BAB 6

17 0 0
                                    

Syed Kamil, seorang komposer dan penyanyi yang terkenal, sering menghabiskan waktunya di sebuah kafe kecil yang terpencil di sudut kota yang sunyi. Namun, sedikit yang mengetahui bahawa kafe itu bukan sekadar tempat dia menikmati secawan kopi, tetapi juga menjadi saksi kepada detik-detik penuh rahsia di mana Syed Kamil diam-diam memperhatikan seorang gadis bernama Adel yang sering mengenakan jaket hitam. Gadis itu, dengan senyuman manis dan perwatakannya, berhasil mencuri perhatian Syed.

Setiap hari, Syed akan memilih tempat duduk yang sama, yang memberikan pandangan terbaik ke arah kaunter di mana Adel sering bertugas. Dia suka melihat cara Adel melayani pelanggan dengan sabar dan mesra, cara dia tertawa dengan rakan sekerja, dan cara dia mengelap peluh di dahinya setiap kali kafe itu penuh sesak dengan pelanggan.

Bagi Syed, Adel, dengan jaket hitam yang selalu dipakainya, adalah seperti satu metafora yang hidup - simbol ketabahan dan kekuatan dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Suatu hari, di kafe yang ramai dengan pelanggan, satu insiden mengejutkan berlaku. Adel sedang sibuk melayani pelanggan apabila seorang lelaki yang tidak sabar mula mengeluarkan kata-kata kasar kepadanya. Meskipun Adel berusaha untuk menahan diri, kekecewaan jelas terpancar di matanya.

Tanpa berfikir panjang, Syed bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri lelaki tersebut. Dengan nada tegas namun sopan, dia meminta lelaki itu untuk menghormati pelayan kafe yang sedang bertugas. Perlakuan tegas dan berani Syed itu mengejutkan semua orang di kafe, termasuk Adel.

Sejurus lelaki tersebut beredar, Syed mendekati Adel dan bertanya tentang keadaannya.

"Terima kasih sebab tolong saya. Saya tidak ada apa-apa," ucap Adel dengan senyuman lega dan penuh terima kasih.

"Syukurlah kalau awak tidak ada apa-apa. Saya hanya melakukan apa yang seharusnya seorang lelaki lakukan. Lagi pun saya tak suka melihat wanita ditindas," balas Syed dengan senyuman hangat terukir di bibirnya.

"By the way, saya Syed Kamil but you can call me Syed," tambahnya sambil menghulurkan tangan ingin berjabat.

Adel hanya memandang huluran tangan tersebut dengan perasaan teragak-agak.

"Maaf, bukan muhrim," ujarnya dengan penuh tenang.

Syed terdiam seketika lalu tertawa kecil. Perasaan malu membuak-buak di dalam dirinya. Bagaimanalah dia boleh lupa tentang hal ini.

Adel tersenyum manis.

'Alamak, aku cair..' Hati Syed semakin berbunga-bunga melihat senyuman itu dilemparkan kepadanya terasa seakan-akan ada sinar harapan untuk perasaannya dibalas.

Setelah berbual panjang lebar dan duduk lepak semeja bersama, Adel akhirnya faham. Rupa-rupanya, Syed Kamil sering datang ke kafe itu bukan hanya untuk minum kopi, tetapi juga ingin berkawan dengan Adel.

Dia tidak kisah kerana baginya, berkawan biar ramai, bermusuh jangan sekali.

Sejak itu, hubungan mereka menjadi semakin akrab. Mereka saling berkongsi cerita tentang aktiviti seharian masing-masing.

Adel mendapati Syed Kamil adalah seorang yang rendah hati dan mudah didekati, walaupun dia merupakan seorang selebriti yang terkenal.

Bagi Syed pula, perwatakan dan keceriaan Adel begitu mempersonakan. Gadis itu sungguh rajin dan sabar ketika melayan pelanggan walaupun pelanggannya ramai yang memandang rendah akan seorang pelayan kafe. Padahal, masing-masing juga adalah manusia yang asalnya tanah tapi sayang, ramai yang bersifat langit.

Terkadang, dia juga merasakan sikap Adel yang clumsy itu sebagai sesuatu yang menarik, unik dan lucu. Syed tersengih-sengih sendiri ketika mengingatkan perangai Adel yang mudah panik itu.

Bermula dari situ, mereka lebih sering berbual dan Syed juga semakin kerap datang ke kafe itu, dan setiap pertemuan mempereratkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka.

Nurina AdeliaWhere stories live. Discover now