Cafe ini dah di buka sejak tiga bulan yang lalu dan dapat sambutan yang sangat ramai. Lagi-lagi untuk kalangan remaja dan pekerja di area itu. Cafe ini terletak tak jauh dari kawasan office hanya dalam masa 30 minit saja kalau berjalan kaki la.
THE FLOWER'S CAFE. nama yang diberikan oleh Bunga dan seorang lelaki yang tiada dengan dia sekarang ini. Namun inilah nama yang diberikan oleh mereka berdua sewaktu mereka masih remaja ketika itu.
Ramai pelanggang yang muda datang ke sini untuk mencuba pelbagai minuman dan makanan. Contohnya di waktu pagi hari mereka menyediakan makanan ringan seperti roti bakar, sandwich bread dan
lain-lain yang dibuat sendiri oleh Bunga.Di waktu tengahari dan petang pula mereka sediakan makanan yang berat seperti mee goreng, rice fried, rice fried shrimp dan banyak lagi yang berkenaan dengan hidangan nasi.
Kalau di waktu petang selalunya orang akan makanan-makan bergoreng seperti pisang goreng, keropok lekor dan makanan goreng yang lain akan tetapi mereka tidak menjual hidangan itu. Mereka hanya menjual dessert saja seperti donut, cupcakes, kek coklat yang dibuat sendiri juga oleh Bunga.
"Akhirnya.. termakbul juga impian korang berdua." Ujar Aurora lalu tersenyum sambil melihat Bunga yang tengah mengambli pesanan.
"Jauh termenung." Terkejut Aurora dibuatnya dengan kehadiran Hafy yang dari mana entah.
"Ish kau ni terkejut aku tau." Ujar Aurora seraya menepuk lengan Hafy dengan kuat.
Berdesis sakit Hafy dibuatnya. kecli saja tubuh si Aurora ni tapi tula dia punya pukulan tu memang sakit. Esok kalau lengan Hafy lebam dia akan bagitahu kepada Bunga.
"Kau tengok apa Aurora?" Tanya Hafy seraya alihkan pandangan nya ke hadapan.
Mula-mula bersaya awak tapi selepas 3 bulan dah beraku kau.
"Aku tengok Bunga lah.. tengok apa lagi." Jawab Aurora sambli anak matanya masih dituju ke arah Bunga.
"Ouhh, buat apa kau tengok Bunga? baik kau tengok mamat tu yang dari tadi asyik tengok kau je." Kata Hafy lalu badan dibongkok sedikit. Dan mula mengelap meja yang ada di depan nya.
Eii taknak aku, lelaki semua sama tau." Ujar Aurora dengan garang.
"Tak semua sama kan, apa kata kau try dulu kalau lelaki tu sama dengan ex boyfriend kau.. kau minta putus je." Balas Hafy seraya badan di tegakkan balik.
Dan ya. Hafy tahu sebab Aurora yang menceritakan kepada nya. Mereka bertiga berborak panjang sehingga lewat malam sehingga la Aurora bercerita tentang dirinya mengapa dia tidak suka dengan lelaki.
"Hafy, kau nak tahu satu benda tak.. tapi kau tak boleh bagitahu dekat sesiapa pun tau." Soal Aurora cuba untuk alihkan topik.
Hafy hanya mengangguk.
"Kalau kau nak tahu.. Bunga tu kan sebenarnya dia tengah cari someone tau." Aurora menoleh ke tepi dengan bibir mencebik.
"Bunga cari siapa?" Kening dinaikkan ke atas.
Bunga cari aku ke? Gumamnya dalam hati.
"Hmm budak lelaki satu sekolah dengan dia dulu, tapi Bunga belum jumpa lagi.. sebab Bunga tak tahu dekat mana budak lelaki tu pergi.. duduk kat mana pun Bunga tak tahu.. nombor telefon apatah lagi memang tak ada lah."
Saya ada dekat sini je Bunga, tapi awak pula tak cam saya. Eider berkata dalam hati.
"Apa nama lelaki tu?" Tanya Hafy.
"Tak silap aku nama dia Eider... Eider apa tah aku tak ingat lah." Jawab Aurora.
"Kenapa? kau kenal ke?" Aurora menyambung kata katanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️
Romansa✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ complete 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 "Terima kasih Bunga.. sebab sudi jadi kawan saya sampai sekarang."- Eider Wakeel "Awak jangan la tinggalkan saya lama-lama.. sunyi hidup saya bila a...