Kaki melangkah keluar dari bilik air khas yang tersedia didalam wad VVIP itu. Tangan sibuk menggosok rambut menggunakan tuala kecil
Angkat sahaja kepala iris tajamnya bertemu dengan iris milik delly
"Hai kift" sapa delly dengan senyuman lebar. Rupa kift yang baru mandi itu membuatkan dia tergoda kerana kift terlihat seksi dengan rambut basahnya itu
"Kau buat apa dekat sini?" Soal kift. Pandangan delly dihiraukan
"I datang nak melawat you lah. I dengar you masuk hospital"
"Tak perlu pun datang" kata kift. Nadanya seperti menghalau
"I kan klien you.... Of course i kena perihatin"
"Huh" kift tersenyum sinis. Dia tak bodoh untuk terpedaya dengan lakonan delly
Delly bangun dari sofa dan mendekati kift. Dia berdiri dihadapan kift dengan jarak yang dekat
"Lagipun.... I kenalah ambik hati you... Kalau i nak you kan? Itu yang you cakap" sambung delly lagi
"Ouh btw i ada bawakan makanan untuk you. Makanlah... I teman"
Belum sempat kift ingin membuka mulut. Pintu wad dibuka dari luar
Tiara melangkah masuk kedalam sambil membawa bekas berisi makanan diikuti xaiden dari belakang yang membawa plastik berisi buah-buahan
"Exuse me? Awak ni siapa?" Soal tiara. Melihat kedudukan delly dan kift yang rapat membuatkan hatinya marah
"I delly.... Klien exclusive kift" jawab delly. Perkataan exclusive sengaja ditekan menandakan bahawa dia penting
"You ni pula siapa?" Soal delly semula
"Saya isteri kift" jawab tiara. Dia memandang sekilas kearah suaminya yang sibuk membuat hal sendiri
"Ouh... So ni lah isteri you kift? Hm... Not bad" sindir delly. Dia mengambil tempat dikerusi sebelah kift
"Aku dengan tiara ada bawak makanan untuk kau. Kau tak makan tengahari lagi kan?" Celah xaiden
"Letak tepi. Delly aku nak rasa makanan kau" kata kift dingin
"Oh kejap" delly mula membuka makanan yang dibawanya lalu dihidangkan diatas meja
Tiara memandang geram kearah dua manusia dihadapannya. Isteri sendiri bawak makanan taknak rasa, yang perempuan lain bawak makan pula
"Saya bawak makanan kesukaan awak ni.... Awak taknak rasa dulu ke?" Soal tiara cuba meraih perhatian kift
"Pernah ke aku rasa makanan kau?" Sindir kift
"Sorry tiara... Maybe kift takda selera nak makan makanan you" kata delly
"Takpa tiara. Kalau takda orang nak makan makanan kau biar aku makan, lagipun aku memang tengah lapar ni" kata xaiden. Bukan sahaja tiara dia pun naik geram
ktak!
Semua mata tertumpu pada datin seroja apabila dia melangkah masuk
"Awak ni siapa?" Soal datin seroja
"I delly klien kift" jawab delly lembut
"Ouh cantik orangnya serupa nama" puji datin seroja
"Kift dah makan?" Soal datin seroja
"Baru nak makan" jawab kift
Melihat bekas makanan yang tersusun tahulah datin seroja bahawa delly menyediakan untuk anaknya
"Xaiden jaga kift ke?" Soal datin seroja pada xaiden pula. Wajah tiara dijeling tajam
"Haah aunty, alang-alang tu nak ajak dia makan sekali eh rupanya dah ada orang lain nak teman" perli xaiden
![](https://img.wattpad.com/cover/357836754-288-k79889.jpg)
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Romansa(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...