LSK|16

192 15 0
                                    

Kaki melangkah turun kebawah. Ruangan dapur dituju. Terlihat tiara sedang selongkar almari dapur

"OI MAK KAU!" terkejut tiara apabila sebaik sahaja dia berpaling ke belakang. Kift berdiri sambil bersandar pada pintu peti

"Dah lama ke awak berdiri dekat situ?" soal tiara. Tiba-tiba muncul macam hantu nasib aku takda sakit jantung kang tak sampai seminggu suaminya ni dah jadi duda hot

"Cukup lama untuk tengok kau mencuri" kata kift tanpa nada

"Eh! Mana ada saya mencuri saya tengah cari makanan kering manalah tahu masih ada. Tapi dapur ni memangbetul-betul kosong" kata tiara. Dia. Betul-betul lapar sekarang dari semalam perutnya tidak diisi

"Dah tahu kosong pergilah beli. Bodoh jangan tunjuk sangat" kutuk kift

"Saya memang nak pergi beli tapi awak juga yang haramkan saya keluar dari rumah ni kan" balas tiara. Muka kift dijeling geram

"Saya nak minta izin pergi beli barang. Boleh tak?" soal tiara

"Aku akan izinkan tapi tak semudah tu"

"Apa maksud awak?" soal tiara

"Aku bagi kau masa 1 jam, pergi jalan kaki"

"Apa!! Awak gile ke? Supermarket tu jauh kot!" kata tiara. Naik satu oktaf suaranya

"So? Bukan masalah aku"

"Awak langsung takda belas kasihan ke?"

"Tak" jawab kift sepatah

"Aku makan luar, kau tu nak makan apa kalau tak pergi supermarket?" kata kift.

"Okay, saya pergi" kata tiara. Ini je peluang dia nak keluar takkan dia nak biarkan perutnya kosong

PAK!

Blackcard dicampak kasar dikaki tiara

"Ingat! Jangan sesekali kau minta tolong orang tak kiralah bantuan apa sekalipun. Kalau aku dapat tahu siap kau!" amaran kift keras

"Satu jam bermula dari sekarang" kata kift

"Ha?"

Tiara terpinga-pinga lalu dengan pantas dia mengambil blackcard dah berlari keluar dari rumah

Kift tersenyum sinis. Kedua belah tangan dimasukkan kedalam kocek seluar

Satu jam kemudian....

Ktak!

"Assalamualaikum... Huh!" tiara mengeluh berat

Dua plastik besar diletakkan dibawah. Tidak tahan terus dia terduduk diatas lantai. Peluh yang membasahi badan diabaikan. Bayangkan dia berjalan dibawah matahari terik sambil membawa plastik berat dahlah jauh!

"Penat?" soal kift dari jauh . Dia duduk santai sambil bermain dengan iphone

"Pe.. Penat" balas tiara. Mukanya pucat macam tiada darah

"Kau lewat dua minit" kata kift.Kaki diangkat berjalan mendekati tiara

"Aku pesan apa tadi?" soal kift keras. Rahang tiara dicengkam kuat

"Ja... Jangan lewat" jawab tiara. Pandangan tajam kift buat dia gerun

"Berapa jam aku bagi masa?"

"Sa... Satu"

"Habistu kenapa kau lewat?" soal kift

"Saya tak larat" jawab tiara

"Alasan!" rahang tiara ditolak kasar

LOVE SILENT KILLER 🄾🄶Where stories live. Discover now