Seungkwan

1 1 0
                                    

(🍊)

          Seungkwan keluar dari bilik setelah selesai berbual dengan Seungcheol dan Weiyi. Dia memerhati jam yang digantung di dinding. 6:48 a.m. Lama juga. Kemudian, dia menuruni tangga ingin ke dapur. Sebelum itu, dia melihat member-member yang masih tidur.

         Mingyu, Jun, Soonyoung, Chan dan yang lain masih tidur kecuali Wonwoo. "Mana Wonwoo?" Tanya Seungkwan. Dia ke dapur untuk memeriksa. Lampu dibuka dan figura seseorang mengejutkannya. Wonwoo yang bermata panda tidak lepas pandangan daripada laptop. Apa dia buat ni?

         "Hyung, kenapa tak tidur ni?" - Seungkwan

         "Aku tidur selama 3 jam setengah je. Choi Seungcheol ni la suruh aku cari benda" - Wonwoo

         "Aku tak suka orang panggil aku dengan nama keluarga" Ujar Seungcheol yang menyandar ke dinding.

         "Ingat cool la tu sandar kat dinding sambil peluk diri" - Wonwoo

         "Kau nak lawan dengan aku ke?" - Seungcheol

        "Memang nak pun. Aku nak tidur dengan tenang pun tak boleh" - Wonwoo 

        "Aku minta tolong je pun" - Seungcheol

        "Memang la tapi tak boleh ke pagi esok? Kau dengan senang minta tolong orang, ingat orang tu ada masa sangat ke nak tolong. Kalau baik hati takpe la juga" Lawan Wonwoo.

        "Apa bising-bising ni? Kenapa, Wonwoo?" - Jeonghan

         "Takde apa. Cheol hyung, aku dah jumpa apa kau nak. Sekarang ni, aku nak tidur. Jangan cari aku" Tegas Wonwoo. Kemudian, dia keluar dari rumah untuk pulang ke rumah sendiri dan berehat. Penat menghadap laptop. Ini salah satu sebab kenapa kita kena tidur ;)

         Seungkwan buka pintu rumah dan masuk diikuti Mingyu yang masih mamai. Dia bukan orang pagi. (Samaa)

         Mingyu terus baring di sofa ingin sambung tidur. Seungkwan mula membebel membuat Mingyu bangun. Bukan bangun buka mata, bangun ke biliknya untuk tidak mendengar bebelan Seungkwan. Pukul berapa dia tidur?

          "Eh, boleh pula dia gi atas? Belum habis lagi apa yang aku cakap. Haih budak tu. Susah bangun pagi" Kata Seungkwan sambil menyusun pinggan di raknya. Kemudian, dia menyapu sedikit lantai yang berhabuk. Rasa seronok pula kemas rumah.

           Tidak cukup sapu lantai, dia menyuci tingkap pula. Sambil mendengar dan menyanyi lagu di pagi hari, dia melihat luar rumah. Siapa pula berdiri depan rumah tengah panas ni?

           Seungkwan ingin buka pintu menegurnya tapi kenapa dia diam macam tak bernyawa je. Seram sejuk pula Seungkwan. Meremang bulu roma merasa seperti ada orang di belakang. Ada orang belakang aku ke? Soal Seungkwan dalam dirinya.

           Dia pusing belakang dengan laju dan menyentak diri sendiri sedangkan tiada sesiapa. Dia bernafas dengan kuat kemudian sambung menyuci tingkap. Orang yang berdiri depan rumahnya makin dekat dengan pintu.

          "A-apa ni?" - Seungkwan

          "Kenapa Kwan-ah?" Seungkwan mendekati Mingyu yang sudah bangun sepenuhnya. Dia menyorok belakang Mingyu dan berkata

         "Kwan tengah cuci tingkap lepastu ada orang tu berdiri depan pintu. Dia tak ketuk pun macam nak kejutkan kita bila kita buka pintu" Perlahan sahaja suara Seungkwan. Mingyu mendekati tingkap dan memerhati keadaan luar. Mana?

        "Takde pun Kwan? Kau mengelamun eh tadi" - Mingyu

         Seungkwan memandang Mingyu tak percaya. Dia pun melihat luar tingkap. Orang tu dah tiada.

Ice Stone - SeungkwanWhere stories live. Discover now