Pengenalan Watak

61 0 0
                                    


Nurina Adelia binti Zahran (Adel)

Umur: 27 tahun

Pekerjaan: Penulis dan pekerja sambilan

Penampilan: Wajahnya polos dengan alis yang melengkung lembut, mata yang sepet, dan tona kulit yang cerah sederhana, serta senyumannya yang manis selalu terukir di bibir.

Latar belakang: Ibunya berkhawin lagi setelah bercerai dengan ayah Nurina, Encik Zahran, yang selama ini hanya bekerja sebagai Pemandu Bas.

Nurina merupakan anak kedua daripada tiga bersaudara dan memiliki hubungan yang rapat dengan ayahnya, seorang lelaki penuh kasih sayang yang selalu mendukung anak-anaknya dalam segala hal.

Selepas menamatkan pengajian, Nurina terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara adik-adik dan ayahnya setelah abangnya berkahwin. Dia pernah bekerja di pasaraya, restoran, dan kini sebagai penulis bebas. Nurina tinggal bersama ayahnya dan sangat mengambil berat tentang kesejahteraan beliau.

Seorang yang clumsy, lurus bendul, dan cepat gelabah. Gemar menulis dan membaca di tempat sunyi, terutamanya di tepi laut dan di atas bukit. Suka memakai jaket walaupun cuaca panas terik.


Ahmad Raif Aqil bin Harith (Raif)

Umur: 30 tahun

Pekerjaan: Arkitek

Penampilan: Tinggi lampai dan berbadan tegap. Bermata coklat gelap dan bibir yang jarang terlihat senyum. Suka memakai kemeja berwarna gelap dan seluar formal. Jam tangan wajib dipakai. Ekspresi wajah yang selalu serius dan tenang sering membuatkan orang lain berfikir bahawa dia seorang yang sombong.

Sifat: Tenang, bijak, dan sangat berdedikasi dalam pekerjaannya. Di sebalik personalitinya yang serius, Raif mempunyai sisi humor yang hanya diketahui oleh mereka yang rapat dengannya, tidak suka berkongsi hal peribadi di sosial media, penuh misteri / rahsia. Suka aktiviti lasak, mendaki dan berbasikal bersama kawan baiknya berbanding melepak di kedai mamak bermain game. Baginya, aktiviti fizikal lebih mencabar dan menyihatkan berbanding hanya menghabiskan masa bersama permainan game.


Syed Kamil bin Syed Fadhil (Syed)

Umur: 29 tahun

Pekerjaan: Penyanyi dan Komposer. Syed baru mengeluarkan album terbaru bertajuk Gadis berjaket hitam. Idea tercetus ketika dia bertemu dengan seorang gadis di sebuah kafe yang menumpahkan kopi panas di bajunya dan pertemuan kali kedua adalah ketika dia melihat gadis itu berlari kehujanan demi  menyelamatkan seekor anak kucing di bahu jalan.

Sifat: Artistik, sensitif, dan penuh emosi. Suka bermain pelbagai instrumen muzik, menulis lagu, dan menghadiri konsert. Beliau juga gemar berkarya di studio rekamannya. Seorang yang soft spoken dan peramah.




 ************************************************

Nurina AdeliaWhere stories live. Discover now