BAB 10

2 0 0
                                    

Beberapa hari selepas mengembara ke Bukit Tabur, Adel menerima panggilan telefon yang tak disangka-sangka. Di ujung talian, seorang wanita dari Bahagian Sumber Manusia memberitahunya bahawa dia dijemput untuk sesi temuduga di sebuah syarikat yang tidak asing lagi. Jantung Adel berdegup kencang mendengar nama syarikat tersebut - Berjaya Holdings.

'Ni bukan ke syarikat gergasi di bandar ni?" dia bermonolog.

Mengejutkan baginya apabila mengetahui bahawa Raif, yang selalu bertembung dengannya semasa mendaki, ternyata anak kepada pemilik syarikat tersebut. Dia mengetahui perkara ini semasa melayari internet untuk mencari maklumat mengenai syarikat itu sebagai persediaan untuk temuduga.

"Biar betul? Dia dah tahu betapa clumsynya aku. Takut-takut aku tak lulus temuduga ni sebab dia kenal perangai aku yang kelam-kabut. Macam mana nak jadi PR macam ni?" hati dan fikirannya berdebat sendiri.

Namun, Adel tidak mengetahui satu lagi rahsia - bahawa Raif sebenarnya bekerja di bawah ibu tirinya yang mengambil alih syarikat selepas kematian bapa kandungnya.

***********************************

Hari temuduga tiba. Adel mengenakan pakaian terbaiknya, kemeja biru tua dipadankan dengan seluar slack panjang hitam, blazer hitam, dan selendang keknisnya. Dia juga berdandan tipis namun rapi bagi memastikan kulitnya kelihatan segar dan terlihat professional, sesuai dengan jawatan yang dipohonnya. 

Setelah selesai berpakaian rapi, dia pun bergegas keluar dan memesan Grab untuk ke temu duga tersebut. Ikutkan hati, dia memang mahu menaiki bas kerana kos menaiki Grab agak mahal. Lebih-lebih lagi jika peak hour. Namun, memikirkan laluan bas yang agak jauh daripada lokasi yang dia ingin tuju, maka dia membuat keputusan itu.

Adel berdoa dan berharap agar rezeki akan berpihak kepadanya. Namun, jauh di dasar hatinya,  dia tidak bekerja di bawah bumbung yang sama dengan Raif, kerana lelaki itu suka lepas cakap tanpa beralasan. Setiap kata yang keluar dari mulutnya, walaupun mungkin benar, tajamnya sampai menusuk ke hati. Dia takut Raif akan menceritakan keburukan dan kekurangannya. Pasti dia akan malu sekiranya lelaki itu bercakap yang bukan-bukan tentangnya. Silap-silap, dia tidak diterima pun bekerja di syarikat itu.

************************

Setibanya dia di pejabat Berjaya Holdings, Adel disambut dengan suasana korporat yang megah. Bangunan tinggi menjulang ke langit dengan reka bentuk moden yang elegan, menambahkan lagi rasa gugup dalam dirinya. Namun, dia menenangkan hati, mengingatkan diri ini adalah peluang keemasan yang perlu direbut.

Ketika memasuki bilik temuduga, Adel terkejut melihat Raif duduk di panel penemuduga. 

'Ya Allah, kenapa dia pun ada sini? Oh ya, syarikat ni kan bapak dia punya. Tapi, kenapa bos perlu turun padan? Biarlah orang bawahan buat kerja.' 

Senyuman manis Raif sedikit pun tidak meredakan rasa gementarnya. 

"Entah kenapa mamat dingin ni friendly semacam. Scarynya." Adel berbisik sendiri.

Adel teringat betapa menyeramkan muka lelaki itu ketika pertama kali bertemu di Bukit Saga.

 "Manusia sering kali menilai orang berdasarkan apa yang mereka lihat," kata-kata Raif bermain dalam ingatannya. 

"Adel, fikir positif. Cuba berbaik sangka sikit," bisiknya lagi.

Kening Raif sedikit naik ketika mata mereka saling menatap seakan-akan mahu berkata 'kau ni memang suka cakap sendiri ke...'

--------

Sesi temuduga berjalan lancar, dengan Adel menjawab setiap soalan dengan penuh keyakinan dan kejujuran. Keterampilannya tidak mampu disangkal lagi dan dia sememangnya layak mendapat jawatan ini. Raif, sebagai penilai, mengagumi kesungguhan dan kebijaksanaan wanita itu. 'Walaupun sebenarnya sikap wanita itu agak clumsy tapi, not bad. Dia boleh mengatasi kelemahan itu. I like.'

***********************************

Setelah sesi temuduga berakhir, Raif mengajak Adel untuk berbual sebentar karena Adel adalah calon terakhir yang diinterview pada hari itu. Mereka berjalan-jalan di sekitar pejabat, berbicara tentang masa depan dan impian mereka masing-masing.

"Adel, saya harus mengakui bahwa saya terkesan dengan jawaban-jawaban kamu tadi," ucap Raif, senyumnya sedikit merekah.

Adel tersenyum lega, "Terima kasih, Raif. Saya sungguh berharap dapat memberikan kontribusi yang akan membantu di sini."

Raif mengangguk, "Saya yakin kamu akan memberikan yang terbaik. Tentu, tidak mudah bekerja di tempat baru. 

Apalagi saya tahu ini adalah kerja yang setaraf dengan pengajian kamu, bukan. By the way, saya ada satu cerita..."

Adel mendengarkan dengan penuh perhatian ketika Raif menceritakan tentang tantangan bekerja di bawah ibu tirinya yang kadang-kadang bersikap dingin. Meskipun demikian, dia tetap tegar, mengingatkan dirinya bahwa ini adalah tanggung jawab yang harus dipikulnya.

Setelah mendengarkan Raif, Adel merasa terharu. Dia mulai memahami bahawa di sebalik wajah yang menyeramkan itu, Raif juga memiliki beban dan kisah yang menyedihkan. Ini membuatnya merasa bahawa dia tidak sendirian dalam menghadapi masalahnya.

"Ia benar-benar tidak mudah, Raif," ucap Adel dengan simpati.

Raif mengangguk, matanya penuh pengertian.

"Tapi saya yakin kita bisa menghadapinya. Kita hanya perlu mengambil satu langkah pada satu waktu."

Adel tersenyum, merasa lega kerana dapat berbagi perasaan dengan seseorang yang mengertinya. 

"Tepat sekali. Kita harus berusaha keras dan tetap teguh berdiri dalam setiap langkah yang kita ambil." katanya.

Setibanya di persimpangan, masing-masing saling berpamitan lalu mengikut haluan sendiri. Jika ada rezeki, mereka akan bertemu lagi. Siapa tahu ketika itu, mereka mampu berkawan baik?


"Kenapalah aku cerita hal peribadi kat wanita tu? Padahal aku bukan suka share pun dekat orang. Even Syed pun tak tahu  kisah ni menyeluruh.  Sebab , bagi aku, bukan semua hal boleh dikongsi dan di hebahkan. Ada privasi perlu dijaga. Siapa Adel bagi kau Raif?' - Ahmad Raif

Nurina AdeliaWhere stories live. Discover now