LSK|26

317 19 3
                                    

Citra tersenyum melihat wajah cemerut kakak iparnya didepan pintu. Setelah luggage dimasukkan kedalam kereta kaki melangkah mendekati tiara

"Perlu ke kau balik rumah kau semula?" soal tiara. Baru beberapa hari bersama citra kini adik iparnya sudah mahu pergi

"Perlulah! Kalau dulu abang aku single aku nak buat ni macam rumah aku sendiri pun takpe tapi sekarang dia dah kahwin" kata citra sambil Menggenggam tangan tiara

"Sebab aku ke kau keluar?" soal tiara

"Kau jangan salah paham pulak. Sekarang korang dah berumah tangga so tak elok kalau aku still ada dalam rumah ni. Korang kenalah ada privasi"

"Aku pergi bukan bermaksud aku tak datang dah. Tapi aku akan jarang datang. Lagipun aku ada rumah sendiri" sambung citra

"Rajin-rajin lah datang sini... Aku bosan.. "

"Aku paham... Nanti ada masa aku datang" kata citra. Kalau bukan dia yang datang jangan harap tiara dapat keluar untuk berjumpanya

"Jaga diri elok-elok. Kalau ada apa-apa call aku"

"Kau ada phone ke?"

"Er..... "

"Kau tu yang patut jaga diri elok-elok dekat rumah ni. Jadi isteri yang baik walaupun abang aku tu macam setan" sempat citra mengutuk abangnya. Dengar dek kift telan pisau dia

"Hahah suka hati kau je kata suami aku macam setan"

"Fakta"

"Dahlah aku gerak dulu. Bye!" sempat dilambai tangan pada tiara sebelum dia meninggalkan perkarangan rumah itu

Tiara memandang pagar rumah yang tidak terlalu jauh itu. Pagar itu automatik tertutup apabila kereta citra selamat keluar.

Kepala mendongak memandang cctv yang berada diatas penjuru. Itulah sebab kenapa dia tak lari keluar dari rumah ini kerana cctv itu sentiasa ada dimana-mana. Dan jika dia lari pun dia akan tetap kembali kerumah ni kerana kift takkan lepaskan dia selagi lelaki itu tidak habis puas hati dengan dia

Niat ingin lari dari rumah ini sudah lama dia kuburkan setelah dia sedar yang dia cintakan lelaki dingin itu... Suaminya sendiri. Dia akan pastikan dia tetap berada bersama lelaki itu meskipun sakit

"""""

Tangan sibuk menyapu sambil mulut menyanyikan lagu. Apabila tiba di hadapan satu pintu bilik tiara memandang pintu itu lama

Selain dari bilik kift bilik ini juga salah satu bilik yang dia tak pernah masuk. Bilik ini agak sedikit hujung dari biliknya dan tersorok

Setelah sekian lama dia menahan perasaan tertanya-tanya harini dia buat keputusan untuk masuk dan lihat sendiri apa didalam bilik ini.

Sebaik sahaja dia membuka pintu itu dibuka. Dia meraba mencari suis lampu

Ktik!

Sebaik sahaja lampu menerangi ruangan itu. Tiara agak kagum melihat semua peralatan gim yang canggih dan mewah. Pelbagai alatan ada. Patutlah suaminya itu sado kuat gim rupanya

Mata tiara tertacap pada punching bag bewarna merah yang agak lain dari punching bag lain yang bewarna hitam.

Kaki melangkah mendekati punching bag itu lalu sengaja ingin mencuba satu tumbukan kuat dilayangkan pada punching bag itu

Apa yang mengejutkan tiara adalah ruangan dinding dibelakang tempat punching bag itu digantung terbuka luas

Kerana tertanya-tanya tiara melangkah masuk kedalam laluan yang ditemani lampu kecil diatas

LOVE SILENT KILLER 🄾🄶Where stories live. Discover now