Bab 35

22 2 0
                                    

Sofia sibuk mengemas barang-barang di rumahnya sepanjang hari. Semua orang hanya memerhatikannya dengan perasaan bercampur baur. Kali terakhir suara Sofia didengar adalah ketika dia menelefon pejabat untuk mengambil cuti kecemasan. Sejak itu, dia langsung tidak bersuara.

Aidil, Mia, dan Alana berkumpul di ruang tamu, memandang Sofia dengan kebimbangan. Mereka saling berpandangan, masing-masing kelihatan ingin berkata sesuatu tetapi tidak berani membuka mulut.

"Kita tak nak tanyakah? Aku takut tengok dia macam ni," bisik Alana. Aidil meletakkan dari telunjuknya di bibir.

Alana merengus perlahan. "Apa masalah kalau tanya? Kita semua risau."

Aidil menghela nafas panjang. "Kau tak kenal Sofi yang sekarang, Lana. Sekarang kalau dia kata dia tak nak, dia diam, tak ada benda boleh ubah."

Tiba-tiba, Wafa muncul di pintu. Mia dan Hani segera menariknya masuk dan bertanya dengan cemas.

"Fa, Kenapa dengan dia?" tanya Mia.

Wafa mengeluh. "Semalam, Khaleel datang pejabat dia lepas tu bergaduh dengan Alvin. Malulah Sofi sebab ramai yang cuba meleraikan Khaleel dan Alvin," Masing-masing terlopong mendengar cerita Wafa.

"Dia nak  bawa anak-anak bercuti di Mystic Valley Hilltop Resort. Plus, untuk menghalang Khaleel buat sesuatu pada anak-anak." sambung Wafa

"Khaleel nak buat something dengan Ayish dan Rin? Gilalah mamat ni"marah Hani.

"No offense,"dia memandang Alana yang khusyuk mendengar.

"None taken. Dia memang gila," Alana senyum.

Tanpa menunggu lebih lama, Aidil masuk ke bilik Sofia yang sedang sibuk mengemas. "Sofia, aku nak ikut,"

Sofia berhenti seketika dan memandang Aidil dengan tegas. "Tak payah. Jaga aje Mia kat sini,"

Mia yang baru masuk ke bilik segera menyampuk. "Aku boleh jaga diri, biarlah Aidil ikut kau,"

Sofia tidak menjawab, hanya meneruskan mengemas barang.

Aidil merayu, "Sofia, untuk keselamatan kau dan anak-anak. Biarlah aku ikut. Tolonglah."

Sofia menghela nafas panjang. "Aidil, aku faham kau risau. Tapi aku tak nak susahkan kau. Lagipun, kau ada tanggungjawab di sini."

Aidil tidak berputus asa. "Sofia, kalau apa-apa terjadi, aku tak akan maafkan diri aku. Aku tak kira, aku nak ikut  juga. Sekurang-kurangnya, aku boleh pastikan kau dan anak-anak selamat."

Sofia memandang Aidil dengan mata yang penuh dengan keletihan. "Kalau ada apa-apa jadi kat rumah, macam mana? Mia, Lana... Kalau ada apa-apa jadi kat diorang aku pun tak akan dapat maafkan diri aku,"

Mia memegang bahu Sofia. Mata sahabat baiknya itu ditatap lama. "Aku dengan Lana akan jaga diri. Lagipun, kau tu yang si Khaleel tengah angau. Kau yang dalam bahaya. Biarlah Aidil ikut, aku dengan Lana okay aje,"

Ketika itu, Wafa muncul di pintu. Dia memandang Sofia dengan senyuman. "Aku setuju dengan Mia. Biarlah Aidil ikut, ya?"

Sofia menghela nafas. Baru hendak membuka mulut. Wafa menyambung lagi. "Kami tahu kau tak nak menyusahkan sesiapa tapi kalau Aidil tak ikut, kami tak benarkan kau keluar dari rumah ini."

Sofia kelihatan bingung, tetapi akhirnya mengangguk. "Baiklah. Tapi aku masih rasa kau patut fikir dua kali. Tanggungjawab kau kat sini, Dil. Aku yakin aku bolah jaga diri,"Dia memandang Aidil.

Aidil tersenyum hambar. "Aku dah fikir lebih dari dua kali, Sofi. Ini yang terbaik untuk sekarang."

Dengan itu, Sofia meneruskan mengemas barang-barangnya, sementara Aidil,Mia dan Wafa saling berpandangan dengan perasaan yang bercampur baur. Mereka tahu bahawa Sofia sedang melalui masa yang sukar, tetapi mereka juga sedar bahawa dia memerlukan sokongan dan perlindungan mereka.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now