Pada Suatu Cinta 🌹 ~Bab 11

51 7 0
                                    


"Nanti boleh tak setkan meeting dengan supplier Binajaya? Boleh tak sayang?" Mengada betul ye, beliau itu. Masa kerja kot!

Eh? Tak kiralah masa kerja ke tak. Kenapa nak panggil aku sayang? Ye ke sayang?

"Tak payah lah nak bersayang bagai. Menyampahlah!"

Gila! Kalau staff lain dengar nanti macamana?

"Ala.. nak panggil sayang juga!" Dengan suara mengada dia tu,lepastu siap kelip-kelip mata lagi. Ergh!

Malas nak tunggu lama-lama didalam bilik office beliau itu.Aku terus keluar. Selepas itu aku dengar dia gelak kuat-kuat. Sukalah tu dapat menyakat aku!? Eee.. geram pula kita!

"Sayy.. Yasmin! Sini kejap!" Reti pun sebut nama aku. Tu pun kebetulan Tuan Harraz lalu terus tukar panggilan. Kalau berani sebutlah 'sayang' tu!

Aku perasan akhir-akhir ni beliau kerap memanggil aku dengan panggilan tersebut. Aku tak tahu mana dia dapat keyakinan sebegitu sekali. Beli dimana agaknya? Ke dapat sewaktu memancing?

"Ada apa tuan?" Sahut aku. Aku perhati je beliau  yang berdiri didepan muka pintu bilik officenya itu.

"Aku sakit kepala ni. Ada paracetamol tak?" Dengan mata kuyu dia memberitahu. Tiba sakit kepala pula. Tadi kemain sakan gelak kan orang..

Aku mencari bekas ubat-ubatan didalam laci meja kerjaku. Satu persatu laci aku buka dan cari. Time diperlukanlah,yang dicari itu tiada pula!

"Cepatlah sayang.. sakit sangat ni!" Tahu-tahu beliau sudah berada dihadapan meja kerjaku. Nasib perlahan sahaja suaranya itu.

"Sabarlah! Orang tengah cari ni kan!?" Tak tenang aku nak mencari bila beliau turut menyibuk disitu.

"Buatkan.. err.. belikan kopi jer lah."

Lah! Sakit kepala sebab tak minum kopi ke? Macam-macamlah beliau ni!

"Apa kata tuan bancuh sendiri! Mesti sedap kan?" Hairan,susah sangat beliau nak buat kopi untuk diri sendiri?

"Jom,aku ajar kau. Nak tak sayang?"

Eee.. taknak aku!

"Perlu ke nak buat kelas membancuh kopi dekat office? Mana letak kewarasan awak ni Tuan Hud Fared?" 

"Dah tu dekat mana lagi?" Tanpa perasaan betul jawab macam itu. Bertukar juga ni karang!

"Nak kopi je kan? Tunggu kejap,saya pergi beli dekat cafe." Sengaja aku mencari jalan untuk tak berdepan dengan beliau. Rimas pula rasanya.

Tapi kalau tak nampak dia. Tercari-cari pula! Kenapa Yasmin? Kenapa? Erk!

"Nak Yasmin juga!"

Harini memang jatuh hari mengada-ngada Hud Fared ke? Siapa boleh explain? Seram pula kita!

***

Tak tahulah nak gelak kuat-kuat rasanya bila lihat Hud Fared serius sewaktu dalam meeting. Sengaja aku mengusik beliau dengan renungan mata dan senyuman. Tak senang duduk beliau jadinya. Padan muka!

"Janganlah renung aku macam tu. Aku tak bolehlah!" Senyap-senyap dia datang sebelah aku dan bisik macam tu.

Sebelum ni dah seronok sangat menyakat aku kan? Rasakan ya! Sampai habis meeting aku menyakat beliau.

"Dah puas renung muka aku? Tahulah aku handsome. Simpan sikit renungan tu untuk hari esok pula!" Beliau ni memang jenis, dia buat orang boleh. Bila orang buat dia,tahu pula nak baran!

"Biarlah orang nak merenung sampai tembus pun. Free jer kan?" Aku buat mata pandang keatas. Sengaja menambah bara.

"Kalau bukan kau siapa lagi nak buat macam tu kan? Takpa, aku tak kisah pun asalkan engkau orangnya."

PADA SUATU CINTA ❤️‍🔥Where stories live. Discover now