BAB 14

2 0 0
                                    

"Haa, Raif, kenapa termenung di beranda tu? Datang kejap bilik bacaan. Ibu nak bincang hal penting sikit dengan Raif," kata Datin Zara, ibu tiri Raif seraya melangkah menuju ke bilik bacaan di mana perbualan serius melibatkan keluarga sering diadakan.

Raif tersentak dari lamunannya. Sudah seminggu dia tidak mengusik pujaan hatinya di pejabat kerana akur dengan permintaan Adel untuk memberinya masa berfikir. Mendengar arahan itu, Raif pun membuntuti ibu tirinya menuju ke bilik bacaan tersebut. Dia tertanya-tanya apalah agaknya hal penting yang dimaksudkan ibu tirinya itu.

Meskipun arwah ayahnya berkahwin dengan wanita baru, tapi wanita yang bergelar ibu tiri itu tidak seperti watak-watak dalam drama yang berhati kejam. Meskipun wanita yang Raif gelar 'ibu' ini tidak garang terhadapnya, namun Datin Zara juga tidak terlalu berlembut apalagi terlalu memanjakannya sekaligus menjadikan Raif yang sekarang sebagai Raif yang tahu berdikari.

Raif yang dari kecil kehilangan ibu akibat kemalangan mendapat sosok ibu baru yang merawat dan menjaganya dari kecil. Tambahan lagi, ibu tirinya mandul dan tidak dapat memiliki anak sendiri menjadikan dia seorang ibu yang baik kepada Raif.

"Raif, duduk," Datin Zara memulakan perbualan dengan nada tegas namun ada sedikit rasa bimbang akan penerimaan Raif. Suara itu, walaupun lembut, membawa nada perintah yang tidak boleh diabaikan.

Raif menurut, duduk di kerusi kayu jati yang terletak di hadapan meja besar. "Ada apa, ibu?"

Datin Zara menghela nafas panjang sebelum memulakan bicara. "Raif, sudah sampai masanya kau tahu tentang perjodohan yang telah diatur oleh keluarga kita. Ini demi menjaga nama baik keluarga dan memastikan kita tetap sekufu."

Mata Raif membulat, hatinya berdegup kencang. "Perjodohan? Dengan siapa?"

"Sepupu kamu, Aisyah, yang baru pulang dari London. Dia seorang gadis yang baik, berpendidikan tinggi dan mempunyai latar belakang yang baik. Keluarga kita pun sudah lama merancang ini sejak kamu kecil lagi. Arwah papa yang cadangkan dengan Pakcik Kamal kamu. Jika kau menolak perjodohan ini, segala harta termasuk syarikat tidak akan Raif dapat."

Raif terkaku, lidahnya terkedu. Dia terdiam, cuba mencerna maklumat yang baru diterimanya. Di satu sisi, hatinya penuh dengan cinta kepada Adel, namun di sisi lain, tanggungjawab kepada keluarga dan harta warisan terletak di atas bahunya. Perasaan bercampur baur dalam jiwanya, ibarat gelora lautan yang tidak berkesudahan.

"Tapi bu, Raif tak kenal pun siapa Aisyah tu. Jumpa pun tidak pernah. Lagipun Raif dah ada seseorang dalam hati Raif," katanya cuba menolak perjodohan tersebut.

"Ibu tahu ini bukan pilihan mudah. Tetapi sebagai pewaris, kau harus faham tanggungjawab yang perlu dipikul. Ibu harap Raif akan buat keputusan yang tepat," tegas Datin Zara sebelum meninggalkan bilik itu, membiarkan Raif tenggelam dalam kekeliruan dan kebingungan.

Raif bangun dari kerusinya, melangkah keluar dari bilik bacaan dengan langkah yang berat. Setiap langkahnya terasa seperti memikul beban yang tidak terlihat. Di luar, langit yang kelam seakan-akan mencerminkan perasaannya. Hujan mulai turun, menambahkan lagi suasana muram yang menyelubungi hatinya.

Dia berjalan ke taman belakang rumah, tempat di mana dia sering kali mencari ketenangan. Di situ, dia duduk di bangku kayu yang sudah usang, menatap titis-titis hujan yang jatuh ke tanah. Fikirannya melayang kepada Adel, gadis yang telah mencuri hatinya. Wajah Adel yang lembut dan senyumannya yang manis sentiasa terbayang di matanya. Bagaimana mungkin dia melepaskan cinta yang baru saja ditemuinya?

Malam itu, Raif hampir tidak boleh tidur. Fikirannya terus bergelut dengan pelbagai kemungkinan dan pilihan. Dia teringat perbualannya dengan Adel di sebuah kafe yang sering mereka kunjungi petang tadi. Adel tersenyum manis, namun senyuman itu segera pudar apabila melihat wajah Raif yang kelihatan kusut masai.

"Raif, ada apa? Kau nampak tak seperti biasa," tanya Adel dengan nada prihatin.

Raif menghela nafas panjang sebelum menceritakan segala-galanya. Tentang perjodohan yang diatur oleh keluarganya, tentang ancaman kehilangan harta dan syarikat jika dia menolak, dan tentang betapa tertekannya dia dalam menghadapi semua ini.

Adel terdiam, cuba mencerna setiap patah kata yang keluar dari mulut Raif. Matanya berkaca-kaca, namun dia cuba untuk tetap tenang. "Raif, aku faham situasi kau. Aku tahu ini bukan pilihan yang mudah. Tapi apa pun keputusan kau, aku akan terima dengan hati terbuka."

Kata-kata Adel membuatkan hati Raif semakin berkecamuk. Di satu sisi, dia tidak mahu kehilangan gadis yang dicintainya, namun di sisi lain, dia juga tidak mahu mengecewakan keluarganya.

"Aku minta maaf, Adel. Aku benar-benar minta maaf," kata Raif dengan suara yang bergetar.

Adel mengangguk perlahan, "Raif, kau harus buat keputusan yang terbaik untuk diri kau dan keluarga. Aku faham."

Raif merenung Adel dalam-dalam. Matanya sedikit berkaca. Meskipun dia belum memutuskan sebarang keputusan, dia dapat merasakan bahawa keputusan yang bakal diambilnya adalah sesuatu yang sangat sukar.

"Terima kasih, Adel. Terima kasih kerana memahami," kata Raif sebak.

Adel cuba untuk mengukirkan senyuman, tawar. Baru saja dia mahu mencuba membuka hati untuk menerima Raif, namun, terpaksalah dia membatalkannya.

"Tidak semua pertemuan itu, harus berakhir dengan perkahwinan, bukan?" kata Adel seraya mengatur langkah pergi meninggalkan lelaki yang sudah membuka pintu hatinya itu. Tapi sayang, dia hanya datang sebagai tetamu.

Raif terdiam. Tak mampu berkata apa-apa lagi. Dia hanya mampu melihat Adel yang semakin jauh meninggalkannya.

Setelah bayang Adel hilang dari pandangan, Raif yang tersedar daripada lamunannya lantas bergegas mahu pulang kerana senja sudah mahu melabuhkan tirainya. Meski langkahnya berat, namun mahu tidak mahu dia harus tetap melangkah. 

Perlahan matanya terlelap.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nurina AdeliaWhere stories live. Discover now