What is that?

1 1 0
                                    

You're perfect. Thank you for being born.

🍊

      "Weyh"

      Tangan seseorang berada di atas bahu Jeonghan yang membuatkan lelaki itu melatah. Matanya tertutup rapat akibat kejutan tadi.

       "Kau jangan kejutkan aku macam tu. Ishh"

       "Sorry lah tapi kenapa kau intai kedai ni macam pengemis do"

       Mengekek Seungcheol iaitu kawan Jeonghan. Entah kenapa Jeonghan mengintai di sebuah kedai begitu. Tapi itu bukan apa yang dilihat Jeonghan sebentar tadi.

      Yang dia nampak ialah lorong gelap dan seseorang. Tetapi di mana dia berdiri sekarang, tiada pun benda tersebut. Pelik. Seungcheol menggerakkan siku dan Jeonghan kembali fokus kepadanya.

      Kim Mingyu berjalan ke rumah Wonwoo membawa minuman bertenaga. Dia berasa resah seperti ada orang mengikuti dia. 

      Ding Dong

      Mingyu membunyikan loceng pintu rumah dan dibuka oleh Wonwoo. Muka datar Wonwoo ditatap Mingyu dan langsung tangannya menyentuh dahi Wonwoo.

       "Panasnya hyung. Mari masuk." Pelawa Mingyu sambil merangkul tangan Wonwoo. Minuman dikeluarkan dari plastik dan dibuka beri Wonwoo minum.

       "Kenapa kau datang sini?" Mingyu senyum menunjuk gigi taringnya. Niatnya datang untuk memeriksa keadaan sahaja.

      Wonwoo bertanya keadaan member lain. Semua member okay sahaja sehingga Mingyu berkata.

      "Minghao cari Lily. Pelik betul dia tu. Entah siapa yang ajak dia jadi kesatria istana" Wonwoo menjeling Mingyu dengan dua buah matanya.

      "Siapa ek sorang yang tinggi tu duk merayu dia join jadi kesatria?" Perli Wonwoo. Mingyu tersengih seperti kerang busuk.

       Mingyu dapat panggilan kecemasan dari Seungcheol. Mereka diserang oleh Xien sekali lagi. Mereka semua memakai baju perisai dan berlawan mengguna pedang dan kuasa mereka.

+++ 

      Minghao yang melompat ke atas badan musuh dan tikam. Dia terus melakukannya kepada yang lain. Pedang berwarna biru pekat bersinar itu disaluti darah segar dan Minghao meletak tangannya menumpahkan darah.

      Mingyu tidak perasan dibelakangnya ada tentera Xien ingin menikamnya. Namun kuasa Sixth Sense-nya menyelamatkan dia. Pedang yang berada di tangannya mempertahankan diri dari pedang musuh.

       Hong Joshua bersama temannya, pedang berwarna hijau terang seperti daun sudah membunuh tentera Xien sebanyak 19 orang.

      "Hebatnya aku" Joshua senyum sinis dan melibaskan pedangnya ke seorang tentera Xien.

       Seokmin menyenangkan kerjanya dengan menjerit. Terus telinga tentera-tentera yang berdekatan berdarah dan tumpas. Joshua menyentuh bahu Seokmin untuk memberi sedikit tenaga. Seokmin senyum manis kepada Joshua.

        Seungcheol menyimpan pedang dalam sarung dan mula menumbuk dan menendang tentera Xien. Tiba-tiba muncul seorang tentera yang berbadan besar dua kali ganda dan tegap dari Mingyu.

         Dia juga perlu menggerakkan kepalanya untuk melihat muka tentera tersebut. Dia ternganga manakala tentera tersebut tersenyum senget. 

         Tentera itu memulakan langkahnya dengan menghempas kayu yang besar ke atas Seungcheol. Seungcheol sempat mengelak dan berlari menaiki badan tentera tersebut.

Ice Stone - SeungkwanWhere stories live. Discover now