Tiara turun dari tingkat atas dalam keadaan kalut sambil menyanggulkan rambutnya menggunakan penyepit. Harini dia bangun sedikit lewat kerana terlajak tidur selepas solat subuh, suaminya ni pun satu kenapa tak kejutkan!
Terlihat datin seroja sedang menonton television. Terus kepalanya menunduk apabila datin seroja memberikan tatapan tajam
"Bini jenis apa kau ni matahari dah naik baru nak bangun?" Soal datin seroja tegas
"Sorry ma... Tiara tertidur lepas subuh tadi" kata tiara. Dia mengambil tempat dikerusi sebelah datin seroja, tidak berani dia ingin dekat dengan wanita berusia itu
"Alasan, nasib aku ni ada kalau tak kift dah keluar kerja dengan perut kosong pagi ni"
"Papa dah naik flight ke ma?" Soal tiara. Serba salah pula dia kerana tak menghantar pemergian tuan herson
"Hm, kitaorang dah hantar sebelum kau bangun"
"Mama ada plan apa-apa ke harini?" Soal tiara
"Kenapa kau tanya? Kau suka aku takda dalam rumah ni?" Sembur datin seroja
"Tak.... Bukan macam tu mama, tiara ingat nak ajak mama jalan-jalan" kata tiara. Bosan juga kalau duduk sahaja dirumah lagipun dia sedang cuba untuk mengambil hati ibu mertuanya
"Kau ni mesti banyak habiskan duit anak aku kan, mentang-mentang kift tu kaya"
"Tiara tak minta pun duit kift ma.... Tiara ada saving sendiri"
"Baguslah kalau ada saving sendiri. Sekurang-kurangnya bila kena campak nanti takda tidur tepi jalan" sindir datin seroja
Tiara hanya diam, tak guna dia membalas kata dengan datin seroja jika sekadar ingin menyakitkan hati. Jika yang muda bersuara dikata kurang ajar jika yang tua berlebihan dikata nasihat
"Bagus juga jalan-jalan. Takdalah aku sesak nafas duduk sebumbung dengan kau"
"Mama pergilah siap-siap dulu" kata tiara. Jika dia ingin keluar awal pun tiada masalah kerana kift sentiasa balik lewat jadi dia tak risau untuk sediakan makanan
"Kau pun bersiaplah. Tunjuk image berkelas sebagai isteri kift, anak aku tu bukan calang-calang orang. Kau bini dia jadi kau bawak nama dia kemana-mana sekarang, jangan malukan family aku ada menantu macam kau" kata datin seroja sebelum berlalu masuk kedalam bilik
Tiara mengenakan dress moden, separuh atas adalah potongan kemeja yang mendedahkan tulang selangka tapi menutup sepenuh tangannya,manakala kain dress kembang tapi slim mula dari dada sampai ke lutut adalah hitam. Dipadankan dengan eksesori perak dari pandora, handbag chanel edisi terkini dan heels ysl yang dihadihakan qistina sempena perkahwinannya dipakai bagi menampakkan penampilan mewah
Rambut didandan rapi menggunakan hairdryer diletakkan klip pearls sebagai penambah dan make-up ala-ala korean yang simple. Penampilan diri dilihat dalam pantulan cermin. Bukan nak puji tapi tiara sekarang bagai seorang perempuan korea sekarang kerana kulitnya yang putih gebu
Hasil konsisten menyapu ubat penghilang parut semakin hari parutnya sudah semakin hilang. Jika terlihat sedikit kesan tiara akan menempek foundation. Akan dia tunjukkan image yang datin seroja mahukan, kita ni cantik je cuma malas bersiap
Terpegun sekejap datin seroja melihat penampilan tiara. Sungguh cantik jika dikata bini orang pasti orang tidak percaya kerana tubuh kecik molek itu kelihatan seperti anak dara
"Jom mama" kata tiara. Berbangga juga dia apabila penampilan sendiri mampu menarik perhatian orang
"""""
Wajah rayden yang sedang menyisip jus tembikai itu dijeling tajam. Mereka baru sahaja selesai kan 'misi penyamaran' dan sekarang mereka berada di salah satu kedai didalam mall kerana dia dipaksa rayden, apa yang menyakitkan matanya sekarang adalah penampilan rayden!
![](https://img.wattpad.com/cover/357836754-288-k79889.jpg)
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Storie d'amore(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...