Siapakah member kegemaran anda di kumpulan tujuh belas? (Bukan member sebenar diterima)
🍊
"Takde hyung, aku pun tak nampak dia kat mana. Kenapa tak tanya Jun? Dia yang jaga Lily kan selama ni." Haiwan peliharaan Minghao bernama Lily hilang dan tidak pernah dinampak Hansol sejak kelmarin.
Minghao tersengih akan kedunguannya. Maka dia menghubungi sambil berjalan untuk berjumpa Jun.
Hansol menuju ke kedai buku untuk menghadiahkan kepada kawannya yang sukakan buku cerita.
"Novel apa ya. Banyak betul. Ha! Ni kan novel yang dia nak sangat baca. Jap, 'RM 46.40' Ha!? Mahalnya ya tuhan. Patut lah dia tak beli sendiri."
Monolog Hansol sendirian apabila melihat harga yang rahmah itu. Lalu dia pergi ke kaunter dan bayar mengikut harga itu.
Setelah tibanya, Hansol di rumah kawannya. Dia ternampak sekumpulan orang membuat bulatan di tepi jalan.
Dia cuba masuk melalui celah-celahan orang ramai untuk lihat apa yang berlaku. Seorang lelaki yang dikenalinya sedang berlutut dan menutup telinga.
Choi Hansol menenangkan dia dan memapahnya masuk ke dalam rumah kawannya tersebut.
Jeon Wonwoo, kelihatan pucat yang sedang baring diatas sofa. Hansol tolong mengambil air kosong.
"Hyung okay sekarang? Masih dengar lagi ke suara-suara tu?" Hansol bertanya sambil meletakkan air di atas meja berhadapan sofa.
Wonwoo mengangguk lemah. Dia tidak kuat mendengar kata-kata yang selalu bermain pada telinganya.
Bak kata orang, benda halus kacau mereka. Wonwoo terkena sumpahan apabila mereka berperang dengan kumpulan Xien.
Badan yang lemah dipaksa bangun untuk minum sedikit air. Hansol diam melihat pergerakan Wonwoo.
Pang!
Gelas yang diisi air terjatuh kerana tangan Wonwoo bergetar dan lemah. Tisu diambil oleh Hansol untuk membersihkan tumpahan air tersebut.
"Hyung tak jumpa lagi cara untuk menghapuskan sumpahan tu?"
"Belum lagi. Wonu hyung terlalu penat dan tak larat."
Wonwoo berkeluh kerana nasib yang didapati untuk menyelamatkan Mingyu. Kawan-kawannya yang lain mahu menolong buang sumpahan itu dari Wonwoo. Tetapi, dia tidak mahu kawannya pula tercedera.
Jadi, seorang kawannya berkata "Tidak mengapa. Sumpahan itu tak lama pun. Bila kau dah sedia, pape roger tau." Kata-kata itu dari seorang yang pandai bab sumpahan dan racun. Iaitu Hong Joshua. Hansol tatap Wonwoo dengan tidak berkata apa-apa.
+++
Seungkwan berjalan melalui bilik Raja Seo dan terdengar satu perbualan. Pintu tidak ditutup rapat jadi Seungkwan mencuri-curi dengar.
"Kau kalau nak lawan dengan kumpulan Xien. Lawanlah elok-elok. Bukan sekejap jatuh sana, jatuh sini. Lemah." Raja Seo menengking seseorang.
Selama 2 minit tiada percakapan. Kedengaran tapak kaki menuju ke pintu. Seungkwan bertukar menjadi air dan dirserap oleh karpet.
Moon Junhui, muka masam dan berjalan menghentak kaki seperti budak. Dia sedih lalu keluar dari istana. Tidak pelik untuk orang seperti dia menghentak kaki seperti budak. Kata orang, dia keanak-anakan.
Kuasa Water yang digunakan oleh Seungkwan hampir berada tahap penggunaannya. Jadi dia mengikut saluran air untuk mengelakkan membuat sebarang bunyi.
Jun melihat permandangan di satu jambatan berdekatan pintu masuk istana. Dia berdiam diri dan terlihat matanya mengalirkan air.
Seungkwan menutup pintu masuk istana dan di jambatan itu ternampak abangnya. Dia pasti itu Jun. Dia mendekati dan menyapa.
"Hi hyung. Hyung buat apa kat sini? Tengok matahari terbenam ke tengok benda lain?" Seungkwan ingin tahu keadaan abangnya.
Dia memandang Seungkwan dengan keliru. Melihat seorang abang itu terpinga-pinga, Seungkwan pun berkata "Kwan nampak Jun hyung keluar dari bilik tadi. Kwan pun dengar perbualan Raja Seo dengan hyung"
Mendengar apa yang dijelaskan oleh Seungkwan, membuat Junhui menunduk. Seungkwan mengajak Jun bercakap di bilik khas Seungkwan.
"Iyh, Raja Seo memang jahat. Jun dah buat yang terbaik sewaktu perang. Betul tak Seungkwan?" Jun bengang dengan layanan Raja Seo yang dikatakan jahat.
Berkerut dahi Seungkwan. Dia selalu dapat layanan yang baik dari Raja Seo sama juga anggota lain . Tetapi pada Jun ialah sebaliknya. Seungkwan berkerut dan meneleng kepala.
'''
Jeonghan mencari seorang kawannya di pasar raya yang dikatakan dia sedang membeli barang. Satu kedai kecil dimasuki Jeonghan untuk bersaja-saja.
Setelah membeli barang yang diingininya. Dia terlihat satu bayangan di lorong gelap pada sudut hujung pasar raya yang besar itu. Bayangan itu pergi memasuki lorong gelap itu.
Jeonghan mengikutinya namun ruangan itu sungguh gelap. Hampir saja membuat langkah ke depan namun seseorang mengejutnya.
♪Bersambung
Boo! (Seungkwan)
YOU ARE READING
Ice Stone - Seungkwan
FanfictionSeungkwan adalah seorang kesatria bersama rakan-rakannya. Mereka diserang oleh musuh yang tamak dan mahukan kedudukan raja untuk dihormati semua. Seungkwan tidak tahu rancangan awal dari pihak musuh dan ia menyebabkan pengakhiran yang tidak dijangk...