Kaki melangkah keluar dari lift. Sekeliling diperhati mata hijau itu tertacap pada seorang pekerja lelaki yang membawa minuman untuk dihidangkan pada para tetamu
Diam-diam pekerja lelaki itu memasukkan cecair jernih kedalam satu gelas berisi jus oren. Gelas itu diasingkan dari gelas lain supaya tidak tertukar tanpa dia sedari ada iris hijau yang tajam sedang memerhati kelakuannya
"What you have done bitch" kata kift dia tersenyum sinis
Baru dia mahu mengambil langkah tiba-tiba seorang lelaki berpakaian tuxedo yang entah datang dari mana berdiri tegak dihadapannya. Wajah itu tidak dapat dilihat kerana ditutupi mask tapi iris hijau itu tajam menikam matanya bagai mahu ditikam hidup-hidup
"Apa yang saya boleh bantu encik?" soal pekerja lelaki itu
"Dekat lorong hujung sana ada tompok air kotor boleh tolong lap kan?"
"Oh ye ke? Maaf mungkin pekerja cleaner tak perasan. Biar saya tengok" kata pekerja itu lalu dia berjalan kearah lorong yang ditunjuk kift
Setelah pekerja itu pergi. Cawan berisi jus oren yang dituang racun oleh pekerja itu diambil lalu dibawa berjalan kearah lorong
"Hm.. Takda tompok air pun" kata pekerja itu dia memerhati lantai. Kering dan bersih
Ktak!
Tiba-tiba lampu dilorong itu terpadam dengan sendirinya menyebabkan lorong itu agak sedikit gelap
Lehernya dicekik secara pengejut dengan pantas sekali lalu ditolak kasar ke dinding
"En.. Cik?" terkejut pekerja itu akan apabila lelaki tadi yang mencekiknya
"Lepaskan aku!!" pekerja itu meronta-ronta dilepaskan. Walaupun dia hanya dicekik dengan sebelah tangan sahaja tapi cengkaman itu sangatlah kuat hingga nafasnya habis terputus. Tenaga lelaki dihadapannya saat ni sangatlah kuat hingga kekuatan lelakinya tidak mampu melawan
"Kau nak racun sapa ha!!" jerkah kift
"Mana ada saya nak racun orang"
"Kau ingat aku buta? Tak nampak apa kau buat tadi"
"Sa.. Ya... Cu.. Ma ikut.. Arahan!" kata pekerja itu. Tangan masih berusaha merungkai cengkaman kift
"Iblis tu suruh kau bagi siapa air tu?"
"... "
"Aku tanya jawablah setan!!"
BAM!
Dinding disebelah kepala pekerja itu ditumbuk kuat hingga terdapat garisan retak
"Tu... Tuan Endris... "Jawab pekerja itu tergagap-gagap
"Kau nak cuba rasa tak rasa racun ni macam mana?" soal kift. Cawan jus oren diangkat.
"Ja... Jangan encik"
"Apa kata kau dulu yang rasa"
"Ja... Jangan encik!!" pekerja itu meronta-ronta dilepaskan
Rahang pekerja itu dicengkam kasar memaksa mulut itu terbuka. Jus oren dituang kedalam mulut pekerja itu memaksa untuk ditelan
Setelah habis jus didalam cawan itu. Cengkaman dilepaskan
"Uhuk!! Uhuk!!" pekerja itu terus melorot jatuh. Leher dipegang dia berusaha membuang semula jus oren yang beracun itu
Makin lama nafasnya semakin sesak. Muka itu perlahan-lahan bertukar biru. Racun mula menunjukkan kesan
Kift tersenyum sinis melihat mangsanya terseksa menemui ajal. Sikit tiada belas kasihan dan niat ingin menolong
" to. Tolong saya encik! Uhuk uhuk!" pekerja itu terseksa mencari nafas
![](https://img.wattpad.com/cover/357836754-288-k79889.jpg)
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Romance(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...