Day One

2 1 0
                                    

     "Argh!" - Jeonghan

     "Jeonghan!" Bergenang air mata Jeonghan lalu dirinya terjatuh ke tanah. Seventeen tidak boleh berhenti kerana tentera Xien terus menerus lawan mereka. Jun cuba untuk tidak hilang fokus dan sambil itu dia mendekati Jeonghan.

     Dia sudah dekat dengan Jeonghan. Xien dengan senyum jahatnya menusuk pedang ke badan Jun di mana terletaknya jantung dari belakang.

    "Jun!" Jerit Seungcheol. Dadanya sudah naik turun dengan laju. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni? Mana Seventeen yang kuat seperti dulu? Adakah silap kami kerana terjumpa batu itu?

    "Seungcheol hyung!" Soonyoung beri amaran apabila seorang tentera Xien ingin menumbuk di muka Seungcheol. Seungcheol sempat mengelak dan membakar tentera itu.

    Tapi dia berhenti sekali lagi membuat Soonyoung mengeluh berat. Perlulah dia menjaga Seungcheol sekejap.

    "Soonyoung-ah, aku rasa aku tak boleh nak hidup lagi dah kalau-"

    "Apa hyung merepek ni? Eh, dengar ni. Kita kena lawan musuh kita ni sampai mereka betul-betul tiada. Ini salah satu tujuan kita, Jun dan Jeonghan hyung. Free Palestine!" Kata Soonyoung. Cuba beri kata-kata semangat kepada Seungcheol lalu dia sambung berlawan. Sementara itu Seungcheol memberi pandangan datar. 'Memang la tengah perang, tapi ni negara kita -_-' Bisik hatinya.

     Joshua senyap-senyap mendekati Jeonghan. Dia periksa nadi dengan teliti. Jeonghan betul-betul sudah pergi. Joshua cuba untuk tidak mengalirkan mutiara jernih dari matanya. Dia bangun dan pegang pedangnya dengan kemas.

     'Aku akan lawan demi Jeonghan dan Jun'

     Saat dia berlawan pedang dengan tentera Xien, ada seorang menjerit nama Mingyu.

     "Mingyu yah, belakang!" - Wonwoo

     "Argh, hyung! Jangan datang sini" Kata Mingyu kerana di situ ada ramai tentera Xien. Wonwoo teragak-agak untuk pergi atau tidak. Akhirnya dia buat keputusan untuk akur dengan kata Mingyu.

     Tiba-tiba dia ternampak tangan kanan Mingyu dipotong dengan pedang tentera Xien. Terbeliak biji mata Wonwoo. Tergamak dia buat begitu pada Mingyu?!

     Dia marah dan arahan oleh Mingyu dilanggar untuk balas dendam. Sambil dia berlawan dengan laju dan tumbukan yang kuat, tidak sedar yang Mingyu sudah pun pergi.

      Dia melibas pedang dengan penuh kemarahan kepada tentera Xien. Kemudian, dia pergi ke Mingyu yang terbaring.

     "Mingyu yah, tolong bertahan. Hiks. Joshua hyung! Tolong Mingyu sini hiks" - Wonwoo

     "Wonwoo! Bahaya tu" Seungcheol beri amaran tentang keadaan sekililing Wonwoo. Makin ramai yang datang mendekati Wonwoo. Terasa amat membebankan kepada seorang ketua. Seungcheol mula berlari sambil membunuh beberapa tentera Xien.

     Kuasa Self-defense oleh Wonwoo yang telah dinaik taraf tiba-tiba membuat satu gelombang yang besar sehingga Seventeen terpaksa mencengkam tanah manakala tentera Xien berterbangan menjauhi Wonwoo.

     Joshua pun cepat-cepat bangun pergi ke Wonwoo sementara tentera Xien bangun.

     "Hyung.. dah terlambat hyung. Hiks" - Wonwoo

     "Maafkan hyung. A-aku sesama sekali tidak boleh menghidupkan mereka yang sudah mati. I'm so sorry for not having that power.." - Joshua

     Joshua melutut sambil air matanya mengalir. Semua ahli Seventeen berasa sebak di hati. Seungcheol mengangkat Wonwoo untuk ke tempat yang kurang sedikit bilangan tentera Xien.

Ice Stone - SeungkwanWhere stories live. Discover now