"Hyung, batu biru tu.. hilang" - Mingyu
"Ha?!" Seungcheol meraba seluar Seungkwan yang digantung di sebelah katil Seungkwan. Seungcheol menghela nafas berat sambil tertunduk bawah.
"Mesti Vernon's Family yang curi" - Joshua
Hari berikutnya,
Seungkwan tersedar dalam keadaan terkejut pada waktu 9 pagi. Mingyu yang setia menemani Seungkwan terbangun dari tidur dan memanggil doktor.
"Seungkwan-ah, kau dengar aku?" Seungkwan mandi basah dengan peluh dan memandang Mingyu dengan histeria. Mingyu pula berasa gementar dan cuba tenangkan Seungkwan.
Pada waktu 12 tengah hari, Seungcheol dan Jeonghan tiba di hospital untuk melawat Seungkwan yang telah sedar.
Seungkwan yang sedang menangis tersentak dan cepat-cepat lap air mata yang tersisa di pipinya apabila terdengar pintu wad dibuka.
+++
"Tuan, kami sudah dapat apa yang tuan mahu kan"
"Apa yang kau dapat?" - Xien
"Kami berjaya dapatkan tentera yang kuat-kuat untuk lawan dengan budak-budak tujuh belas itu"
"Bagaimana pula dengan batu biru itu? Bukankah aku minta itu sekali?" - Xien
"Kami yang dapat batu itu" - Sofia
"Serahkan kepadaku" - Xien
Sofia mengeluarkan batu biru yang dicurinya ketika Seungkwan pengsan di taman. Xien tersenyum jahat apabila batu biru itu berada di tangannya.
"Tuan. kami sebagai tentera tuan, boleh kami lihat wajah tuan di sebalik mask itu?"
"Oh, sebenarnya aku dilarang untuk buka mask ni" - Xien
Tiba-tiba reaksi Xien berubah menjadi masam.
Seungcheol melawat Wonwoo di rumah WonChan. Perkara yang ingin dibincangkan olehnya dan Wonwoo agak sedikit personal. Tetapi Chan tiada di rumah jadi senang Seungcheol ingin berbual dengan Wonwoo.
Wonwoo berpenasaran dengan Seungcheol yang muka ketat. Seungcheol menghela nafas sambil bersandar di sofa.
"Kenapa ni hyung?" - Wonwoo
"Kau ada hubungan dengan Xien ke?" - Seungcheol
Wonwoo kaku di tempatnya dan kemudian membetulkan cermin matanya.
"Hyung nak aku jujur ke?" Pertanyaan itu membuatkan Seungcheol bangun dari sandarnya. Kening Seungcheol diangkat minta penjelasan Wonwoo.
"Sebenarnya, aku pun tak tahu. Aku cuma perasan yang mata dia sama macam iras-iras arwah mak aku. Hyung tak rasa macam tu?" - Wonwoo
Seungcheol mengelamun mengingati wajah Xien. Sambung Wonwoo lagi,
"And I found that warna mata dia memang serupa dengan arwah mak aku. Tapi kau rasa dia ada darah daging dengan aku ke?" Soal Wonwoo kepada Seungcheol yang tiada idea apa yang perlu dikatakannya lagi.
YOU ARE READING
Ice Stone - Seungkwan
FanfictionSeungkwan adalah seorang kesatria bersama rakan-rakannya. Mereka diserang oleh musuh yang tamak dan mahukan kedudukan raja untuk dihormati semua. Seungkwan tidak tahu rancangan awal dari pihak musuh dan ia menyebabkan pengakhiran yang tidak dijangk...