang sebenarnya racun bukan Jasmine!" Tangisan Elisa semakin mendayu-dayu. Ingin saja dia membelasah Jebat melepaskan segala penderitaan Jasmine. Dia saksi Jasmine berjuang hidup selama 14 tahun ini.

Mana mungkin dia membiarkan majikannya terus-terusan disakiti!

"Duduk dulu, sayang... biar I yang settle dengan Jebat." Sebaik mungkin Fawwaz memujuk Elisa bagi meredakan tekanan gadis itu.

Tutur bicara Elisa benar-benar meruntun hati Jebat dengan rasa bersalah. Dia hanya tertunduk menekur kedua-dua belah tangannya yang digenggam erat. Tak henti-henti dia memaki hamun dirinya yang sudah terlanjur menyakiti Jasmine walhal dia tahu Jasmine menderita menjadi mangsa penderaan rumah tangga.

"Jebat... aku dah lama nak bagi tahu kau benda ni tapi kau selalu je tak bagi aku kesempatan kalau bercakap pasal Jasmine."

Seketika, Jebat mendongakkan kepalanya memandang wajah Fawwaz. Tiada lagi bantahan di lubuk hati Jebat tatkala dia membuak-budak ingin mengetahui tentang Jasmine.

"Tapi sekarang aku tak nak kau menyesal. Aku tak nak kau terlambat. Jadi, kau kena tahu pasal Jasmine. Sebenarnya, Jasmine ada sakit. Dia ada barah otak dah masuk tahap empat. Dah tiga tahun Jasmine sakit. Doktor kata, penyakit Jasmine ni keturunan dan Jasmine dapat daripada arwah mama dia."

Tatkala kenyataan itu diucapkan oleh Fawwaz, betapa remuknya jiwa Jebat. Setitis demi setitis air mata mengalir ke pipi pemuda itu. Nafasnya terasa sesak tatkala teringat akan kata-kata kasarnya terhadap Jasmine selama pertemuan mereka setelah sembilan tahun terpisah. Dia hanya melayan Jasmine dengan kasar. Dia langsung tak kisah melihat wajah Jasmine yang pucat.

Bahkan, dia memaksa Jasmine untuk menyiapkan lukisan buat Raihana. Ya Tuhan, kejamnya seorang Jebat Khuwailid menyakiti wanita yang dia cinta.

"Sebab itulah aku aturkan kau berurusan dengan Jasmine. Tapi... kau masih marahkan dia. Dendam dengan dia. Aku sebenarnya cuma nak kau berbaik semula dengan Jasmine dan lupakan persengketaan yang berlaku di antara korang." Fawwaz menepuk bahu Jebat bertalu-talu. Menenangkan sahabatnya yang kelihatan hancur setelah dia memberitahu kondisi Jasmine.

KAU YANG TAK TERGANTI (COMPLETED) ✅️ Where stories live. Discover now