Selesai membaca surah yasin. Tangan naik menyentuh batu nisan putih yang terukir
'KHATIJAH MAISARAH BINTI MUHAMMAD'
"Bonda.... Bunga rindu dekat bonda... Rindu sangat-sangat" luah tiara. Perlahan-lahan jecair jernih mengalir turun dari iris hazel itu
Umi, qistina, dan anak-anak yatim hanya duduk diam memberi ruang kepada tiara melepaskan perasaan nya
"Dah 18 tahun bonda pergi.... Tapi bonda tak pernah tinggalkan hati kami"
Tiara memejam mata. Air mata yang mengalir dibiarkan.
'Sakit... Sakit bonda....'
"Bunga" tegur umi. Bahu tiara disentuh lembut
"Jom kita balik" ajak umi.dia tidak berniat ingin menggangu tiara tapi dengan cuaca yang panas sekarang risau jika tiara pengsan
"Hm"
Tangan naik mengesat air mata. Punggung diangkat dari tikar
Tikar digulung. Sempat dilihat kubur arwah bonda buat kali terakhir sebelum kaki melangkah keluar dari tanah perkuburan itu
Setelah memastikan semua kanak-kanak masuk kedalam van. Pintu van ditutup
"Kita jumpa dekat rumah yayasan ye" kata umi sebelum dia masuk ke tempat duduk depan
"Okey umi!" jawab qistina ceria
"Jalan pak mat" kata umi pada lelaki berusia disisinya. Pakmat adalah pekerja kebun diyayasan di jugalah yang selalu menjadi pemandu van untuk anak-anak yatim di yayasan
"Jom masuk kereta. Panas ni" kata qistina pada tiara
Masuk sahaja kedalam kereta myvi milik qistina. Enjin dihidupkan, pedal minyak ditekan meluncur diatas jalan tar
Tiara yang sedang termenung diluar tingkap terserentak apabila iphonenya berbunyi minta diangkat
"Sapa coll?" soal qistina. Mata fokus kepada pemanduan
"Huh!" tiara berdengus kasar. Iphone ditekap pada telinga. Taknak jawab tapi terpaksa
Melihat muka tegang tiara dia sudah dapat mengagak siapa yang coll
"Nak apa?" soal tiara malas
"Malam esok dato kamal ada buat majlis, aku nak kau datang malam esok pakai cantik-cantik walaupun aslinya kau tu hudoh" arah puan aini sempat dia mengutuk tiara
"Malas" simple balasan tiara
"Ni arahan bukan permintaan! Kau nak atau tak kau tetap kena pergi!" jerkah puan aini
"Kau sapa nak paksa-paksa aku" lawan tiara. Dalam diam dia mengepal menumbuk. Dia paling tidak suka dipaksa!
"Kau nak pergi sendiri atau kau nak tuan aziz yang heret kau pergi?"
"Aku pergi ke tak pergi ke majlis tu tetap berlangsung. Kedatangan aku bukan satu kepentingan"
"Dato kamal nak jumpa kau. Bakal isteri dia"
"Sapa bakal isteri dia? Aku ada cakap aku nak kahwin dengan dia ke?"
"Kerja kau menjawab je kan!" bengang puan aini.
"Eh tiara! Kau dengar sini! Pastikan esok kau pergi majlis tu! Kalau aku tak nampak muka kau dekat majlis malam esok siap aku kerjakan kau!!" amaran puan aini. Terus panggilan dimatikan
"ARGH!!" jerit tiara geram! . Iphone dicampak kasar kebawah
"Wo.. Wo rilex apahal kau ni? Makcik sihir tu cakap apa sampai kau bengang macam ni?" soal qistina.
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Hombres Lobo(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...