Alvin menekan butang mikrofon, bersiap untuk 'menyoal siasat' Sofian yang sudah berapa hari dikurung. Dia melihat monitor CCTV bilik sofian. Lelaki itu sedang tidur.
"Sofian..." suaranya bergema. Sofian membuka mata perlahan.
"Bangun Sofian. Kita ada kerja hari ni,"
Pintu bilik Sofian terbuka luas. Dua orang lelaki berbadan sasa mengheret Sofian keluar dan dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang hanya ada sebuah meja dan kerusi. Sofian duduk di atas kerusi itu dengan wajah kebinggungan. Matanya melilau ke arah sekeliling.
"Apa ni? Kamu buat apa ni?" Sofian panik sebaik sahaja tangannya digari pada meja. Lampu dihalakan ke mukanya.
"Sofian... Sofian... Sofian..." suara Alvin kedengaran sinis dari corong pembesar suara.
"Sofian, aku tahu semua tentang kau. Tentang perbuatan jahat kau yang menyebabkan kematian Izzah dan kekejaman kau pada anak kau sendiri, Sofia."
Sofian memandang ke arah kamera, matanya penuh dengan kemarahan. "Apa yang kau tahu pasal itu? Kau tak tahu apa-apa!"
Alvin ketawa sinis dan memandang monitor di hadapannya. "Aku tahu lebih daripada yang kau sangka. Selepas Sofia berkahwin, kau paksa Izzah untuk tandatangan semua penyerahan harta pada kau. Tapi Izzah bijak. Dia sembunyikan geran tanah 10 ekar dan minta Aidil tukarkan ke atas nama Sofia."
Sofian terdiam, rahangnya mengetap dengan kuat. Dia terkejut Alvin mengetahui rahsia kelamnya.
"Kau pukul Izzah dengan kejam sampai dia meninggal. Kemudian kau buat cerita pada polis yang Izzah jatuh di bilik air. Kau ingat semua orang bodoh seperti kau?" sambung Alvin sambil ketawa.
Sofia yang berada di bilik sebelah mendengar perbualan mereka melalui sistem bunyi. Hatinya hancur mendengar pengakuan tentang apa yang terjadi pada mamanya.
"Tidak... Mama..." Sofia memeluk lututnya. Kata-kata Alvin menikam terus ke jantungnya.
Air mata mengalir di pipi Sofia. Dia tahu bahawa ayahnya kejam, tetapi tidak pernah menyangka bahawa Sofian sanggup membunuh.
Sofian menghentak meja. "Kau tak tahu apa-apa! Aku terpaksa buat semua itu. Izzah tak patut menyembunyikan harta itu dari aku!" jerit Sofian.
"Terpaksa? Kau pukul isteri kau sendiri sampai mati, dan kau kata kau terpaksa? Kau memang lelaki yang paling kejam yang aku pernah jumpa." Alvin bersuara keras.
Sofia merasa marah dan kecewa pada masa yang sama. Selama ini dia percaya bahawa kematian ibunya adalah satu kemalangan, tetapi kini dia tahu yang sebenarnya adalah sebaliknya.
"Oh! By the way, Sofia dengar semua ini, Sofian. Dia tahu sekarang siapa kau sebenarnya. Seorang penipu, pembunuh, dan manusia keji." ejek Alvin.
Sofian cuba untuk bersuara, tetapi kata-katanya tersekat di kerongkong. Dia tidak dapat menyangkal kebenaran yang telah terbongkar.
"Abah... Kenapa? Kenapa abah buat macam ni pada mama?" Sofia menumbuk-numbuk lantai. Alana segera memeluk Sofia. Air mata Sofia tidak berhenti mengalir.
"Kau akan bayar untuk semua dosa kau, Sofian. Aku akan pastikan kau rasakan setiap saat penderitaan yang kau berikan pada orang lain."
Sofia tahu bahawa dia perlu kuat. Walaupun hatinya hancur mendengar pengakuan ayahnya, dia bertekad untuk mencari jalan keluar dari mimpi ngeri ini dan memastikan keadilan untuk ibunya.
"Kau tak layak untuk hidup bebas selepas apa yang kau lakukan. Kau akan merasai keperitan yang sama seperti yang kau berikan pada Izzah dan Sofia."
"Kau fikir kau boleh terus hidup bebas selepas apa yang kau lakukan? Kau salah, Sofian. Aku akan pastikan kau bayar untuk semua dosa kau." sambung Alvin lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak kan Pernah Ada (Completed)
RomansaSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...