Setelah memasukkan kod kaki melangkah masuk kedalam rumah. Dari jauh dia memandang susuk tubuh tuan herson yang sedang menatap ipad membelakanginya
Perlahan-lahan langkah dibawa kearah tuan herson dengan hati-hati...
"BAA!"
Terangkat bahu tuan herson akibat disergah secara mengejut dari belakang . Tangan naik mengurut dadanya
"Hahahahahah!!!"
Wajah anak perempuannya yang sedang gelak terbahak-bahak itu dijeling tajam
"Nasib papa ni tiada sakit jantung tau... Kalau tak"
"Hish papa ni!" Bahu tuan herson dipukul manja
"Baru sampai ke?" Soal tuan herson
"Haah"
"Papa tengok apa ni? Macam nak tembus ipad ni" soal citra. Dia mengambil tempat disebelah tuan herson. Ipad ditarik sedikit kearahnya untuk melihat isinya
"Wow... Senjata apa ni? Keluaran baru ke?" Soal citra teruja
"Ya"
"Cantiknya.... "
"Rara nak beli jugaklah"
"Kalau abang kamu yang beli papa tak heran tapi kamu nak buat apa?"
"Papa ingat papa dengan abang je boleh kumpul senjata? Rara pun nak jugak"
"Rara..... "
"Rara nak buat kerja tu papa tak bagi... Takkan rara nak kumpul koleksi pun tak boleh?" Soal citra geram
"Papa tak bagi pun kamu tetap buat kan?"
"Kalau abang boleh buat kenapa rara tak? Rara pun nak kepuasan jugak"
"Abang lain, rara lain. Rara tak boleh ikut kift..... Papa taknak anak perempuan papa ikut kerja ni"
"Ini tak adil untuk rara!" Kata citra. Dia mula bangun dan memandang tajam kearah tuan herson
"Rara.... Kami buat untuk kamu, ada sebab kenapa rara tak boleh ikut jejak kami"
"Why? Tell me dad!"
"Rara takkan paham, but one day you will understand why dad do like this to you"
"Macam mana rara nak paham kalau papa dengan abang tak pernah nak bagitahu rara? Rara dah besar papa.... Rara tahu apa rara buat rara sedar!"
"Please rara... " pujuk tuan herson
Citra melangkah kearah bilik yang dulu dia huni dengan perasaan marah
"Eh rara? Bila sampai?" Soal tiara apabila melihat citra. Tapi soalannya diabaikan citra berlari masuk kedalam bilik, dari wajahnya seperti sedang menahan perasaan
Matanya memandang pula tuan herson yang mengeluh lemah. Tahulah dia bahawa anak beranak itu baru sahaja bertekak
Baru dia ingin melangkah kearah tuan herson, susuk kift yang baru melangkah masuk kedalam rumah bersama xaiden itu mengalihkan perhatiannya. Terus disambut suaminya
"Awak dah balik" kata tiara. Tangan kift dipegang
"Hm" kift kekal dengan riak tidak berperasaanya
"Ha baguslah xaiden pun ada, kita makan sekeluarga malam ni" kata tuan herson
"Macam menggangu je uncle" kata xaiden. Sejujurnya dia sedikit malu tapi dalam masa yang sama dia terharu kerana keluarga tuan herson menyambutnya, dia sudah seperti ahli keluarga ini sekurang kurangnya dia dapat merasa ada keluarga. Tadi pun tak mahu ikut tapi kift memaksanya untuk menyertai makan malam
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Hombres Lobo(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...