LSK|03

233 14 2
                                    

BAM!

Sengaja bekas dihempas kuat diatas meja. Lalu kerusi kosong diduduk. Pandangan orang sekeliling diabaikan

"Kau memang nak kena hempuk dengan pinggan aku ni ke?" tanya tiara pandangan tajam diberikan pada sahabatnya

"Berapa kilo Fondation kau tampal dekat muka tu?" soal qistina

"5 kilo. Kenapa? Kau nak tutorial ke?" perli tiara

"Baru je minggu lepas bibir kau tu sembuh ni luka balik"

"Nak buat macam mana itu je modal diorang. Lagipun aku dah biasa" kata tiara. Sakit? Sakit lagi hati ni

"Dah sapu ubat belum?" tanya qistina

"Dah"

"Kau tidur rumah aku jelah malam ni" kata qistina tak sanggup dia lihat keadaan sahabatnya sakit macam ni. Dari luaran memang nampak biasa sahaja tapi dia tahu disebaliknya sahabatnya itu sedang menahan sakit

"Kau nak dia serang rumah kau bawak batang penyapu?"

"Bagi jelah alasan macam biasa" kata qistina. Sudah menjadi kebiasaan apabila tiara dipukul atau dia sedang dalam emosi rumah sewa dia lah yang menjadi tumpangan untuk tiara

"Malas lah qis"

"Kalau macam tu biar aku jelah yang call makcik sihir tu"

"Tak payah! Okay malam ni aku tidur rumah kau" mengalah tiara. Dia takut kalau puan aini syak yang dia mengadu pada qistina padahal sebelum ni memang dia selalu bercerita pada qistina kerana hanya qistina sahaja yang sentiasa ada bersamanya tiada yang qistina tidak tahu

"Ha macam tu lah" ceria qistina apabila tiara ingin tidur dirumahnya

"Wow tengoklah sapa ni?" seorang perempuan berdiri disisi meja mereka

"Ahahha" dua orang perempuan yang berdiri di belakang tergelak sinis mengejek

Tiara mengjuling mata keatas. Kehadiran perempuan itu langsung tidak dipedulikan dia menyambung makan

"Kau nak apa ni eli?" tanya qistina malas

"Takda apa saja nak tengok muka orang tak malu ni" kata eli sambil mata memandang kearah tiara

"Aku rasa baik kau pergi sekarang kitaorang nak makan tak tenang"

"Huh!" muka qistina dijeling

Pinggang berisi nasi goreng yang dimakan tiara ditarik.

Rahang diketap. Sudu digenggam kuat. Sabar tiara... Sabar...

"Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?" tanya tiara

"Tak puas hati aku takkan habis selagi aku tak dapat naik pangkat" kata eli

"Disebabkan kau eli tak dapat naik pangkat tau!" kata perempuan dibelakang eli

"Dasar penghasut!"

"Eh mia, dayana korang jangan nak jadi batu api boleh tak?" kata qistina pada dua orang perempuan dibelakang eli

"Kau layak ke naik pangkat?" sinis tiara

"Perempuan gedik macam kau ni layak ke naik pangkat? Tercemar nama Company nanti"

Sejak tiara masuk kerja didalam Company lagi eli and the geng tidak suka dengannya. Kebencian mereka semakin naik apabila eli hampir dapat naik pangkat tapi apabila tiara menunjukkan bukti penyelewengan yang dilakukan dia selama ni musnah Impian nya ingin naik pangkat tapi dia bernasib baik kerana masih diberi peluang untuk berkerja di company ni

LOVE SILENT KILLER 🄾🄶Where stories live. Discover now