Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 1

256 12 7
                                    

Selamat pagi dunia! Seawal jam lapan pagi,aku dah terpacak dihadapan pintu lif bangunan pejabat. Untuk rekod staff Ara Jentayu yang bernama Yasmin binti Ghazali adalah sangat jarang perkara sebegini berlaku. Dua tahun sekali mungkin? Biasanya,aku lah penghuni pejabat yang paling akhir sekali akan tiba.

Antara kebaikkan datang awal salah satunya aku tak perlu berebut-rebut untuk mengunakan lif. Ibarat 'lif ini aku yang punya'. I like!

Pintu lif terbuka luas. Melangkah sahaja masuk kedalam,bau haruman parfum menusuk ke rongga hidungku. Butang lif aku picit. Aku seakan khayal seketika dengan bau haruman tersebut. Harumannya memikat,agaknya siapa gerangan si pemilik?

Keluar sahaja dari dalam lif aku sudah nampak kelibat Kak Noni. Tekun dia membersihkan pintu cermin hadapan pejabat sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu irama dangdut. Aku menyapa dengan senyuman bila dia menyedari kehadiran aku.

"Mimpi apa malam tadi?"
Soalan berbaur perlian itu aku balas dengan senyuman lagi,kaliini senyuman senget aku hadiahkan. Aku lihat Kak Noni tertawa kecil melihat reaksiku sambil menyambung semula kerjanya. Cepat-cepat aku melangkah masuk kedalam ruangan pejabat. Sebelum makin parah. Baik aku undur diri. Ceh!

"Mimpi kita bermadu!" Sengaja aku mengusik sebelum menghilang.

"Cik Yasmin!!!"

Aku dengar Kak Noni menjerit. Padan muka. Hehe!

Melangkah kedalam ruangan office disambut pula dengan suasana malap yang menyelubungi segenap ruangan. Hanya berbekal sedikit cahaya lampu yang sama-samar dari bilik meeting. Aku juga perasan bau yang sama semasa didalam lif seolah mengekoriku. Kemudian aku teringatkan Kak Noni kerana dia satu-satunya yang ada disini sebelum aku sampai.

Buang tebiat barangkali orang tua itu? Inikan bau parfum lelaki!? Tapi sedap juga baunya. Seksi!

Aku membuang semua perasaan tidak enak yang menguasai diri. Ruangan pantry menjadi destinasiku setelah suis lampu aku nyalakan semua. Terang benderang suasana seperti di stadium.

Elok selesai aku membancuh secawan teh. Kak Noni muncul tiba-tiba dimuka pintu.

"Akak gerak dulu Cik Yasmin." ujarnya lalu melangkah keluar membawa segala peralatan kerjanya dikiri kanan tangan.

"Ya! Elok-elok jalan tu!" pesanku

"Hati-hati ada momok!" sempat Kak Noni berseloroh  sebelum menghilang disebalik pintu. Cis!

Aku sambung semula sarapan. Beberapa keping biskut aku celupkan kedalam teh panas. Fikiranku mula terganggu sedikit dengan ucapan Kak Noni sebentar tadi. Seleraku seakan mati. Cepat-cepat aku hirup teh sampai habis. Hampir melecur lidahku.

Suasana sepi menyelubungi ruangan pejabat yang luas menambahkan lagi kegusaran dihatiku. Berat rasa mahu melangkah keluar dari sini. Namun mata pula tertumpu kearah bilik meeting. Lampu masih menyala. Mesti Kak Noni lupa mahu mematikan suis.

Cawan dan sudu yang siap dicuci aku susun semula diatas rak. Ruangan pantry aku tinggalkan sepi. Lalu aku menyusun langkah menuju ke bilik dokumen.

Pintu bilik dokumen aku pandang kosong. Masuk atau tak? Kalau masuk dan jumpa..... Erk! Mengarutlah

Dengan lafaz Bismillah,aku melangkah ke bilik dokumen. Fail-fail syarikat yang diperlukan semasa meeting nanti aku kumpulkan. Semuanya aku lakukan dengan pantas,tak mahu berlama-lama disitu. Setelah itu aku angkut kesemuanya menuju kebilik meeting.

Pelik. Masuk bilik meeting aku masih menghidu bau yang sama. Tapi kali ni baunya semakin kuat pula.Biar betul Kak Noni ni?

Fail-fail syarikat yang kemas dalam dakapan aku susun keatas meja satu persatu. Perasaan merindinng muncul. Tak berani aku melilaukan pandangan kesana sini. Dalam fikiran hanya mahu cepat cabut dari situ.

Menyusun fail terakhir aku merasa bahagian belakangku dicuit sesuatu. Dalam takut-takut tu aku menoleh juga....

Momok!

Gelap gelita!

******

"Yasmin!" Aku tersedar bila namaku dipanggil. Perlahan lahan aku mengangkat kelopak mata. Beratnya. Nauzubillah.

Panahan cahaya lampu yang terang membuatkan pandanganku silau. Kemudian samar-samar wajah Tuan Harraz muncul. Aku cuba mengubah posisiku. Baru aku sedar sebenarnya posisiku sedang berbaring diatas sofa. Tiba-tiba aku rasa seperti sesak nafas. Jantung bagaikan mahu melompat keluar. Aku meraba-raba seluruh tubuhku. Aku lega bila shawl masih terlekat diatas kepala. Apa sudah jadi ?

"Hey! Rileks! Rileks Yasmin!" terdengar suara gelabah Tuan Harraz. Dia yang tadinya berdiri rapat denganku cepat-cepat berundur beberapa tapak.

Otomatik aku mengubah ke posisi duduk. Aku perhatikan sekeliling. Bilik meeting. Seingat aku ini lokasi terakhir. Sempat aku mengerling kearah jam dinding. Sebelas sepuluh pagi. Bermakna hampir dua sejam setengah jugalah aku tidak sedarkan diri.

"Awak okay?"

Aku pandang kearah Tuan Harraz. Kerisauan jelas terpancar pada wajahnya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Beliau mesti tahu tentang kejadian tadi.

"Tuan, saya rasa dalam ofis ni ada momok lah!"

"Momok?"

Aku mengangguk lemah. Aku nampak reaksi Tuan Harraz yang tersenyum-senyum. Mesti dia tak percaya dengan apa yang aku katakan. Ingat aku bergurau ke? Geram pula kita!

"Maksud awak, momok yang itu?" beliau menundingkan telunjuknya kesuatu arah dihujung sudut bilik itu.

"Hah!??" Sumpah aku bingung!

Disudut itu berdiri sosok tinggi lampai seorang lelaki yang lengkap bersut navy blue. Beliau berdiri berpeluk tubuh disitu sambil matanya yang bundar merenung tajam kearahku. Aku jadi serba tidak kena dek renungannya. Mengapa dari tadi aku tidak sedar kehadirannya disitu? Siapa gerangannya? Otakku gagal menghantar jawapan.

"Momok kacak bergaya macam tu pun awak takut?."
Berderai tawa Tuan Harraz selepas itu. Gelihati sangat. Sementara lelaki itu masih kaku diposisi sama cuma riak wajahnya berubah ketat. Diam seribu bahasa.

Senyap je beliau? Marah ke aku panggil dia momok? Manalah aku tahu. Siapa suruh cuit-cuit orang tak bagi salam? Tapikan..kalau momok handsome macamni. Hari-hari pengsan pun aku sanggup. Hehe

"Awak kenal tak siapa tu?" Tuan Harraz mengajukan soalan cepumas. Aku segera mengelengkan kepala.

Ada yang aku jawab momok ni karang!

"Kenalkan project manager kita yang baru,Mr Hud Fared." ujar Tuan Harraz berhujung deraian ketawa yang sekali lagi mengamatkan suasana.

Project Manager? Macam nak pengsan buat kali kedua rasanya. Mana aku nak letak muka ni? Argh! Macam nak pindah planet pluto rasanya!

Aku memberanikan diri bertentang mata dengan beliau. Tapi aku kalah. Rasa segan begitu menebal dalam diri aku.

"Maafkan saya Tuan Hud." Perlahan sahaja aku menuturkan maaf. Antara dengar dengan tidak. Terpaksa aku memberanikan diri. Silap aku juga. Eh? Apa pula silap aku?

Semakin lama dalam situasi itu semakin janggal aku rasakan. Aku mesti beredar dari situ secepat yang mungkin.

"Saya keluar dulu!" cepat-cepat aku bangkit dari sofa dan menonong ke pintu.

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now