LSK|35

266 16 0
                                    

Deringan yang tidak berhenti itu menggangu lena tiara. Perlahan-lahan mata dibuka, wajah kift tenang kift yang sedang tidur menjadi tatapan utama

Dada kift yang terdedah itu ditolak sedikit agar dia dapat bangun. Iphone yang menyala diatas meja sebelah kift itu tahulah dia bahawa iphone milik lelaki itu yang menggangu sejak tadi

Dengan hati-hati tiara melangkah badannya sedikit diatas badan kift untuk mencapai iphone itu kerana dia malas mahu turun dari katil.

Melihat nombor tidak dikenali itu teragak-agak tiara ingin mengankat

"Takda kerja ke scammers ni? Tengah-tengah malam pun nak call" setelah ditolak panggilan itu baru dia ingin letakkan balik tapi si pemanggil masih memanggil. Akhirnya tiara angkat juga

Baru dia ingin bersuara, pihak sebelah sana terlebih dahulu bersuara. Berubah terus air muka tiara apabila dapat menangkap suara itu

"Hai sayang..... Kenapa you tak angkat coll i? Banyak kali i coll tau" kedengaran suara gedik delly

"Sayang kepala hotak kau! Kau tak reti bahasa ke sekarang waktu orang tidur?" Sembur tiara

"Tiara? Kenapa you yang angkat? Mana kift?"

"Kalau aku angkat pun kenapa? Aku bini dia. Yang kau ni takda kerja ke coll laki orang malam buta ni?"

"Ikut suka hati i lah nak coll dia pun, you tu bini atas kertas je... Jangan nak belagak macam bini dia sangat"

"Bini atas kertas ke bini atas tikar ke aku tetap bini dia. Kau perempuan gedik jangan ingat boleh dapat laki aku"

"Dia tak selamanya akan jadi laki you tiara.... Maybe esok lusa laki i?" kata delly

"In your hell bitch! he is my man, forever mine!" Kata tiara dingin lalu terus panggilan dimatikan. Buang masa je cakap dengan perempuan tak reti bahasa ni

"Dah habis?" Kedengaran suara garau kift mengejutkan tiara

Tiara berpaling ketepi, kift sedang elok memandangnya sambil menongkat sebelah tangan

"Bila awak bangun?" Soal tiara. Suara dia kuat sangat ke sampai kift terjaga

"Tadi" kata kift. Sebelum tiara bangun dia sudah terlebih dahulu terjaga akibat deringan iphone tapi sengaja tidak di silent kerana ingin lihat tiara.

"Sorry saya jawab coll phone awak" kata tiara

"Siapa coll?"

"Scammers gedik"

Kift tidak bertanya lebih kerana dia sudah tahu semuanya. Dalam diam dia tersenyum sinis, dia suka lihat sisi ini dalam diri tiara. 'He is my man, forever mine'

Kift meletakkan semula iphonenya ditepi lalu tiara ditarik supaya tidur diatasnya. Tiara selesakan diri diatas badan kift, badan kift besar dan tinggi membuatkan dia terasa bagai seekor kucing yang duduk dalam dakapan seekor beruang

"Badan kau tegang, macam tengah marah" kata kift berdasarkan apa yang dia rasa

"Memang pun" jawab tiara

"Kenapa?"

"Nasib saya yang jawab, kalau awak yang jawab tadi mesti lagi menggeletis scammers tu"

"Lain kali reject je"

"Dah dia coll banyak kali, saya angkatlah mana tahu panggilan penting"

"Kalau penting aku save nombor"

"Kalau nombor klien, awak save juga ke?"

"Kenapa kau tanya?" Soal kift semula. Sengaja ingin menguji

LOVE SILENT KILLER 🄾🄶Where stories live. Discover now