Sedang para-para isteri berborak didapur tanpa mereka sedari ada sepasang iris hijau sedang memerhatikan mereka disebalik dinding
"Kau skodeng apa?" soal xaiden ditepi telinga citra
Terhinjut bahu citra akibat terkejut. Apabila dia berpaling ketepi secara tidak sengaja bibirnya tersentuh sedikit tepi bibir xaiden
sekali lagi citra terkejut hampir sahaja dia hilang keseimbangan nasib ada tangan cepat menahan belakang badannya
Xaiden tersenyum sambil menatap tepat kedalam iris hijau milik citra. Tangan erat memegang pinggang citra agar tidak jatuh
"Tepilah!" marah citra. Xaiden ditolak jauh
"You're welcome" kata xaiden sengaja ingin menyindir
" Soft" kata xaiden sambil menyentuh bahagian tepi bibirnya
"Pervert!" kata citra
"Kau buat apa dekat sini?" soal citra
"Aku patutnya tanya kau soalan tu" kata xaiden sambil berpeluk tubuh
Eh kejap... Macam salah je ni.. Kalau. Perempuan dekat dapur ni biasa tapi kalau lelaki apa function?
"Menyibuk je" jeling citra
"Yang kau mengendap macam perompak tu kenapa? Masuk jelah" kata xaiden
Baru citra ingin membuka mulut tiba-tiba ada suara lain mencelah
"Eh rara? Xaiden? Buat apa dekat sini?" soal aurora
"Nak panggil tiara sebenarnya entah dari mana jantan ni datang kacau" kata citra. Memang tujuan utamanya datang ke dapur tadi kerana ingin memanggil tiara kerana mereka ingin pulang awal
"Panggil tiara kenapa?" soal aurora
"Kitaorang dah nak balik" kata citra
"Nak balik dah? Awalnya.. Duduklah dulu lepak sini aku baru siap buat pencuci mulut" kata aurora
"Tu kau kena kata dekat kift. Dia yang paksa balik" kata citra
"Hm.."
"Ha tiara jom balik" kata citra sebaik melihat susuk tiara keluar dari dapur
"Nak balik dah ke?" soal tiara
"Ya, cepat! Aku dengan kift tunggu dekat kereta" kata citra lalu dia berjalan pergi
"Aurora aku balik dulu. Terima kasih untuk makan malam ni" kata tiara
"Sama-sama.kalau ada masa datanglah lagi. Rumah ni sentiasa terbuka" kata aurora
Tiara sekadar tersenyum nipis. Entah bila lagi dia dapat berjumpa keluarga ini manalah tahu ini kali pertama dan terakhir?
Selepas berpelukan dan bersalaman tiara melangkah pergi
"Kalau dah betul-betul cinta. Tangkaplah sampai dapat sebelum orang lain kebas dulu" kata aurora pada xaiden lalu dia melangkah pergi keruang tamu
"Kebas? Hm jangan kata kebas tengok pun aku tak bagi" gumam xaiden. Dia paling benci jika ada lelaki selain kawan rapat dan ahli keluarga perempuan pujaannya digoda
"""""
"Baru reti nak masuk? Aku baru rancang nak sambut kau" perli kift sebaik tiara masuk kedalam kereta
"Sorry" kata tiara sambil menunduk
"Jangan buat aku tunggu atau... " belum sempat kift menghabiskan ayatnya
"Enough abang. Dia lewat berapa saat je" kata citra
Pandangan membunuh diberikan pada adiknya dah juga tiara melalui cermin belakang
![](https://img.wattpad.com/cover/357836754-288-k79889.jpg)
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Romantik(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...