LSK|34

337 22 6
                                    

Ting! Ting!

Bunyi loceng yang menandakan ada tetamu yang datang menggamit puan aini untuk membuka pintu. Buka sahaja pintu kift yang sedang berdiri menjadi sapaan utama

"Kau buat apa dekat sini?" Soal puan aini kasar

"Kau rasa kenapa aku dekat sini?" Soal kift kembali

Belum sempat puan aini bersuara lagi kift melangkah masuk kedalam rumah itu. Dirempuh kasar bahu puan aini

"Takda adab kau ni, masuk tanpa dijemput. Kau keluar sekarang!" Halau puan aini

"Kalau aku taknak keluar?" Soal kift. Dia berpaling lalu sword ditarik keluar dari dalam belakang bajunya dihala ditepi tengkuk puan aini.

"A... Ap kau nak buat ni?" Soal puan aini ketakutan. Begitu laju tindakan kift hingga dia tak mampu melakukan apa-apa

"Mudah je, kau ikut cakap aku kau selamat" kata kift dingin. Iris itu tajam dan menakutkan jika sesiapa yang melihat

"Okay... Okay aku ikut tapi jangan bunuh aku" kata puan aini

"Takut mati rupanya tapi berani cari mati" kata kift sinis

Kift menendang puan aini hingga perempuan berusia itu terjatuh diatas sofa. Walaupun sofa itu empuk tetap sakit kerana tendangan kift kuat

Kift mengambil tempat dikerusi sofa singe. Kaki kanan diangkat diletakkan diatas kaki kiri sambil bermain dengan sword miliknya

"Kau bangun dari sofa tu, sword ni masuk dalam mulut kau" amaran kift

"Kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak buat apa-apa pun dekat kau"

"Shuhh..... Aku taknak dengar apa-apa dari mulut busuk kau" kata kift. Jari diletakkan dibibir

Ktak!

Pintu rumah dibuka kasar dari luar muncul xaiden yang mengheret tuan aziz dan citra yang mengheret ammara. Keadaan mereka usah dikata kedua-duanya dalam keadaan tak terurus dengan muka yang lebam sana sini akibat dikerjakan citra dan xaiden

"Have seat" kata kift

Tuan aziz dan ammara dicampak kasar diatas sofa lalu laju puan aini mendekati anak dan suaminya

"Apa kau dah buat dekat anak dengan suami aku ha!?" Marah puan aini apabila melihat keadaan anak dan suaminya

"Kau nak aku buat dekat kau pulak ke orang tua?" Soal citra

"Ni dokumen tu bos" kata xaiden. Dia menghulurkan fail putih kepada kift. Fail yang diambil dipejabat tuan aziz saat dia pergi menjemput lelaki itu

Kift tersenyum sinis melihat surat pemindahan hak milik itu dan ada juga cap jari tiara disitu. Surat itu dikoyak sehancur yang boleh

"Jangan!!" Jerit tuan aziz

Kift melempar cebisan kertas itu didepan muka tuan aziz.

"Tak guna kau!" Tuan aziz meluru kearah kift namun pantas ditahan xaiden. Tangannya dipulas kuat hingga kedengaran bunyi tulang patah

"Arrrghh!!! Sakit!!! Tangan aku!!" Jerit tuan aziz

"Kau nak apa ha dari kami!?" Soal ammara kasar

"Aku datang nak bayar apa korang dah buat dekat tiara" kata kift dingin

"Kami buat apa dekat dia?" Soal puan aini. Padahal dia tahu tapi dinafikan

"Kau nak tahu?" Soal kift. Jangan disangka dia tak tahu.... Dia gali segalanya yang terjadi pada tiara sejak dia mengetahui penderitaan isterinya

LOVE SILENT KILLER 🄾🄶Where stories live. Discover now