Qistina menahan mulut dari bertanya pada tiara. Dia memandang kearah citra yang duduk di hadapan mereka
"Cakap jelah apa kau nak cakap. Sebab aku tahu abang aku salah" kata citra apabila dirasakan dirinya menjadi penghalang
"Lepas apa aku nampak tadi. Aku nak tahu macam mana kift layan kau" kata Qistina
"Dia layan aku baik" kata tiara
"Dah dahlah tu menipu. Tak cukup lagi ke dosa yang ada?" perli citra. Apa yang nak dibela sangat abang dia tu
"Jujur dengan aku tiara. Aku nak kau jujur! jangan kotorkan lidah kau dengan penipuan" kata Qistina tegas
"Jadi betullah dia layan kau teruk selama ni?" teka Qistina dari riak wajah tiara dia seperti dapat meneka
"Tak mudah untuk terima orang yang dah rosakkan masa depan dia" kata tiara
"Itu bukan alasan untuk dia buat kau macam ni!"
"Aku dah redha dengan hidup aku qis"
"Betul ke orang yang cakap macam ni depan aku adalah bunga tiara keisya? Ni ke kawan aku? Mana pergi kawan aku yang kuat memberontak dulu? Kenapa kau jadi lemah macam ni tiara!?" soal Qistina bertubi-tubi
"Aku dah penat qis... Aku dah penat untuk berjuang cari kebahagiaan" kata tiara sayu. Kebahagiaan memang tak tertulis untuk dia ke? Dari dulu penderitaan je yang dia hadap
"Aku sakit qis.... Hati aku sakit sangat.... " kata tiara lemah. Perlahan-lahan air mata yang ditahan sejak tadi mengalir bak air terjun
"Shuhhh... Aku ada... " pujuk Qistina. Tiara ditarik masuk kedalam pelukan
"Aku tak tahu macam mana aku boleh jatuh cinta dekat dia qis.... Sampaikan sesakit apa pun dia buat pada aku... Aku tak pernah bencikan dia... " kata tiara dengan esakan yang tertahan. Dia tidak mahu esakannya menarik perhatian orang didalam cafe itu
"Kalau kau cintakan dia... Buat dia cintakan kau balik tiara" kata Qistina
"Aku dah buat qis..... Dia tak pernah buka hati untuk aku.. Pandang aku pun kalau boleh dia taknak" kata tiara
"Teruskan tarik perhatian dia tiara.dia dah mula cintakan kau"
"Macam mana kau boleh yakin cakap macam tu?" soal Qistina
"Dia abang aku. Aku tahulah. Dia tu tinggikan sangat ego dia sampai sanggup butakan hati" kata citra
"Apa lagi aku boleh buat untuk cairkan hati dia?"
"Ais kalau disimbah air akan mencair juga. Terus tarik perhatian dia sampai dia tak mampu lepaskan kau" kata Qistina
"Kau isteri dia, kau boleh buat apa je dekat dia selagi tak melebihi batas" kata citra pula. Bagi memberi sokongan pada kakak iparnya
"Takkan kau nak berhenti setengah jalan? Kau nak perempuan tu ambik tempat kau?" soal citra sambil memandang tajam kearah mereka didalam restaurant itu
"Tak... Aku takkan biarkan" kata tiara
"be a strong woman defend your rights. don't let anyone take him away from you"
"""""
Setelah selesai urusan di restaurant. Company Enhay holding sdn bhd menjadi tujuan mereka
Mata-mata pekerja yang memandang kearah mereka diabaikan. Wajah dikekal beku tanpa secalit senyuman pun
Terpukau pekerja -pekerja itu apabila melihat wajah salah satu orang atasan mereka itu jarang mereka melihat lelaki itu melepaskan mask. Peluang didepan mata jangan dilepaskan. Memang patut pun lelaki itu sentiasa memakai mask kerana wajahnya yang sangat kacak mampu memukau siapa saja sampai mereka tidak mampu melarikan pandangan
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Kurt Adam(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...