Tiara mengikuti langkah kaki panjang xaiden dari belakang. Masuk sahaja kedalam lift butang bewarna emas ditekan
Sampai sahaja di Tingkat khas untuk pesakit VVIP sahaja mereka melalui satu laluan lalu dari jauh dia dapat melihat wajah-wajah keluarga rakan suaminya.
"Apa yang dah berlaku? Kenapa korang semua pun ada dekat sini?" soal tiara
"Mana kift?" soal tiara lagi apabila soalan dia diabaikan. Dia tercari-cari wajah suaminya itu
"Kift dekat dalam. Citra masih tengah rawat dia" kata endris
"Apa kau cakap ni?" soal tiara
"Kift kena tembak tiara. Dia pendarahan teruk" kata endris lagi. Mukanya dingin
Terkedu tiara. Susah untuk dia percaya dengan apa yang baru dia dengar. Dia duduk dikerusi kosong sebelah aurora
"Sabar tiara. Inshallah kift akan selamat" pujuk aurora. Bahu tiara dipeluk sambil diurut
"Tembak? Apa yang dah berlaku sebenarnya? Macam mana dia boleh kena tembak?" soal tiara bertubi-tubi
"Menembak dan ditembak tu benda biasa dalam keluarga ni tiara" kata izzas
"Apa yang aku tak tahu? Tolong explain. Tolong bagi jawapan untuk seribu persoalan aku" kata tiara
"Relax tiara... Kitaorang akan explain" kata aurora
"Abang" panggil aurora. Dia memandang wajah dingin suaminya itu
"Bagitahu jelah dia sapa kita ni ris. Dia dah jadi ahli keluarga kita. Dia memang patut tahu" kata william
"Entah lepas ni apa pula jadi kita tak tahu" sokong rayden
"Tunggu lepas kita tahu keadaan kift" kata endris
"Sabar ye Tiara. Aku nak kau percaya kitaorang" kata inara pula
"Kenapa muka korang nampak santai je?" soal tiara sedangkan didalam itu sahabat mereka
"Sebab kitaorang dah biasa. Hospital ni dah macam tempat lawatan wajib bagi kitaorang" jawab khai
"Kift macam mana?" soal karl sebaik sahaja dia sampai disitu. Ada perkara yang harus dia selesaikan terlebih dahulu sebelum sampai kesini
"Masih dekat dalam" jawab rayden
"Semua dah settle?" soal endris
"Dah, makhluk tu pun aku dah humban dekat bilik bawah tanah" kata karl
Ktak!
Semua mata tertumpu kearah citra apabila dia melangkah keluar. Terdapat kesan darah pada bajunya dan peluh di kawasan dahi.Terus tiara menerpa kearah citra
"Rara! Macam mana dengan kift? Dia okay kan?" soal tiara resah
"Alhamdulillah pembedahan buang peluru berjaya. Keadaan dia dah stabil sekarang cuba buat sementara waktu bagi dia rehat secukupnya dulu sebab dia dah banyak kehilangan darah" kata citra
"Syukur alhamdulillah" tiara menghela nafas lega yang lain turut lega. Suasana yang tegang tadi kini sudah sedikit tenang
"Bila kitaorang boleh masuk tengok dia?" soal aurora
"Korang boleh je masuk. Tapi tolong jangan ganggu dia" kata citra
"Alah masuk jelah ni hospital ris. Ikut suka kitalah nak buat apa. Buat je macam rumah sendiri" kata khai
PAK!
"kau ni memang lahir-lahir takda adab ke bodoh?" soal izzas kasar
"Wo wo kepala jangan main eh"
YOU ARE READING
LOVE SILENT KILLER 🄾🄶
Werewolf(Slow update) (sᴛᴏʀʏ 2) 𝑲𝑰𝑭𝑻 𝑳𝑬𝑶𝑵𝑫𝑹𝒀 𝑯𝑬𝑹𝑺𝑶𝑵 𝘱𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝑩𝑼𝑵𝑮𝑨 𝑻𝑰𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑬𝑰𝑺𝒀𝑨 |ᴀɴᴅᴀ ʜᴀʀᴜs ᴍᴇᴍʙᴀ...