"Hari ini,aku ke kampung bersama keluargaku. Kampungku terletak di sebuah kawasan pergunungan yang menjadikan pertanian sebagai sumber hidup para penduduk."
"Sakinah,awak buat apa? Mari tolong ibu angkat barang ke dalam rumah nenek ni."tegur ibu kepada Sakinah.
Sakinah yang termenung berangan sambil melihat suasana kampung halamannya itu tersedar lalu bersedia membantu ibunya mengemas barangan sebaik sahaja mereka sampai.
Sakinah tidak mengeluh namun dia melihat ke arah tanah padi yang luas terbentang di halaman belakang rumahnya sebaik sahaja membantu ibunya.
Sakinah memanggil ibunya sebaik sahaja melihat sesuatu. "Ibu,lihat itu. Ada seorang wanita sedang berdiri berseorangan di situ lah."kata Sakinah yang melihat seseorang di tanah sawah padi yang agak samar-samar namun masih boleh dilihat.
Ibunya turut mendongak. "Yalah,tapi memang pemandangan di tempat seperti itu sungguh cantik."jawab ibunya yang turut melihatnya namun terus mengemas barangan di rumah.
Sakinah juga tidak mahu terlalu memikirkannya meskipun waktu sudah dekat maghrib dan dia terasa janggal. Sakinah terus membantu ibunya sehingga waktu makan malam.
Ketika makan malam,Sakinah sekali lagi melihat penampakan wanita yang sama di tempat yang sama. "Ibu,lihat itu. Sudah malam namun dia tetap di situ."tegur Sakinah.
Ibunya beralih dan turut melihat ke luar tingkap dan melihat perkara yang sama. Disebabkan tidak mahu anaknya terganggu,ibu Sakinah menutup langsir tingkap dan berkata,"Mungkin dia sedang membantu ibu bapanya berladang,atau tertinggal dan mencari sesuatu di situ."
Keesokan paginya,ibu Sakinah mengajak Sakinah untuk keluar menyapa para jiran sambil berjalan membeli bahan basah untuk dimasak.
Sedang mereka berjalan,mereka melihat seorang orang tua sedang bercucuk tanam di kawasan yang sama mereka melihat wanita berkebaya merah berada.
Sakinah yang memegang tangan ibunya enggan untuk berjalan terlebih dahulu. Itu menandakan Sakinah mahu ibunya untuk menegur dan bertanya kepada pak cik itu.
Ibunya mengeluh lalu bertanya kepada orang itu. "Selamat pagi,encik. Maaf mengganggu. Saya ingin bertanya jika adakah di sini ada perempuan yang tinggal atau melawat pada semalam hari?"tanya ibu Sakinah.
Orang tua tersebut menggelengkan kepalanya. Sakinah bersama ibunya berterima kasih dan memohon maaf sekali lagi sebelum teruskan perjalanan.
Waktu demi waktu,malam tersebut Sakinah terbangun dari tidurnya. Dia bermimpi buruk berkaitan seorang wanita yang berpakaian kebaya dengan wajah yang seram.
Sakinah bangun lalu pergi ke dapur untuk meminum segelas air lalu membasuh cawannya di sinki. Dari situ dia melihat lagi penampakan wanita yang sama di tempat yang semakin dekat dengan rumahnya.
Sakinah berasa takut lalu pergi mengetuk pintu biliknya dan sebaik saja pintu bilik itu dibuka,Sakinah meluru masuk ke dalam. Dia menceritakan kepada ibunya bahawa dia berasa takut dengan suasana kampung itu.
Demi menyelesaikan perkara tersebut,ibunya ingin mencari tahu benda apa sebenarnya itu. Keesokan harinya,ibu Sakinah bangun dan ingin menanyakan seseorang di situ.
Dia pergi ke halaman belakang namun terjumpa bapanya ( atuk Sakinah ) di pintu belakang rumah. "Ayah,ayah dari mana?"tanya ibu Sakinah. "Ayah menetap di rumah Encik Mokhtar selama seminggu ni. Berbincang tentang projek padi ni ha."kata atuk Sakinah.
"Ayah tahu tentang wanita berkebaya merah yang berada di sawah padi? Sakinah ketakutan melihatnya setiap hari."kata ibu Sakinah.
Ayahnya berfikir lalu tersenyum dan membawa ibu Sakinah ke lokasi. "Awak maksudkan itu ya?"tanya atuk Sakinah sambil menunjukkan sesuatu.
Rupanya itu adalah orang-orang yang digunakan untuk menghalau burung. "Lah,kenapa sarungkan pakaian begitu kepadanya?"tanya ibu Sakinah.
Atuk Sakinah menjawab,"Pak Jamit empunya tanah ini berkata selain burung,orang yang ingin mencuri padi di malam hari juga akan takut,lagipun sekarang kan dah maju,burung pun sudah kenal orang orang yang biasa itu."kata Atuk Sakinah sambil bergurau.
"Tapi,semalam kami tak melihatnya sewaktu lalu di sini."kata ibu Sakinah. "Semalam hari isnin,bukan? Dia selalu menghantar pakaian ini di dobi pada waktu subuh hari isnin lalu sarungkan semula pada waktu malam."kata Atuk Sakinah yang menggelengkan kepala menahan ketawa.
YOU ARE READING
Akira's Short Story
Cerita PendekKoleksi cerita-cerita pendek pelbagai genre buat setiap individu. P/s : Rujuk Tag di setiap tajuk jika tidak berminat / berminat membaca genre yang ditulis. Tag : Seram ( H ) , Komedi ( K ) , Misteri ( M ) , Percintaan / Drama ( D ) , Slice Of Life...