Selesai perbincangan mereka berempat, Seungcheol menerangkan rancangan itu semula kepada ahli yang lain.
"Kita akan mula berlawan pada... Tiga hari kemudian iaitu Sabtu. Hyung nak tidur" - Seungcheol.
Dia mendapat pandangan datar dari semua.
Di istana atau lebih tepat di bilik latihan,
Mereka semua berlatih untuk menaikkan skills dan stamina. Seungkwan berjumpa dengan pakar yang menggunakan batu itu. Tidak tahu pula ada pakar sehingga Wonwoo berjaya cari.
Dia banyak belajar dalam satu hari. Dia berasa confident untuk menggunakannya. Tidak lupa batu merah kepunyaan Seungcheol. Dia juga berlatih bersama-sama Seungkwan hingga menjadi elite (betul la kan)
Dua hari mereka berlatih tanpa tangguh dan ia memberi faedah yang bagus kepada mereka. Joshua juga membuat pedang kecil yang mempunyai 70% racun.
Saja buat katanya. Tapi berguna juga. Seungkwan merasa seperti ada yang tidak kena tetapi dia cuba untuk buang perasaan itu.
Minghao berlatih membaling pisau kecil ke kepala sasaran. Dia tidak baling secara biasa tapi dalam keadaan amarah. Ini kerana teringat akan waktu apabila dia berjumpa Xien.
Sejak kebelakangan ini, dia hanya diam dan terfikir akan apa yang ditunjukkan oleh Xien.
"Hao-ah, mari lawan aku" - Jun
Minghao memandangnya seketika sebelum setuju. Dia mengeluarkan pedang dan satu pedang back-up.
Jun menggunakan pisau kecil dan pedang. Katanya senang guna. Mereka berhadapan sesama sendiri sedia untuk berlawan.
Jun berfikir cara untuk lawan Minghao yang mungkin akan guna kuasa Time dahulu. Tetapi dia cuba melibas pedang ke arah Minghao untuk melihat teknik serangannya.
Minghao menangkis serangan Jun dan menggunakan pedang lagi satu untuk menusuk pinggang Jun.
Jun terkejut dan mengangkat dirinya ke belakang.
Dia bernafas dengan berat. Susah nak lawan Minghao. Tiba-tiba muncul idea dalam fikirannya.
Pisau kecil itu dia ambil dan baling ke Minghao. Sambil itu, dia berlari dan cuba untuk kalahkan Minghao.
Kemudian, Jun teringat akan kuasa Minghao iaitu Time. Dengan itu, dia terbang dan pisau kecil itu diambil semula di tangan.
Jun yang berada di udara pergi ke Minghao dari arah belakang dan dia dihentikan.
Ingatkan idea itu berjaya tapi Minghao sangat pintar dalam kedudukan pihak lawan. Jun terbeliak matanya. Kemudian, Minghao menyahaktif kuasanya pada Jun. Dengan cepat, Jun berundur ke belakang.
"Minghao. Ingat, kita belum tamat lagi" Senyuman sinis terukir di muka Jun.
Balasan Minghao hanya senyum dan mengangguk. Minghao minum seteguk air sebelum mulakan langkah seribu ke Jun.
Jun menangkis serangan Minghao pula. Jun mencerlung mata Minghao. Minghao juga renung Jun dengan tajam. (Mereka baik sesama sendiri, jangan salah anggap)
"Eh. Hyung, tengok Jun dan Minghao tu. Diorang berlawan" - Seungkwan
"Ha? ... Diorang berlatih je kan?" - Seungcheol
YOU ARE READING
Ice Stone - Seungkwan
FanfictionSeungkwan adalah seorang kesatria bersama rakan-rakannya. Mereka diserang oleh musuh yang tamak dan mahukan kedudukan raja untuk dihormati semua. Seungkwan tidak tahu rancangan awal dari pihak musuh dan ia menyebabkan pengakhiran yang tidak dijangk...