Seokmin berjalan masuk ke ruang makan dan terlihat Seungkwan sedang membancuh kopi. Lalu dia mendekati lelaki itu.
"Seungkwan-ah. Kau ok tak?" - Seokmin
"Hm? Ok je. Kenapa?" - Seungkwan
"Takde la cumanya kau dari pagi tadi monyok semacam. Ada apa-apa ke?" - Seokmin
"Entah la. Rasa risau je" - Seungkwan
"Risau apa?" - Seokmin
"Dengan peperangan tu la. Dah la nak kena lawan dengan Xien, risau tahu tak?" Luah Seungkwan. Seokmin mengeluh kecil.
"Tak perlu risau la. Kitorang ada. Boleh lawan sama-sama" - Seokmin
"Terima kasih tapi dia tu bukan mudah penat. Korang dapat cedera dengan cepat ada la" - Seungkwan
"Kau tak fikirkan cara nak lawan dengan Xien?" - Seokmin
"Tak.. Aku tak de idea" - Seungkwan
"Hmm.. Kalau kau guna askar-askar kau dari ais tu lawan dengan Xien dulu, patu kalau Xien dah kena cedera sikit dari askar kau tu baru kau lawan dengan dia. Amacam?" - Seokmin
"Hmm, boleh juga. Pabonya aku" - Seungkwan
"Ehh. Takde laa. Nanti bila kau lawan dengan dia mesti ada idea yang lagi hebat dari aku tadi" - Seokmin
Seungkwan tersengih tatkala mendengar ayat itu. Betul abang dia kata. Setiap kali berlawan ada idea datang. Sebab tu dia ahli kedua yang hebat ketika berlawan. Nak tahu siapa yang pertama? Teka la sendiri.
Seokmin pun berlalu pergi meninggalkan Seungkwan yang berdiam diri. Tidak lama kemudian Seungkwan keluar dari istana untuk mengambil angin. Healing ke tu?
"Hi, Seungkwan sunbae~"
"Hello, Soobin~" Seungkwan membalas lambaian rookies yang bernama Soobin. Dia berjalan ke jambatan.
Angin yang tiup lembut membelai rambut Seungkwan. Udara dihirup lama dan dihembus secara perlahan menenangkan jiwa yang resah.
Banyak halangan yang telah dihadapi olehnya. Dia berharap selepas peperangan terbesar ini adalah freedom untuk dirinya dan kawan-kawannya. Tapi bolehkah?
Setelah sekian lama, dia pun masuk semula ke dalam istana. Tiba-tiba dia perasan di dalam istana tu, tiada orang langsung.
Dengan tanda tanya, dia pergi ke bilik di mana Putera Seo sentiasa berada. Bilik yang mempunyai panjang koridor itu dimasuk.
Keadaan di situ sunyi. Tiada sesiapa disitu. Ya, kecuali Seungkwan. Adakah ini kejutan?
Satu cahaya terhasil di belakang Seungkwan dan menyakitkan mata hingga terjatuh. Seungkwan ditarik masuk ke dalam cahaya tersebut.
Seungkwan bangun di suatu bilik biasa dilihat. Rumah Mingyu dan Seungkwan ialah tempat yang dia berada. Dengan itu, dia bergegas turun dari tingkat 2.
Perabot masih sama namun kemas sahaja. Botol air besar yang sentiasa disediakan di atas meja tidak kelihatan. Kerusi hanya ada satu di ruang tamu.
YOU ARE READING
Ice Stone - Seungkwan
FanfictionSeungkwan adalah seorang kesatria bersama rakan-rakannya. Mereka diserang oleh musuh yang tamak dan mahukan kedudukan raja untuk dihormati semua. Seungkwan tidak tahu rancangan awal dari pihak musuh dan ia menyebabkan pengakhiran yang tidak dijangk...