"Aku okay je kan. Kau ni berdrama kenapa?" Wonwoo geram dengan kawan yang seumur dengan dia. Moon Junhui yang penuh drama memeluk diri.
"Aku tanya je kan. Lagipun aku risau kan kau. Tu pun tak boleh" Jun memutarkan bola matanya sambil mulutnya berkupat-kapit mengatakan ayat-ayat Wonwoo tadi.
Jeonghan melilau sekitar kawasan laman istana kerana mencari batu yang dihilangkannya. Entah kenapa hatinya berasa resah dan gelisah. Bagaikan batu itu sangat berharga.
Di setiap sudut, Jeonghan mencari dengan teliti. Batu itu masih tidak muncul di matanya. Datang pula rakannya, Hong Joshua.
"Kau cari lagi batu yang kau sebut kelmarin? Berharga sangat ke?" Soalan itu diputarkan semula oleh Joshua. Jeonghan mengeluh berat dan duduk di bangku yang disediakan.
"Aku sebenarnya bermimpi pada malam hari perang kita haritu. Mimpi itu mengatakan batu itu akan ubah semua benda di dunia ni tapi aku tak tahu pada tangan siapa kerana selepas itu aku tak nampak apa-apa dah" Jelas Jeonghan panjang lebar.
Joshua sekadar mengangguk. Cuba memikir apa yang Jeonghan kata sebentar tadi. Dia memerhati Jeonghan yang bangun dan pergi ke arah semak-samun.
Tiba-tiba dia tertarik dengan sesuatu yang bersinar di kaki Jeonghan. Dengan itu, dia memanggil Jeonghan.
"Han! Kat bawah kasut kau tu apa?" Jeonghan memandang Joshua seketika dan berpaling ke kasutnya. Betul apa yang dikata Joshua. Lalu, kakinya dialihkan dan berlutut.
Batu berwarna merah bergemerlapan dijumpai di laman istana. Joshua ingin tahu juga kerana Jeonghan melihat benda itu dengan lama.
"Apa pula ni?" Tanya Joshua. Jeonghan sekadar mengangkat bahu. Batu yang dipegang Jeonghan berada di tangan Joshua pula. Mereka pun buat keputusan untuk bawa berjumpanya kepada kawan-kawan yang lain.
+++
Seungkwan dan Hansol bersuka ria berjalan di sekitar perumahan mereka. Seungkwan berhenti untuk membelai seekor kucing. Hansol yang melihat telefonnya tidak tahu.
"Ya tunggu!- Eo? Apa tu" Seungkwan meneleng kepala sebagai tanda ingin tahu lalu mendekati Hansol.
"Angkat kaki jap" arahan Seungkwan dibuat oleh kawannya. Sebutir batu kecil berwarna biru bercahaya dan berkelip-kelip. Jatuh saja pada tangan Hansol terus tidak berkelip.
"Peliknya" Seungkwan mengambil semula batu itu dan simpan untuk tunjukkannya kepada rakan-rakan yang lain. Hansol minum air americano kepunyaan Seungkwan.
Rumah 95L ialah tempat semua akan kumpul jika mereka tiada kerja. Hari ini mereka tiada shift kerana pasukan lain menjaga untuk sementara waktu. Jeonghan dan Joshua masuk dan disambut oleh Soonyoung.
"Nasib air baru siap. Ha, Jeonghan hyung dah jumpa batu tu?" Soal Mingyu sambil berhati-hati meletak dulang air di atas meja.
Mereka berkumpul termasuk Wonwoo yang sudah sihat tetapi tiada Seungkwan dan Hansol yang masih berkiaran di mana entah.
Jeonghan senyum menggeleng sambil mengeluarkan batu yang dijumpai tadi. Pelik mereka semua. Joshua tersengih sebelum berkata.
"Kitorang tak jumpa batu biru tu tapi sebaliknya jumpa batu berwarna merah. Ada kat laman istana" - Joshua
"Pelik bentuknya. Macam mana agaknya boleh berada di laman istana" Seungcheol ambil batu itu. Tiba-tiba bercahaya dan berkelip-kelip.
"Eh, kenapa ni?" - Seungcheol
YOU ARE READING
Ice Stone - Seungkwan
FanfictionSeungkwan adalah seorang kesatria bersama rakan-rakannya. Mereka diserang oleh musuh yang tamak dan mahukan kedudukan raja untuk dihormati semua. Seungkwan tidak tahu rancangan awal dari pihak musuh dan ia menyebabkan pengakhiran yang tidak dijangk...