Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 17

55 9 0
                                    


Aku dan Lily masih dirumah mama,abah. Tiada apa aktiviti menarik yang kami lakukan. Kecuali makan. Makan. Dan makan. Selain itu aktiviti membahan aku. Dikatanya aku angau. Elok sikit, eh!

Tapi pagi tu aku mendapat panggilan telefon dari beliau. Punyalah excited nak jawab call,sampai tercampak phone dari tangan. Well.. Yasmin kan..

'Kau okay tak tu? Dah berapa banyak pokok kari kau tanam?' Walaupun suaranya putus-putus dari sana. Perli terus!

'Dah berpuluh ekar. Seluas rindu saya!' Sengaja aku bercakap perlahan. Dengan harapan beliau tidak dengar. Tapi tidak ya..

'Baru kau tahu erti rindu kan? Seronok?'

Tak, sekarang ni beliau tu pernah ke rindukan aku? Hah? Ingat seronok ke hidup dalam kerinduan? Emosi!

'Diamlah! Buat orang emosi je!'

'Hahaha!!heheheeh...!!' Seronok beliau bergelak sakan disana. Kelakar ke?

'Bila Hud Fayed nak balik?' Soalku serius.

Ya..ya! Aku kalah. Mengaku! Rindu gila..!

'Sikit je lagi ni. Siap awal aku baliklah. Kronik dah kau ye?' Pandai je tuduh orang. Huh!

'Mana ada! Orang tanya je?'

Ego kena tingkat atas sikit. Padahal sakitnya rindu. Ceh!

'Aku balik ni. Aku masuk meminang kau terus!'

'Hah?....' Lidahku kelu.

Err.. Hud Fared cakap apa ni.. aaa oksigen! Help!

***

Pagi Isnin macam biasa rutin ke office. Badan di office, fikiran melayang entah kemana. Ke Pahang kot? Hehe..

"Yasmin, tolong saya arrange meeting Fared dengan supplier untuk projek baru bulan depan."Pinta Tuan Harraz. Sehelai senarai supplier dihulurkan kepadaku.

"Baik Tuan." Jawabku. Aku sambut helaian senarai tersebut lalu aku sisipkan kedalam file kerjaku.

Harini mood mahu acah-acah busy. Sebab dah penat berperang dengan hati yang asyik merindu. Heh!

Tiga hari lagi.

Tak seronok rupanya menghitung hari begini.

"Yasmin,masuk office saya sekejap." Arah Tuan Harraz dihujung interkom. Tak tunggu lama. Aku terus gerak.

"Ada apa tuan?"soalku sebaik sahaja kaki melangkah masuk.

"Tolong cancelkan semua meeting saya. Wife saya tak sihat. Saya nak balik sekarang." Wajahnya tampak gusar.

"Er..okay.. Wife tuan macamana? Okay?"

Memandangkan P.A kepada Tuan Harraz sedang cuti,maka akulah yang terpaksa mengambil alih sementara tugas-tugasnya. Lagipun boss saya pun sedang outstation.

"Aku dah balik ni. Mana orang yang rindukan aku bagai nak rak tu? Rak okay lagi ke atau dah runtuh?" Takda angin takda ribut tiba muncul Hud Fared dari muka pintu. Suprise sangat!

"Hah?" Terkejut Tuan Harraz. Kalau beliau pun boleh bereaksi begitu. Aku apa lagi?

"Haih.. dia ni.." keluhku. Spontan Tuan Harraz tersenyum memandang aku. Sementara Hud Fared bersahaja sudah duduk dikerusi bersebelahan aku siap bersilang kaki.

Aku segan sebenarnya. Risau Hud Fared mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya dihadapan Tuan Harraz. Ya,lah. Isu P.A mempunyai hubungan special dengan boss adalah perkara terlarang dan tak sepatutnya berlaku. Haihh..

"Aku kena balik ni." Ujar Tuan Harraz kepada Hud Fared. Kemudian beliau angkat beg dan terus melangkah pergi. Tinggallah aku dan dia disitu.

"Sayang. Kau rindu aku kan?" Bisik Hud Fared.

Lega. Nampak beliau dihadapan mata sekarang ni. Happy,excited. Tapi tak boleh tunjuk sangat. Beliau tu bukan boleh. Dah lah kuat perasan..!

"Siapa yang rindu siapa ni? Dari seminggu jadi empat hari je outstation?" Jawabku. Tanpa Tuan Harraz disitu, beranilah aku menjawab.

"Mengaku je lah,sayang." Pandangan matanya jauh menikam kedalam mata aku. Senjata Hud Fared nak buat aku mengaku kalah.

"Awak yang sepatutnya mengaku Hud Fared. Saya pula!?" Lambat lagi aku nak mengaku kalah. Huh!

"Sebenarnya akulah perindu sebenar!" Bergema suara Tuan Harraz. Bila masa beliau berpatah semula entah? Erghh!

Muka aku dah merah padam. Yang Hud Fared pula boleh bantai gelak macam kelakar sangat. Aku ni menahan malu je. Geramnya kita! Tinju juga rahang beliau ni karang..!

"Janganlah tengok aku macamtu!" Hilang terus gelak tawanya.

Tahu takut!

"Seronok?" Soalku dengan jelingan tajam. Beriya betul eh?

"Yalahh.. mata tu jangan macamtu,sayang.."

Baru dia tahu penangan jelingan ala Meriam pontianak.

***

"Sayang, nanti ambil barang dalam kereta tau." Kunci keretanya dihulurkan kepadaku. Aku sambut tanpa banyak soal.

Aku turun kebawah untuk mengambil barang yang dimaksudkan. Buka-buka pintu kereta aku nampak jambangan bunga rose merah. Aku fikirkan barang yang dimaksudkan beliau itu fail-fail dokumen kerja. Aku naik semula ke office.

"Hud Fared! Penat saya turun bawah tau! Ingatkan barang penting ke apa!?" Ujarku. Bukan tak suka. Suka sebenarnya.

Cuma timing tu macam tak kena.Takkan aku nak angkut bunga masuk office pula. Lepastu aku menjadi pusat perhatian. Gossip hangat pun mula bertebaran. Nak sweet tak kira tempatlah Hud Fared ni. Office bagi aku memang kawasan larangan.

"Sukahati akulah." Sesimple itu jawapan beliau.

"Yalah awak. Betullah tu. Sukahati awaklah.." malas aku nak mulakan pertengkaran. Redha adalah jalan terbaik sekarang ni. Ceh!

"Sayang.. aku nak bincang pasal kita ni.."

Kita? Gulp!

"Tapi bukan dekat office jugalah,Hud Fared." Ujarku. Beliau tertawa kecil. Mungkin baru menyadari kesengalan diri sendiri.

Kot ye pun. Carilah tempat yang sesuai. Gelojoh bebenor nampaknya. Serba salah pula aku mahu membuat keputusan kalau macam ni. Haih!

"Malam ni kita dinner sesama eh sayang?"

"Tapi kau belanja.." sambungnya lagi.

"Boleh. Tapi guna duit awak!" Jawabku spontan. Beliau berlagak cool.

"Comellah kau ni.. tapi orang comel tak boleh kedekut..!"

"Bercanda.. bercyanda.." Aku ulang ulang perkataan tersebut. Beliau ushar panas je.

"Duit aku. Duit kau juga.." wah! Statement berani maut!

"Kalau begitu. Transfer sejuta dekat saya sekarang!" Amacam?

"Mata duitan rupanya kau ni.. bagi nombor akaun kau cepat!" Ceh! Berlagak betul.

"Hud Fared ni kadang-kadang dia punya sweet tu unexpected. Tingtong pun boleh tahan juga kan?"

"Yang tingtong ni juga yang kau suka kan? Selain handsome." Penuh keyakinan beliau menjawab. Beli confident free shipping memang macam tu lah kot!?

Kalau minta hantaran lima juta Ringgit Malaysia. Agak-agak beliau mampu tak eh? Nak tanya.. tapi tak berani...Hehehe..

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now