PANG!
Terteleng kepalanya ketepi apabila menerima tamparan kuat dari tangan seorang ayah. Sakit? Dia sudah biasa bahkan dia pernah rasa yang lebih teruk dari ini
"Aku bagi kau keluar dari rumah ni suruh kau kerja cari duit bukan pelacurkan diri dekat jantan!!"
"Dasar anak pungut tak sedar diri!!" maki tuan aziz
"Huh!" tiara tersenyum sinis walaupun terasa sakit dibibirnya
"Ayah percaya apa yang dua makhluk tu cakap? Tak sangka bodoh jugak rupanya ayah ni" sinis tiara
PANG!
satu lagi tamparan menyentuh pipi gebu itu hingga meninggalkan kesan merah
"Dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah sikap kurang ajar kau ni!" makin membuak-buak amarah tuan aziz
"Ayah punca tiara jadi kurang ajar macam ni!" lawan tiara
"Hish! Kau pergi masuk bilik kau sekarang!" halau tuan aziz. Dia takut jika dia hilang kawalan lagi teruk dia akan pukul tiara
"Huh!"
Handbag yang terpelanting tadi dicapai lalu dia berlari masuk kedalam bilik. Sempat dikerling kearah puan aini dan amara yang berdiri dari tadi sambil tersenyum sinis memerhati dirinya dimaki hamun. Itulah yang mereka suka lihat melihat tiara dimaki hamun, dihina, dipukul, diseksa bagai satu pertunjukan yang menyeronokkan
disebabkan merekalah hari ini dia dimaki hamun kerana dituduh menjual badan pada rakan kerja
BUM!
Sengaja dihempas pintu ibarat seperti hatinya yang terhempas. Badan bersandar disebalik pintu perlahan-lahan melorot jatuh air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya jatuh juga
"Sam.. Sampai bila aku nak kena hadap semua ni ya Allah?" tanya tiara sambil nangis teresak-esak kepala didongak memandang keatas
"Aku manusia yang memunyai hati dan perasaan tapi kenapa mereka memperlakukan ku seperti boneka" luah tiara
"Hisk... Hisk.. Hisk" bibir dikemam supaya tangisannya tidak didengari
Dia rindukan kehagiaannya sewaktu kecil dirumah yayasan bersama bonda tapi apabila bonda sudah tiada hidupnya berubah gelap.dijaga olehsetan bertopengkan manusia. diperlakukan seperti boneka yang dikurung dan dikawal sentiasa.satu kesilapan badan binasa
"Ke... Kenapa aku tak pernah rasa bahagia? Aku tak layak ke?" soal tiara pada diri sendiri
"Hisk.... Hisk.... Hisk.. " segala benda yang ada didalam bilik gelap itu menjadi saksi setiap kali tiara menangis. Dia hanya mampu menangis bagi meredakan perasaan tiada yang menemani tiada yang meredakan dirinya dari kecil dia belajar hidup berdikari hidup untuk diri sendiri berdiri diatas kaki sendiri
Kedengaran bunyi air hujan berderai turun menyentuh tanah dari luar tingkap kaki diangkat melangkah kearah tingkap lalu disandarkan bahu pada penghadang tingkap. Air hujan yang turun ibarat air mata tiara yang tidak berhenti mengalir. Mata dipejam menikmati suasana hujan
''''''''''
Tik!Terserentak kift apabila ada jari memetik dihadapan mukanya
"Woi kau dengar tak aku cakap apa ni? Termenung pulak dah" tanya izzas
"Ha? Kau cakap apa?" tanya kift semula
"Haih penat aku cakap panjang lebar satu pun tak masuk telinga kau" bebel izzas
"Ulang jelah balik"
"Dalam club tu ada orang yang kita cari jangan bunuh dia .ris suruh bagi warning je dulu"
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Hombres Lobo(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...